Apa Yang Best di Baden Baden Bundle Tanjung Malim
Ana ni selalu gak teman suami ke kedai-kedai bundle sekitar Rawang ni. Suami suka cari jeans kat bundle sebab kadang-kadang dapat yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Orang lelaki ni sempoi je, jeans kat bundle pun depa pakai jer buat basahan. Beli, bawa balik bersihkan dah boleh pakai. Bukannya salah pun, sama macam beli barang pre-love gak kat orang perempuan kan.
Balik dari Teluk Intan, baru-baru ni, kami singgah ke Baden Baden Bundle di bandar Tanjung Malim. Bundle ni memang femes laa di kalangan peminat barangan bundle sekitar Tanjung Malim. Tak percaya tanya Mamat Khalid 😉😉 Baden Baden Bundle ni lokasinya betul-betul di tepi jalan utama menuju ke persimpangan masuk ke Tanjung Malim tu. Kalau dari utara sebelah kiri jalan, bersebelahan stesen minyak Petronas dan seberang jalan tu ada KFC kalau tak silap ana.
Baden Baden Bundle, Tanjung Malim
Apa istimewanya Baden Baden Bundle di Tanjung Malim ni? Okay meh, ana nak ceritakan kelainan jika korang singgah (khasnya kaki bundle) ke Baden Baden Bundle di Tanjung Malim ni.Pertamanya, kedai bundle ni berhawa dingin. Haha..jadi korang selesa la nak memilih pakaian yang ada dipamerkan disini. Keduanya, ia disusun kemas dan bersih sekali. Mudah nak membuat pilihan, dah macam dalam shopping mall jer, suasana nya.
Cuba korang tengok gambar tu, kemas dan bersih kan..lampu dia pun terang benderang, senang korang nak check kut-kut ada pakaian yang korang nak beli tu terkoyak ke, tercabut ke.. kan senang.Kebanyakkan baju-baju yang ada disini berharga RM5.90 sehelai. Dan ada diskaun lagi tau..Tapi tengok pada harga lah, ada yang berlainan harga. Kasut dengan beg pun ada di jual disini. Macam-macam adaaa 😊😊
Pakaian lelaki dan wanita juga ada dijual disini. Ramai juga ana lihat pelanggan membeli disini. Ikut pada bajet masing-masing kan. Lagi satu dalam premis ni juga ada beberapa fitting room, mudah korang try pakaian sebelum membelinya. Tandas pun ada, kalau ada kes kecemasan tu settle laa haha.
Okay satu lagi yang awesome kat Baden Baden Bundle ni ialah selain menjual pakaian, di bahagian belakang ruang kedai ini juga ada menjual barangan rumah terpakai dari luar negara. Antara yang menarik perhatian ana ialah pinggan mangkuk. Memang cantik-cantik dan penggemar pinggan mangkuk lama dan antik boleh laa ushaa ushaa ke sini kay. Mana tahu ada yang berkenan.
Cuma pinggan mangkuk ni, jika kita membelinya perlulah di samak terlebih dahulu kan. Ye laa kita pun tak tahu asal usul pemiliknya sama ada ianya baharu atau pun sudah terpakai. Tak jadi masalah pun, bersihkan dan samak, selesai.
Dalam banyak-banyak pinggan kat sini ada dua ni menarik perhatian ana.Pinggan berwarna biru dengan corak ala-ala oriental gitu. Cantik sangat, namun ana tak juga membelinya pada hari tersebut. Mungkin lain kali, ana singgah dengan bajet yang lebih ana beli 😌😌
Cantikkan.. Kalau kebetulan korang berada di sekitar bandar Tanjung Malim, atau yang berdekatan dengannya, khas buat peminat bundle dan barang-barang lama, singgah sahaja ke Baden Baden Bundle ni, korang pasti berpuas hati dengan keselesaan dan harga yang ditawarkan.
Waktu perniagaan Baden Baden Bundle, Tanjung Malim ni ialah Isnin - Jumaat (12:00 pm- 12:00am) dan Sabtu dan Ahad pula dari 10:00 am- 12am. Jom shopping bundle !!
6 Comments
Kak ana..pinggan yang warna biru tu cantik...yang kedua tu..
ReplyDeleteCantik kan PC, kak ana pun suka tengoksoft sangat :)
DeleteTempat kita nie, tp xpernah pergi
ReplyDeletehaha tempat bro kan :) sesekali singgah nanti kay :)
DeleteSelalu datang...sinngah otw dari kl..memang suka singgah sini...
ReplyDeletesekarang dah tak ada kat Tg Malim berpindah ke Danau Kota , KL dah :(
Delete