Durian dan cempedak antara dua buah-buahan tempatan yang sedap di makan.Tapi umum tahu, masalah utama apabila kita membawa buah-buahan ini dari kampung misalnya di dalam kenderaan, baunya yang menggoda jiwa tu pasti akan tinggal. Beberapa hari baru lah hilang. Banyak petua-petua lama yang pernah ana cuba dan pelajari untuk menghilangkan bau durian atau cempedak dari dalam kereta. Rangkaiannya ana kongsikan di sini, mungkin salah satu daripadanya menjadi atau berkesan dengan kita, tak cuba tak tahu kan..




Petua Hilangkan Bau Durian Dari Dalam Kereta


Apa yang ana kongsikan disini beberapa petua Melayu Lama , mungkin menjadi mungkin tidak, jadi tak salah mencuba kan. Tapi bukanlah boleh hilang sekelip mata, mungkin akan mengambil sedikit masa, antaranya :

1. Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian.Petua ini sesuai kalau kebetulan ada daun ubi kayu laa kan.

2. Cuba letak separuh buah nenas yang telah dipotong. Bau durian itu akan diserap oleh nenas.Petua ni tak pernah ana cuba lagi.

3. Cuba letak daun pandan, terus hilang bau.Petua ni pernah ana lakukan,agak menjadi cuma ambil sedikit masa juga lah.

4. Letakkan beberapa keping roti (semua jenis roti boleh) tutup kesemua pintu dan tingkap, biarkan beberapa jam, bau durian akan hilang.Petua ni pun pernah ana lakukan, juga mengambil sedikit masa barulah hilang baunya.

5. Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian. Arang akan menyerap kesemua bauan tersebut.

6. Serbuk kopi (tak kisah cap apa pun) juga boleh menyerap bauan tak sedap. Bungkus serbuk kopi dalam kain atau masukkan dalam bekas kemudian letak di dalam kereta.

7. Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Bau durian itu juga akan hilang diserap.

8. Letakkan bekas cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bau tersebut.

9. Masukkan semua durian dalam bungkusan beg plastik dua atau tiga lapis kemudian ikat ketat-ketat sebelum letak di dalam bonet keret. Selepas itu buka semua tingkap kereta semasa memandu, jangan pasang pendingin hawa. Biarkan udara memasuki kereta anda itu.

Apapun petua-petua yang diberikan ini, cara yang sering ana lakukan jika membawa durian dari kampung ialah isikan siap-siap di dalam tupperware dan tutup rapat. Maknanya hanya bawa balik isi durian bukan dengan sebiji durian :)

Sumber petua : http://firestartingautomobil.blogspot.com

8 Comments

  1. salam kak Ana...biasa SA guna daun pandan je...tak pun letakkan roti gardenia..roti tu akan serap bau durian tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah SA samalah kak ana pun pernah try yang guna daun pandan dan roti je hihi :)

      Delete
  2. wow baru tau banyaknya petua hilangkan bau durian.. mummy letak tangkai buah durian kat tempat air cond tu je.. cepat dan pantas hilang..hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke mummy, boleh lah try petua mummy nanti :)

      Delete
  3. Banyaknya petua. Biasanya letak air freshener aje

    ReplyDelete
  4. Selalu rajen letak roti je.. Itupun boleh tahanlah bau dia.

    ReplyDelete