Bedak zaman 90-an dulu-dulu
Kak ana membesar di penghujung tahun 80-an sehinggalah melewati zaman remaja di awal 90-an. Tinggal di kampung halaman, Teluk Intan., Perak Darul Ridzuan. Era itu semuanya yang ada di sekeliling itulah produk yang akan kami gunakan sama ada untuk makanan, keperluan harian mahupun kecantikan.
Nak beli alat solek apa yang ada di jual di pasaraya mahupun kat kedai runcit pun duk jual. Tak ada lah farmasi macam Watson, Guardian macam sekarang ni. Produk online lagi lah tak pernah terfikir pun. Tapi kami tetap nak melawa juga zaman tu, siap dengan bedak talkum, bedak compact, lipstik dan shadows.
Paling standard pun order jenama Avon yang mak saudara tunjuk katalog sebab depa jadi agen. Hehe! Nostalgia sungguh lah...
Baru-baru ni kak ana ke pasaraya Mydin yang baru buka cawangan Mydin Mart, di Bandar Tasik Puteri. Tak jauh sangat dari kediaman kak ana. Saja suami ajak singgah nak merasmikan lah konon cawangan baru, kan.
Teruja kak ana sambil duk jalan-jalan tu terpandang deretan bedak-bedak zaman 90-an dahulu yang masih dijual dan dipamerkan rak. Kak ana ambil beberapa keping foto dan nak share dengan korang semua antara jenama yang pernah kak ana gunakan sebelum ini.
Bedak zaman dahulu
Yang dalam gambar atas tu adalah Happy Skin Lotion. Sama lagi packagingnya cuma dah tukar kepada gambar perempuan muslimah di label. Dulu tak ada tu. Inilah dia foundation kak ana zaman dahulu. Bukan ada tona atau kod warna, satu tu je lah tapi elok je sesuai dengan wajah-wajah kami waktu tu. Yelah kalau tak sesuai pun tak de siapa nak komen kan hehe.
Kami panggil bedak siam masa tu. Lotion ni ada dua bahagian atas tu cecair dan bawahnya bedaknya lah. Bila nak guna kena goncang bagi blend sebati dan tuang pada tangan, sapulah pada wajah. Ada rasa refreshing bila pakai. Kadang-kadang kalau alergic kulit kena gatal-gatal pun kami sapu bedak ni hilang lah pula gatalnya. Ajaib sungguh naa..
Hat nih lagi legend lah. Zaman arwah mak dah ada rasanya. Kak ana panggil bedak nyonya. Ada dua warna pilihan satu putih satu lagi pink. Bedak ni kira bedak compact lah zaman kami. Lepas sapu lotion Happy tu, tepek lah bedak nyonya ni bagi serata pada wajah.
Ia dalam bentuk ketulan sahaja dalam pek kecil segiempat tepat tu. Sapu guna jari sahaja, usap-usap pada jari dan sapulah di wajah. Satu lagi yang kak ana guna adalah bedak tradisional batu benang sila. Ada lagi kak ana jumpa di pasar besar Teluk Intan, sekarang ni.
Zaman dulu jenama bedak ikut dan jer. Boleh pula ada bedak talkum jenama cap ular atau Snake Brand. Kalau laa nih, mesti nama-nama yang bersesuailah dengan ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bedak ni talkum yang selalu di gunakan untuk baby kalau tak silap. Kak ana tak pernah guna untuk kecantikan rasanya.
Samalah juga bedak Holiday On Ice ni. Sejenis bedak talkum juga tapi kak ana tak guna sangat. Selalunya di sapu pada baby atau kanak-kanak untuk menyejukkan badan. Maklumlah zaman tu tak banyak losyen baby di pasaran. Kalau ada pun Johnson & Johnson .
Zaman dahulu jarang rumah yang ada penghawa dingin , nak-nak lagi di kampung kan. Nak sejukkan badan, mandi , kemudian taburlah bedak talkum yang refreshing macam dua jenama kat atas ni.
Ini antara jenama talkum kesukaan kak ana selain Amami. Bedak talkum Cuticura. Wangi sangat baunya bila di sapu pada wajah dan badan selepas mandi. Kemudian barulah muncul bedak Zaitun, bedak jenama-jenama lain satu demi satu.
Inilah yang sempat kak ana coretkan kisah nostalgia zaman silam ketika kami remaja dahulu. Lain sangat dengan zaman sekarang. Waktu itu tak banyak pilihan, sekadar manfaatkan apa yang ada di persekitaran sahaja.
Kami melawa dengan cara kami sendiri. Tak ada media sosial untuk di upload. Kalau berjalan tu dapatlah tangkap gambar dan cuci filem di kedai. Hasilnya nasiblah kalau lawa atau tak, haha! Bukan ada editing bagai.
Silap haribulan dapat gambar separuh lah, tak ready lah, mata merah lah , gelap lah ikut lah kan... Namun semua itu masih tersimpan rapi di ingatan kak ana selagi hayat di kandung badan. Alhamdulillah... untuk pinjaman usia hingga ke saat ini.





0 Comments