Inilah keadaan di sekitar rumah arwah Tok di kampung ana, Teluk Intan.Sering kelihatan monyet-monyet liar atau kami panggil lotong berkeliaran mencari makanan. Yang menjadi mangsanya pokok bunga dan pokok buah-buahan keliling rumah. Ramai bukan seekor dua yang datang. Dah tak takut dah pun dengan orang di sekitar.

Tak tahu nak kata apa dah dengan keadaan ni. Pernah juga mak saudara menghubungi Jabatan Perhilitan. Depa datang bawa senapang, tapi mak saudara ana siap pesan pulak, jangan tembak ye, takutkan sahaja. Ermmm...kesian juga kan, sebab ada yang mendukung anak di dadanya. Allah..memang tak sampai hati kalau kena tembak.


Orang Jabatan Perhilitan pun kesian kut dengan mak saudara ana, mereka lepaskan tembakan ke udara sahaja. Dua tiga hari tak nampak la kemunculan lotong-lotong. Pas tu hihi..mai semula bawa geng. Macam mana tuu??





Kalau di fikirkan semula, sekitar kampung kami tu dah tak ada tempat lain dah untuk lotong-lotong ni meneruskan kehidupan mereka. Habitat mereka telah pupus. Sekeliling kampung dah dibangunkan dengan taman perumahan. Belakang rumah pula sungai. Jadi di mana lagi mereka nak tinggalkan dan meneruskan kesinambungan kehidupan. 

Cuma yang menjadi mangsanya pokok buah-buahan sehinggakan durian dan rambutan di keliling rumah pun tak sempat berputik. Baru berbunga dan dileraikan dari tangkainya. Begitu juga dengan pokok bunga, kenalah dengan pepatah seperti kera mendapat bunga kan. Mana yang sedap pada mereka jadi sayur la jawabnya.

Tapi jangan tak tahu, mereka pun tahu memilih mana yang boleh di makan atau tidak. Kuasa Allah swt yang Maha Adil, Pengasih dan Penyayang kepada seluruh hambaNya. Pokok keladi bunga hiasan yang beracun tidak mereka usik.Pokok bunga berduri pun tak nak juga mereka sentuh. Bijak kan..

Selagi mampu bersabar, kami redha lah berkongsi bumi Allah swt dengan lotong-lotong ni. Kalau ada rezeki ada lah buah untuk kami makan, kalau tak memang rezeki mereka la tu. Kami pun dah lali dengan persekitaran yang sedemikian. Mak pun kadang-kadang siap bagi kuih atau sisa makanan kat hujung jalan  kat lotong-lotong tu. Kesian katanya. Begitu lah kehidupan di atas muka bumiNya. Bukan semua milik kita, sama-sama menumpang di bumi Allah Yang Maha Besar. Waallahu 'alam.

16 Comments

  1. assalamualaikum ana...yer betul tu semua makhluk di dunia ni hanya menumpang sementara waktu...cukup masa kita pergi meninggalkan dunia ini..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mama,begitulah kehidupan kita di muka bumi Nya

      Delete
  2. Lotong, first time Nani dengar. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nani kat kampung kak ana kami panggil lotong :)

      Delete
  3. Tempat kak panggil lutong. Memang kesian kalau mereka ni mau dicederakan. Tambahn yang ada anak kecil tu...tapi pada masa yang sama kita pun nak makan juga hasil kampung...kena kongsilah jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa dilemanya Kak Mala, antara kasihan dan pokok buah-buahan tu :(

      Delete
  4. Yang dalam gambar tu panggil kera aka monyet.
    Lotong lebih besar berwarna gelap.
    Monyet ni binatang pemusnah tanaman dan sangat cepat membiak.
    Bagi kami para petani, monyet ni kira musuh utama.
    Kadang2 terpaksa bunuh juga.
    kalau tidak tanaman kita tak dapat hasil.
    Anak ayam, telur ayam pun depa sapu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WP, cuma rasa kasihan tu yang tak dapat nak elakkan. Memang perlu dibunuh sekiranya menjejaskan pendapatan para petani kan..tapi tu laa setakad ni kami masih mampu bertahan, pokok pun sekadar keliling rumah je, stakad mampu kami halau tapi depa datang semula WP :(

      Delete
  5. Monyet kan..kalau kat taman ni selalu laa depa2 ni berkeliaran cari makanan..siap terbalikkan tong sampah lagi..

    ReplyDelete
  6. kat kawasan berhampiran yg husna selalu guna jalannya, mesti ada anak beranak ni dok tunggu makan. sedih tgk!

    mcm kat kampung husna, makcik call pihak yg berkaitan pastu diorg dtg bawak sangkar dan umpan utk tangkap apa yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga cara tu husna kan, pindahkan ke tempat yang lebih sesuai kan :)

      Delete
  7. kat kg SA masih hutan belantara..so masih banyak kera2 ni bermaharajalela...tp kalau hutan musnah..habitat diorang terganggu dan pasti akan membahayakan manusia kan kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu SA, ini sekeliling kampung dah jadi taman perumahan , makhluk Allah ni dah tak ada habitat yang sesuai untuk mereka, Waallahu a'lam :)

      Delete
  8. kat tmpt kami, monyet2 tu x takut org. org yg takut dgn monyet sbb monyet2 tu ganas

    ReplyDelete