Inilah keadaan di sekitar rumah arwah Tok di kampung ana, Teluk Intan.Sering kelihatan monyet-monyet liar atau kami panggil lotong berkeliaran mencari makanan. Yang menjadi mangsanya pokok bunga dan pokok buah-buahan keliling rumah. Ramai bukan seekor dua yang datang. Dah tak takut dah pun dengan orang di sekitar.

Tak tahu nak kata apa dah dengan keadaan ni. Pernah juga mak saudara menghubungi Jabatan Perhilitan. Depa datang bawa senapang, tapi mak saudara ana siap pesan pulak, jangan tembak ye, takutkan sahaja. Ermmm...kesian juga kan, sebab ada yang mendukung anak di dadanya. Allah..memang tak sampai hati kalau kena tembak.


Orang Jabatan Perhilitan pun kesian kut dengan mak saudara ana, mereka lepaskan tembakan ke udara sahaja. Dua tiga hari tak nampak la kemunculan lotong-lotong. Pas tu hihi..mai semula bawa geng. Macam mana tuu??





Kalau di fikirkan semula, sekitar kampung kami tu dah tak ada tempat lain dah untuk lotong-lotong ni meneruskan kehidupan mereka. Habitat mereka telah pupus. Sekeliling kampung dah dibangunkan dengan taman perumahan. Belakang rumah pula sungai. Jadi di mana lagi mereka nak tinggalkan dan meneruskan kesinambungan kehidupan. 

Cuma yang menjadi mangsanya pokok buah-buahan sehinggakan durian dan rambutan di keliling rumah pun tak sempat berputik. Baru berbunga dan dileraikan dari tangkainya. Begitu juga dengan pokok bunga, kenalah dengan pepatah seperti kera mendapat bunga kan. Mana yang sedap pada mereka jadi sayur la jawabnya.

Tapi jangan tak tahu, mereka pun tahu memilih mana yang boleh di makan atau tidak. Kuasa Allah swt yang Maha Adil, Pengasih dan Penyayang kepada seluruh hambaNya. Pokok keladi bunga hiasan yang beracun tidak mereka usik.Pokok bunga berduri pun tak nak juga mereka sentuh. Bijak kan..

Selagi mampu bersabar, kami redha lah berkongsi bumi Allah swt dengan lotong-lotong ni. Kalau ada rezeki ada lah buah untuk kami makan, kalau tak memang rezeki mereka la tu. Kami pun dah lali dengan persekitaran yang sedemikian. Mak pun kadang-kadang siap bagi kuih atau sisa makanan kat hujung jalan  kat lotong-lotong tu. Kesian katanya. Begitu lah kehidupan di atas muka bumiNya. Bukan semua milik kita, sama-sama menumpang di bumi Allah Yang Maha Besar. Waallahu 'alam.