Budaya kad ucapan Hari Raya kini makin tidak se gah era 1990-an dahulu di mana ketika itu, kami berlumba-lumba mengumpul kad Hari Raya.Ana sendiri misalnya bersekolah di aliran Inggeris di mana tak ramai pelajar Melayu dalam kelas,jadi bila tiba musim Hari Raya ni, berpuluh-puluh kad Hari Raya ana terima dari kawan-kawan bukan Melayu ni, Mula lah berlumba dengan kawan lain, siapa dapat kad Raya paling banyak untuk tahun tu. Paling nostalgia juga menunggu kehadiran abang Posmen menyampaikan kad ucapan dari yang tersayang yang sedang menuntut di lain negeri. Perghh bila dapat kad Raya ada yang berlagu lagi..simpan elok-elok...

Kini dunia semakin mudah dan sempoi kata mereka. Kad Raya pun hantar dengan Facebook, Whatsapp dan Instagram sahaja, mudah dan free. Namun sesuatu yang ana dapati masa kini, budaya Kad Raya ni masih popular dan di amalkan oleh sahabat-sahabat blogger Malaysia. Ana sendiri, Alhamdulillah telah menerima lima keping kad Raya dari sahabat dan adik-adik blogger tersayang untuk tahun 2016 ni. Terharu sungguh rasanya atas ingatan dan kasih sayang dari mereka,Walaupun tak sempat hendak membalasnya namun ana rangkumkan ucapan kasih sayang di dunia maya ini. Alhamdulillah....

Kad Raya Dari Adik-adik Blogger 2016





Kad Raya pertama tahun ini, ana terima dari blogger Mummy Azlinda Alin dari http://www.azlindaalin.com/ . Terima kasih Mummy Lynda..semoga Mummy akan terus sukses sebagai seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata dan cemerlang dalam karier dan dunia blog. Selamat Hari Raya dari kak ana buat Mummy sekeluarga dan maaf zahir dan batin sekiranya kak ana pernah mengguris rasa Mummy sepanjang perkenalan kita semasa di bawah satu bumbung suatu masa dahulu sehingga ke hari ini.. :)




Selang seminggu, dua keping lagi kad Raya ana terima dari sahabat blogger Cik EN dari blog hebatnya http://www.nurfuzie.com/  dan sekeping lagi kiriman sahabat blogger Kathy dari www.kathyrbain.blogspot.com . Terima kasih juga buat Cik EN dan Kathy...Salam Aidil Fitri dari kak ana dan maaf zahir batin sekiranya ada yang tercalar walau sebesar zarah sekali pun sepanjang jalinan ukhuwah kita di alam maya ini.




Dan siapa sangka menjelang tiga hari sebelum berakhirnya Ramadan 1437H ini, dua keping lagi kiriman kad Hari Raya ana terima dari sahabat blogger Fuza Musa yang lama menyepi diri dari dunia penulisan blog ungu Sulaman Lace Heaven dan sekeping lagi dari Sha kasihkuamani.blogspot.com .Alhamdulillah....dengan rasa sungguh terharu dan sangat disayangi oleh adik-adik tersayang, biarpun belum pernah bersua wajah antara kita semua. Salam Lebaran Aidil Fitri 1437H buat Fuza dan Sha..Maaf zahir dan batin juga dari kak ana sekiranya sepanjang perkenalan kita ada yang mengguris rasa.Semoga ukhuwah kita ini kekal hingga akhir hayat, In Shaa Allah.

23 Comments

  1. Alhamdulillah....boleh simpan buat koleksi dan kenang kenangan kan kak ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah PC, kak ana akan simpan buat kenang-kenangan

      Delete
  2. Mmg baguslah kad raya ni... jika umo panjang, tahu depan pun mcm nak buat juga kad2 mcm ni... seronok... :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan KK dapat menghidupkan kembali nostalgia aidil fitri :)

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Ana,

    Tahun lepas saya ada exchange kad Hari Raya tapi tahun ni tak sempat.. Jadual kerja padat.. In shaa Allah ada umur tahun depan nak buat semula.. Nostalgia dapat kad Raya ni.. Lain macam rasa gembira dia.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, kann LZ seronok sangat bila terima kad hari raya ni kan :)

      Delete
  4. tahun ni x sempat nk htr kad raya...tp dpt jugak la beberapa keping....tgok la tahun depan kalau ada kesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah SA, tahun ni SA diuji dengan kesihatan mak kan , semoga kembali sedia kala semuanya, aamiin.

      Delete
  5. Salam singgah sini sis...Alhamdulillah dapat kad raya..Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin...

    ReplyDelete
  6. banyaknya kad raya Kak Ana... boleh buat gantung kat dinding.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur tahun lepas punya boleh laa Zaf haha :)

      Delete
  7. rajin kawan-kawan kita semua ni Kak Ana.. hantar kad raya lagi.. tahun ni CT xdan le.. terkejar2 macam2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy ye Ct, in shaa Allah dilain ketika kan :)

      Delete
  8. salam aidilfitri Kak Ana.. maaf zahir batin..
    have a blast raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AidilFitri buat Ct sekeluarga juga :)

      Delete
  9. Wah bestnyaa dpt kad raya..
    In Sha Allah tahun depan nk wat jugak

    ReplyDelete
  10. Tahniah kak...
    thn ni aida x sempat berkad raya.
    sesuatu yg baik ni kak.
    moga berkekalan tradisi ni antara blogger selama nyer...

    ReplyDelete
  11. teruja nak join nati raya tahun depan..lawa lah AnaJ..hebatnya..mana boleh lupa zaman dahulu kan era kad pengganti diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah Etuza, tahun depan boleh je kita hidupkannya semula :)

      Delete
  12. Wahh. Teringin nak join juga berkad raya. Tak lama dah kita nak berpuasa. Selamat berpuasa in advance semuanya.

    ReplyDelete