Anak kampung macam ana ni, memang selera sangat dengan menu-menu alam sekeliling ni. Baru-baru ni ana ada kongsikan resepi masak telur itik dengan belimbing buluh kan. Rupa-rupanya baki buah belimbing buluh pemberian kawan sepejabat suami ana tu masih ada dalam peti sejuk. Walaupun dah kuning masak, tapi masih boleh digunakan dalam masakan. Ana teringat pula isteri kawan suami yang beri buah belimbing buluh tu, Kak Ila,pernah masakkan sambal goreng ikan bilis dengan buah belimbing buluh ni. Ana pernah juga bertanya kan resepi nya dari Kak Ila dan tengahari semalam, ana mencuba sendiri resepi ringkas ni. Alhamdulillah, sama juga rasanya dengan masakan Kak Ila yang kami makan ketika berkunjung ke rumahnya Hari Raya yang lepas.

Untuk yang ingin mencuba masakan sambal goreng ikan bilis dengan belimbing buluh ni, ana kongsikan semula resepi ringkas dan sedap ni di www.anajingga.com.Mana tahu nak tukar-tukar selera kan, makan dengan nasi panas sahaja pun dah sedap ni. Adik Ika pun suka makan menu ni.

Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis dan Belimbing Buluh


Bahan-bahannya :

Ikan Bilis (Segenggam lebih kurang)
Buah Belimbing Buluh ( ikut suka )
Cili Api (10 biji )
Bawang Besar ( 1 biji )
Bawang Putih ( 2 ulas )
Kunyit Idup atau serbuk kunyit ( sesudu )
Garam 
Minyak Masak

Cara-caranya:

Ikan bilis di kopek, bersihkan dan goreng seketika.Ketepikan.
Buah belimbing buluh dipotong bulat-bulat.
Tumbuk lumat cili api,bawang merah dan bawang putih. Masukkan serbuk kunyit.
Panaskan api, tumis bahan yang ditumbuk sebati tadi di dalam minyak sehingga cili api tu masak.
Masukkan buah belimbing buluh tadi dan gaul sebati.
Masukkan semula ikan bilis yang telah di goreng dan rasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup api dan siap 👌👌

Buah belimbing buluh ini juga sedap dimasak sambal tumis dengan ikan bilis.Memang kena dengan selera ana. Kalau rajin bolehlah juga masak sambal hitam dengan buah belimbing buluh ni. Lagiiii laaa sedap ya amat sangat 😉😉

9 Comments

  1. Bestnya kak ana...biasa letak petai....

    ReplyDelete
  2. Ikan bilis dan belimbing buluh. Masak pedas pula tu. Memang menggamit selera makana 😍

    ReplyDelete
  3. alahaiii .. kecur suda air liur yana nie kak ana =))

    ReplyDelete
  4. simple dan sedap....nak kena cari belimbing buluh la

    ReplyDelete
  5. Sedaaaap sangat ni. Nani baru buat semalam. Hehe :)

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete