Tahniah Buat Anak Ibu
Semalam 16hb Mac 2017, keputusan SPM telah diumumkan. Sehari sebelumnya Adik Ika dah tak berapa sihat,sakit kepala katanya sampai tak pergi kerja di cafe. Adik Ika kerja di western cafe sementara menunggu panggilan belajar ni. Seronok bukan main dia, maklumlah kerja gaji hari, tiap hari habis kerja dapat gaji terus, teruja lah anak-anak sebayanya bila dapat kumpul duit cash macam ni kan.. Sekurang-kurangnya dia ada pengalaman bekerja juga kan selain dari mendapat wang poket.
Ana faham sangat kenapa Adik Ika, migrain tu, ana tahu dia tak dapat tidur malam kerana memikirkan result SPM yang bakal keluar..stress gitu. Pagi tu, sebelum ke sekolah dalam kereta, ana dah pesan kat dia..sama seperti ketika dia mengambil keputusan UPSR, PT3 dahulu, apa sahaja keputusannya,ibu dan ayah akan menerima dengan hati yang terbuka. Ibu dan ayah tahu ia bukan mudah, dan kami juga tahu Adik dah berusaha sejauh mana.
Hampir jam sebelas pagi, Puan Noraini, guru bimbingan dan kaunserling naik pentas, buat beberapa pengumuman penting. Dan tiba saat-saat yang mendebarkan semua pelajar dan ibubapa yang hadir. Pengetua, Puan Hajjah Jamaliah dah bersedia di atas pentas untuk menyampaikan keputusan pelajar cemerlang 6 A ke atas. Satu demi satu nama di panggil termasuk kawan baik Adik Ika, anak ana juga Zulaika..tersenarai antara pelajar cemerlang dengan mendapat 6 A.
Ana lihat Adik Ika dah bergenang airmata, Allahu..dalam hati masih terus berdoa agar dia tidak kecewa. Selesai senarai pelajar 6A di umumkan. Diteruskan dengan 7A, nama dari kelasnya hanya tiga orang kalau tak silap,terus langkah ke kelas-kelas lain. Ini kerana Adik Ika berada di kelas pertama 5 A 1, jadi cepat tahu berapa orang dari kelasnya yang telah diumumkan. Harapan di hati ana masih ada.. walaupun tidak mahu mengharap terlalu tinggi. Adik Ika kian gelisah disana.Terpancar wajah kerisauan dan paniknya, sesekali dia menjeling ke arah ibu.
Sampai pengumuman untuk nama pelajar 8A, nama kedua yang disebut ialah namanya... Subhanallah anak ibu mendapat 8A dalam SPM. Ana meluru ke depan pentas untuk mengambil gambarnya menerima keputusan dari Puan Pengetua, punya panik dan masih terpukau seolahnya gambar yang ambil tak ada dalam galeri. Inilah debaran yang ana rasakan ketika ini. Mengalir jua airmata kegembiraan buat anak tersayang. Adik turun pentas terus memeluk ana sambil menangis. Ia satu saat yang terindah dalam hidupnya. Perkataan pertama yang kami ucapkan Alhamdulillah.. syukur teramat sangat dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Dalam keterujaan ini, ana kongsikan bersama group whatsapp adik beradik di Land Rover dan Piknik Jom. Kemudian terus call suami dan abah di kampung. Semuanya menerima keputusan Adik dengan penuh rasa syukur. Tahniah anak ibu... Adik berjaya menamatkan alam persekolahan dengan cemerlang. Dari UPSR lagi adik 5A, PT3 8A dan hari ini SPM Adik hadiahkan kami 8A sekali lagi.Terima kasih anak...
Terima kasih yang terhingga juga buat semua guru-guru,Puan Pengetua yang banyak menabur ilmu buat anak-anak di STAND2 ni..Ada antara guru-guru disini terpancar keikhlasan dalam mendidik sehingga menuju kejayaan dan kecemerlangan. Sekalung terima kasih buat Puan Noraini atau lebih dikenali sebagai Bonde, Puan Nurisya, Puan Nadila, Puan Suriati dan ramai lagi yang ana tak berapa kenali namun ana pasti merekalah yang paling terkesan dengan kejayaan anak-anak didik mereka. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas setiap pengorbanan dan keiklasan cikgu dalam mendidik dan dikurniakan pahala yang berpamjangan..Aamiin Ya Rabb.
Ibu tahu, perjalanan yang Adik lalui bukan mudah..Untuk cemerlang bukan satu proses yang singkat. Ibu faham hari demi hari cabaran sebagai pelajar kian sukar. Namun Adik berjaya mengatasi setiap ujian yang ditempohi. Adakala Adik di atas, adakala Adik menurun namun ibu dan ayah sentiasa ada untuk memberi semangat dan iringan doa restu. Ini lah hasilnya anak....kejayaan penutup sessi seorang insan bergelar murid sekolah.
Biarpun SPM bukan segalanya, namun SPM pengakhiran dunia persekolahan. SPM membawa cahaya masa hadapan, penunjuk arah yang harus dilalui. Paling tidakpun ia kejayaan Adik sendiri, usaha Adik selama sebelas tahun dengan uniform biru putih, dengan bimbingan guru-guru dan rakan-rakan.Di masa hadapan, dunianya bakal berbeza, tiada lagi guru yang boleh memberi ilmu tanpa jemu, membimbing dari mengenal huruf hingga pandai menjadi pemikir, tiada lagi uniform yang perlu dipakai setiap hari, tiada lagi ibu yang akan menghantar dan mengambil di pagar sekolah, tiada lagi wang saku RM5 sehari untuk dibelanjakan di kantin. Segalanya bakal berubah anak...
Namun Adik tak perlu bimbang, Allah swt tetap ada bersama, doa ibu dan ayah masih akan sentiasa mengiringi selagi kami bernyawa, kasih sayang sanak saudara akan tetap mekar , In Shaa Allah. All the best anak... perjalananmu masih panjang, dunia realiti kini dihadapanmu. Jangan gentar kerana ibu kenal siapa anak ibu, ibu yakin dengan kebolehan Adik...anak manja ibu ayah yang kian dewasa. Maha Suci Allah, Segala Puji Hanya BagiMu....
18 Comments
Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..tahniah kak ana dan suami..tahniah Adik..langkah baru..permulaan baru..moga terus berjaya di masa-masa mendatang.
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih PC :) Aamiin
Deletewahhh tahniah adik ikaa..... tahniah tahniah. akak lela puun sama gembira. nanti pilih uni atau matrik elok2 ikut minat yang adik ika minat taw. semoga masa depan adik lebih cerah dan semoga berjaya untuk ke peringkat seterusnya
ReplyDeleteTerima kasih Leyla,ibu ana suka tengok perkembangan Leyla di Uni, aktif sangat dan ibu ana doakan juga semoga Leyla terus sukses dalam segala urusan..Aamiin.
DeleteAlhamdullilah, Tahniah Ana dan anaknya.. :)
ReplyDeleteterima kasih Sue
DeleteTahniah Ana dan anak
ReplyDeleteterima kasih acik :)
Deletetahniah
ReplyDeleteterima kasih Nay :)
Deletewahhh...tahniah!!...moga2 Allah s.w.t rezeki puan sekeluarga...aaminn
ReplyDeleteterima kasih MA :)
DeleteAlhamdulillah.. tahniah Kak Ana kerana berjaya mendidik...
ReplyDeleteterima kasih Zaf, ini baru permulaan buatnya untuk ke alam yang lebih mencabar, semoga dipermudahkanNya jua dan terus Istiqomah, Aamiin
DeleteTahniah buat anak kak ana..alhamdulillah 8A mmg cemerlang dia kak ana..tahniah sekali lagi ika
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih lya :)
DeleteTahniah untuk anak & Ana sekeluarga
ReplyDeleteTerima kasih kak Mala.
Delete