Pertama kali ana diperkenalkan dengan Lip glow CADEAU ni, hati dah berbunga-bunga keghairahan untuk memilikinya. Itu baru melihat bekas lip glow dan belum lagi ana membukannya. Dan bila sahaja ana tarik penutup berwarna 'rose gold elegant' ni...waalllaaaaa sangatlah terpesona dengan keunikan lip glow dari CADEAU ni.

CADEAU LIP GLOW



Puas hati sangat dapat memiliki sendiri lipglow se elegant CADEAU ni. Ia bukan sahaja di datang kan dalam packaging yang cantik malahan banyak lagi keistimewaan yang ada pada lip glow secantik ni. Jom teruskan pembacaan di www.anajingga.com dan ana akan kongsikan pengalaman ana sendiri menggunakan Lip glow CADEAU.




Pada hari ana menerima parcel yang mengandungi CADEAU Lip Glow ni,kebetulan ana sekeluarga nak bertolak ke Klebang, Melaka bercuti bersama keluarga. Sampai sahaja courier dan terus bawa dan tak sabar sungguh nak mencubanya sendiri. CADEAU Lip Glow ni istimewa sebab ianya bertukar warna mengikut pH  pada bibir si pemakai.Sapukan di bibir dan selepas 3 saat ia berubah warna mengikut pH kulit bibir kita.




Apabila Adik Ika menggunakannya, ia bertukar menjadi warna light pink dan Kak Long memakainya pula warna lip glow ini menjadi kemerah-merahan lebih pekat. Ia nya nampak begitu natural seperti kita tidak memakai sebarang gincu bibir, cukup sekadar CADEAU Lip Glow yang unik ini menampakkan solekan wajah yang asli semulajadi. Bestkan.

Satu lagi keunikan CADEAU Lip Glow ialah ianya harum wangi seharum bunga, patutlah di dalam setiap satu lip glow ini terdapat sekuntum bunga. Bukan sekadar simbolik namun ia memang harum.


CADEAU Beauty 9 Flowers Essense


Dihasilkan dari ekstrak sembilan haruman bunga seperti ekstrak wangian lavenders, English Marigold, Damask Rose, Chamomile, Roselle Hibiscus, English Daisy, Kobushi Magnolia,Tiger Lili, dan Beach Rose. Inilah rangkaian bunga-bungaan yang harum yang dapat kita alami ketika memakai CADEAU Lip Glow..Amazing kan 💗💗



CADEAU Lip Glow hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi dan pastinya bahan utama adalah dari ekstrack sembilan jenis bunga haruman di dunia yang ana nyatakan di atas. Ianya juga dihasilkan secara hand made di KOREA yang unggul dalam dunia pengeluaran kosmetik dunia.

Kenapa anda perlu memiliki CADEAU Lip Glow ?


* Packagingnya yang sangat unik dan cantik dengan motif sekuntum bunga dan warna pastel yang lembut.

* Merupakan hasil kerja tangan dari Korea yang mana hanya dikeluarkan bilangan terhad setiap hari.

* Bekas Lip Glow berwarna plated rose gold yang eksklusif dan boleh dijadikan cermin.

* Lembut bila disapukan pada bibir, boleh juga digunakan sebagai lip balm.

* Berubah warna mengikut ph pada bibir si pemakai dalam masa 3 saat.

* Kekal warna sehingga 8 jam.

* Haruman wangian buah-buahan dan ekstrak bunga.

* Dihasilkan dari bahan semulajadi yang sesuai untuk semua jenis kulit.

* Kuntuman di dalam lip glow adalah bunga asli bersama gold flakes.





Wanita anggun di luar sana boleh sahaja mendapatkan banyak lagi info dan maklumat detail produk dengan melayari ke : 

Laman web : www.cadeau-beauty.com

atau 


atau 



Ermm...pasti dah teruja sangat nak memiliki sendiri koleksi dari CADEAU Lip Glow yang elegan. 

CADEAU Lip Glow boleh di beli dari  :


Sebagai pembaca setia www.anajingga.com, jangan lupa masukkan code istimewa dari ana 

ANAJINGGA11

dan anda akan mendapat free gift dari mereka. Tak nak ke?? Siapa tak nak kan memiliki lip glow yang istimewa seperti ini. CADEAU bermakna Hadiah di dalam bahasa Perancis jadi ingat hadiah ingat CADEAU Lip Glow okay... 💗💗

6 Comments

  1. zie pun suka pki lips mcm ni, tak merah mak ngah sangt, just nice ikut darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Suzie, ia berwarna lembut dan mengikut PH pada bibir si pemakai :)

      Delete
  2. Assalamualaikum..dah lama tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Zila, lama sungguh tak bersiaran ye:) welcome back

      Delete
  3. Tak pernah cuba lagi...nanti bleh la cuba..m

    ReplyDelete