Beberapa minggu lepas,ana ke Serendah meraikan majlis resepsi perkahwinan kawan lama sepejabat suami dan kenalan ana juga.Maklumlah kami dahulu memang sebelum berkahwin bekerja satu pejabat, jadi kawan suami kawan ana juga lah kan. Meriah sangat majlis perkahwinan dengan hidangan yang sedap sangat. Selesai majlis, kami pun melangkah pulang menuju ke kereta. Dan jeng,jeng,jeng!!!Tengok apa yang ana jumpa.....



Cun tak?? Warna dia punya lah cantik, hipster sangat kan.Sedang membelek-belek keliling kereta dan bergambar tuan punya kereta pun muncul. Sempat lah suami ana bertanya serba sedikit tentang kereta unik ni.Menurut pemiliknya, kereta ni merupakan keluaran tahun 1974. Ayahnya membeli kereta ini sekitar tahun 1989 kalau tak salah ana. Kemudian beliau telah membaik pulih serta menghidupkan semula kereta tersebut baru-baru ini. Semuanya di make-over secara sedikit demi sedikit sehinggalah kelihatan seperti sekarang.

Kereta Volkswagen Kombi ni memiliki cukai jalan dan boleh sahaja bergerak di jalan raya. Hebatkan..pasti ramai peminat hipster suka dengan model kereta sebegini.




Dan ini merupakan kali kedua ana jumpa kereta Volkswagen Kombi kerana sebelum ini, ana pernah juga kongsikan sekeping gambar model kereta yang sama milik jiran ana. Warnanyapun warna kesukaan ana , jingga gitu. 


kereta hipster

So, amacam.. cun kan kedua-dua volkswagen kombi ni??