Pengat Pisang Berjagung
Pengat Pisang Berjagung
Pengat ni bahasa orang Perak panggil untuk bubur manis. Biasanya kami panggil pengat macam pengat pisang, pengat labu dan sebagainya. Dalam erti kata lain pengat bermaksud bubur pisang gitu. Tapi selalunya pengat ni menggunakan gula merah. Sama je sebenarnya pengat dengan bubur kan.
Pisang ni pemberian dari jiran belakang rumah ana yang baru di tebangnya. Banyak gak dalam dua sikat, pisang gemuk-gemuk lak tu. Sebelumnya ana buatkan pisang goreng buat menu minum petang. Pastu ada sesikat lagi, ana teringat nak pengatkan sahaja.Nak jadikan lebih sedap ana tambahkan jagung.
Bahan-bahan pengat pisang berjagung :
Pisang (belah dua)
Santan pekat
Jagung tin
Gula (ikut rasa )
Daun Pandan
Secubit garam
Cara-caranya :
Masukkan santan pekat, gula, pisang ke dalam periuk dan didihkan sehingga masak.
Kemudian bolehlah masukkan jagung tin dan secubit garam serta daun pandan sebagai menambah aromanya.
Kacau sentiasa agar tidak pecah minyak.Siap untuk satu sajian tradisional Melayu lama.
Menu pengat seperti ini makin hari makin terpinggir. Anak-anak ana sendiri kurang meminatinya. Kalau dahulu, inilah antara menu pencuci mulut yang kami ada. Nak-nak lagi untuk juadah berbuka puasa. Mak dahulunya suka masukkan sagu. Tapi sagu ni, ana sendiri pun kurang berminat. Dan ana gantikannya dengan jagung. Boleh sahaja kita variasinya seperti menambahkan kacang merah dan sebagainya agar bertambah enak di makan.
17 Comments
Sedapnyaaa kak Ana 😊 Lama tak makan pengat pisang
ReplyDeletenanti jumpa pisang buat je Nani :)
DeleteFavourite ni Pengat Pisang Berjagung.. Plus durian lagi best.. Tapi 'mabuk' ke nanti? Hehe..
ReplyDeletewww.erazfadli.com
haha mana ada mabuk lak EF, mesti ngam punya laa :)
Deleteyummy! Mrs. A pun suka makan pengat pisang berjagung.
ReplyDeleteEh! blog k. Ana sudah tukar ka!?
Bole la bantu kmi orang naik grade... nak tengok blog awak. give me feedback.
DeleteHihi gugih tukar template Mrs A, jemu gak hat lama tu dah bertahun :)
DeleteWissh.... Bestnya recipe mcm ni... nak masak la.... lapar lapar la sudah hahahah... :D
ReplyDeleteMMM... where's the admin, can I talk
cuba kay :)
DeleteFavorite saya bubur jagung! tapi yang ni pun boleh la sebab dia ada jagung juga kan haha.
ReplyDeleteBubur jagung pun kak ana suka gak SS ni cuma buh pisang je jadi la pengat pisang berjagung :)
Deletenampak sedap buat makan petang. boleh try nanti
ReplyDeleteBoleh je try, senang kan UZ :)
DeleteSedapnye... pengat pisang...
ReplyDeleteBonde tag Kak Ana
http://www.bondezaidalifah.com/2017/02/1st-contest-shazyanas-tupperware-2017.html
Ok Bonde :) all the best
DeleteYummy 😋😋
ReplyDeleteDah lama tak makan
tu laa sedap makan sesekali :)
Delete