Cantiknya Volkswagen Kombi gaya Hipster
Beberapa minggu lepas,ana ke Serendah meraikan majlis resepsi perkahwinan kawan lama sepejabat suami dan kenalan ana juga.Maklumlah kami dahulu memang sebelum berkahwin bekerja satu pejabat, jadi kawan suami kawan ana juga lah kan. Meriah sangat majlis perkahwinan dengan hidangan yang sedap sangat. Selesai majlis, kami pun melangkah pulang menuju ke kereta. Dan jeng,jeng,jeng!!!Tengok apa yang ana jumpa.....
Cun tak?? Warna dia punya lah cantik, hipster sangat kan.Sedang membelek-belek keliling kereta dan bergambar tuan punya kereta pun muncul. Sempat lah suami ana bertanya serba sedikit tentang kereta unik ni.Menurut pemiliknya, kereta ni merupakan keluaran tahun 1974. Ayahnya membeli kereta ini sekitar tahun 1989 kalau tak salah ana. Kemudian beliau telah membaik pulih serta menghidupkan semula kereta tersebut baru-baru ini. Semuanya di make-over secara sedikit demi sedikit sehinggalah kelihatan seperti sekarang.
Kereta Volkswagen Kombi ni memiliki cukai jalan dan boleh sahaja bergerak di jalan raya. Hebatkan..pasti ramai peminat hipster suka dengan model kereta sebegini.
Dan ini merupakan kali kedua ana jumpa kereta Volkswagen Kombi kerana sebelum ini, ana pernah juga kongsikan sekeping gambar model kereta yang sama milik jiran ana. Warnanyapun warna kesukaan ana , jingga gitu.
So, amacam.. cun kan kedua-dua volkswagen kombi ni??
18 Comments
Cantik.
ReplyDeleteSusah nak dapat sekarang.
kan WP, sangat Rare dah kenderaan macam ni :)
Deletecantek2! yang first tu paling cantek.hehe
ReplyDeletewarna dia kan cantik sangat :)
DeleteHi kak ana..! Reen singgah sini juga. Hihihi salam ukhuwah.. lama dah tak nampak Kombi yang comel ni.
ReplyDeleteterima kasih Reen, comel kan :)
Deletesusah nak tengok dah atas jalan kereta macam ni .. vintage,, tuh,,bertuah kak ana dapat ada peluang nak dekat dengan kereta ni ,,
ReplyDeletebetul tu wani, kak ana teruja sangat :)
Deleteteringat kawan kolej husna dulu.. arwah ayahnya memiliki volkswagen kombi nih.. kami yg tak pernah tgk jadi hairan.. memang antik!
ReplyDeletekan, nampak je terus excited semacam, apa lagi beriya bergambar husna haha :)
Deletelawa laaa. antik sangat
ReplyDeletekan leyla , hipster gituew :)
DeleteAssalam anajingga, balas singgah di sini.
ReplyDeleteTeringat dulu masa muda remaja selalu naik van mcm ni sama dgn kawan2 usrah jemaah, tapi malu sbb vannya buruk, tak cantik macam ni., Ni cantik sangat ni
waalaikumsalam Nor Azimah,
Deletekalau dulu kita anggap van buruk je kan..laa nii memang depa cari balik kenderaan lama macam ni :)
Ala...van zaman kak budak2 ni...
ReplyDeleteVan sekolah ye kak Mala :)
Deletecantiknya bila dimakeover. boleh buat bisnes angkut pelancong. hehe.
ReplyDeletekann GL cun sangat dah tu :)
Delete