SYAHIRAH KOREAN SECRETS - BUAT REMAJA SECANTIK K-BEAUTY
K-pop, K-drama merupakan trend kegilaan masa kini. Tidak hairanlah ramai di antara mereka memilih untuk menjadi cantik seperti idola mereka pelakon-pelakon Korea yang sememangnya memiliki wajah yang jelita. Lambakan produk dari sana memenuhi pasaran tempatan, tetapi banyak faktor yang perlu di ambil kira antaranya sama ada ianya benar-benar Halal atau asli. Bila dah was-was kan susah. Tapikan..kini bagi penggemar produk K-beauty tak perlu risau dah, kerana sekarang ni rangkaian penjagaan wajah SYAHIRAH menampilkan dua variasi pilihan untuk remaja dibawah Syahirah Korean Secrets.Gadis-gadis K-beauty semua kena baca entri ini hingga habis dan boleh lah memiliki wajah secantik bintang Korea idola korang semua.
SYAHIRAH – rangkaian penjagaan kecantikan Halal sejak tahun 2007 kini berbangga untuk membawakan inovasi baharu buat semua pencinta produk kecantikan Korea. Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni “Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namunbimbang jika bahan-bahan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan sebuah rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan”.
Dan seingat ana lah kan, ana juga pernah menggunakan rangkaian produk SYAHIRAH ni beberapa tahun yang lalu. Ia sangat sesuai untuk pelbagai jenis kulit dan waktu itu memang tiada sebarang masalah langsung pada wajah ana. Kini bila semakin berusia ana kena akur dengan peredaran faktor usia dan bertukar kepada produk yang lebih sesuai. Namun, anak gadis ana, Kak Long pula mencuba menggunakan produk SYAHIRAH ini untuk penjagaan wajahnya. Kak Long pun nak tampil jelita seperti bintang K-pop juga katanya.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS
Tengok packagingnya pun dah terpikat kan. Namun, ana amat peka dengan pembelian produk yang sesuai untuk anak-anak dan mempastikan ia adalah produk yang Halal dan selamat untuk kegunaan mereka.Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah.
Kak Long memilih SYAHIRAH Korean Secrets set HYDRA SOFT untuk memberikan kelembapan pada wajah dan memelihara kelembutan wajah remaja nya. Ia dimulakan dengan skrub wajah untuk membersihkan liang-liang kulit wajah dengan mendalam. Diikuti dengan pembersih muka untuk kegunaan pagi dan malam serta setiap waktu untuk wuduk dan solat. Kemudian selepas wajah bersih, sapukan pula penyegar tanpa alkohol agar wajah sentiasa segar dan bermaya. Yang penting sekali ana selalu mengingatkan nya untuk menggunakan krim pelembab wajah agar kelembapan kulit sentiasa terpelihara. Pelembab wajah SYAHIRAH Korean Secrets ini sangat unik kerana ia dalam bentuk gel yang cepat meresap dan tidak berminyak atau melekit bila di gunakan.
Dua variasi pilihan untuk gadis remaja memiliki wajah secantik bintang K-pop dari rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS ialah HYDRA SOFT dan WHITE GLOW.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS -HYDRA SOFT
Memperkenalkan, SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekata yang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu.
Lima pelengkap penjagaan wajah dengan SYAHIRAH KOREAN SECRET - HYDRA SOFT terdiri daripada :
1) Skrub Muka:
Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.
2) Gel Pembersih Muka:
Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
3) Penyegar Tanpa Alkohol:
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
4) Krim Pelembap: Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.
5) Krim Kecantikan: Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS - WHITE GLOW
Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri. Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit. Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS White mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow. Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu.
Rangkaian lengkap Syahirah Korean Secrets White Glow:
1) Gel Pembersih Muka Anti-jerawat:
Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
2) Gel Pembersih Muka:
Membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah di samping meningkatkan kecerahan kulit.
3) Penyegar Tanpa Alkohol:
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.
4) Krim Siang SPF 20:
Membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
5) Krim Malam:
Membantu untuk mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberi keselesaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.
6) Krim Kecantikan SPF 15:
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.
Jadi, gadis-gadis jelita yang benar-benar obses dengan kecantikan dari Korea, jangan lupa tau pastikan korang memilih produk yang Halal dan diyakini selamat untuk digunakan. SYAHIRAH KOREAN SECRETS merupakan alternatif yang harus korang yakini sebagai pilihan.
Kesemua rangkaian produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia, termasuk pasaraya besar dan pasaraya hiper utama serta rangkaian farmasi utama. Untuk maklumat lanjut mengenai SYAHIRAH sila layari halaman SYAHIRAH di
Facebook : Syahirah.Msia
atau
Instagram : syahirahmalaysia
atau
54 Comments
wow
ReplyDeletewow cun NH :)
DeleteHurm... daripada campur-campur produk pencuci lain brand, toner lain brand bagus jugak guna Syahirah ini all in one.
ReplyDeleteYup Mrs A, ikut kesesuaian masing-masing kan :)
Deletekulit cam orang korea la pasni
ReplyDeletehihi pasti cantik bagai bintang Kpop :)
DeleteMacam best aje ni, boleh lah try!
ReplyDeletemudah untuk di dapati di mana-mana pasaraya atau farmasi kan Nani :)
Deletebagi yang nak jaga kulit wajah kena cuba syahirah la
ReplyDeletekak ana dulu pun pakai syahirah ni sekarang anak kak ana pula gunakannya :)
Deletei am using syahirah white glow punya tp kulit saya jdi mengelupas ? was this suppose to happen and should i stop using this ?
ReplyDeletekalau tak sesuai dengan kulit Ainina, elok berhenti menggunakannya. Kerana jenis kulit kita berbeza-beza kan. Apapun produk Syahirah memang diyakini tiada bahan berbahaya dan telah lama digunakan di Malaysia. Cuma tu la, mungkin jenis kulit yang tak serasi dengan Ainina :)
DeleteBagus x hydra soft..mau try jgk
ReplyDeletebagus dan sesuai untuk kulit anak gadis saya MARY LORETA, boleh sahaja mencubanya mungkin sesuai untuk Mary Juga kerana jenis kulit kita berbeza kan :)
DeletePernah cuba pakai pencuci Syahirah yg packing wrna pink(dulu Time high school)Tu pun try kawan punya..Tp xsesuai Ngan muka..Sbb jd makin oily..Tp hydra soft yg terbaru ni nampak cam Best...Ada package trial ke kak?
ReplyDeleteRasanya tak ada trial pack Athirah, tapi ada dijual dalam saiz yang kecil mungkin boleh digunakan sebagai percubaan terlebih dahulu ya :)
Deletekrim malam tu perlu pakai selepas menggunakan pembersih muka ke
ReplyDeleteHi Amni,ya sebagusnya cuci muka dahulu sebelum menggunakan sebarang krim termasuk lah krim malam kay :)
Deletetq atas respond..^_^
Deletemost welcome, semoga bermanfaat.. :)
DeleteHi. Mana nak beli satu set yang sekali dengan kotak tu?
ReplyDeleteHi there, erm kesemua produk Syahirah ni boleh di beli dimana-mana farmasi dan pasaraya seluruh negara, btw set kotak tu hanya diberi kepada media influencer sebagai gift :)
DeleteKalau utk kulit muka berminyak dan berjerawat, sesuai guna hydra soft ke white glow?
ReplyDeleteHi Zatil, Dari press release yang diberikan kepada kami, white glow lebih sesuai untuk masalah jerawat, namun kulit kita berbeza, keserasian mungkin tidak sama, apapun Syahirah satu produk yang lulus ujian klinikal dan tak salah untuk mencuba kan :)
Deletesaya guna syahirah gel white glow anti tak berkesan pun :((
ReplyDeleteHi Nabila, berapa lama dah menggunakannya? Perlu diketahui bahawa produk yang memberi kesan dalam jangka masa pendek adalah selalunya tidak selamat dan mengandungi bahan menghakis yang merbahaya pada kulit. Sesuatu produk cuma boleh menampakkan kesan pada penggunaan konsisten dan keserasiannya juga bergantung kepada jenis kulit yang berbeza.
DeleteMcm mne nak menentukan pilihan sama ada white glow or hydra?nak kan kulit sentiasa segar but dlm masa nak putih.so boleh cadangkan tak pemilihan mcm mne
ReplyDeleteHi, artikel di atas bukan dari penulisan seorang beauty consultant tetapi sebuah artikel review dan penerangan tentang produk Syahirah. Sila baca semula penerangan produk yang diberikan di dalam artikel mungkin boleh membantu saudari membuat pilihan.. :)
DeleteKrim pelembap dgn toner boleh ke kalau kita apply kat muka sebelum tidur??
ReplyDeleteBoleh je dik, tak ada masalah. Cuma AJ lebih suka tidur dengan muka yang bersih selepas dicuci dan biarkan naked face supaya kulit kita bernafas dan berehat dari sebarang bahan kimia kan, terpulang pada individu masing-masing.
DeleteSaya pengguna Syahirah White Glow....da sebulan gunakannya...alhamdulillah...muka saya makin flawless...😁😁
ReplyDeleteSyahirah terbaikkk 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
Wahhh..bestnya, Alhamdulillah GM, nampaknya ia serasi dengan GM :)
Delete😊😊😊😊😊😊😊
ReplyDeletehai sis toner korean hydra soft dan
ReplyDeletekorean white glow produk yang sama ke? atau lain lain?cari di mana mana pun hanya jumpa toner hydra soft sahaja toner untuk white glow x ada?
Hai Miss Lola,
DeleteHydra Soft sesuai untuk mlembabkan kulit dan anti jerawat dan white glow lebih sesuai untuk whitening kerana mengandungi agen pencerah. Lain-lain sama sahaja kebaikannya.
Saya pun baru Cuba produk syahirah, kalau Kita pakai pelembab siang waktu malam boleh Tak.. pasal pelembab malam Tak beli lg.. cuaca panas... Kulit kering pedih..
ReplyDeleteboleh krim pelembab sama sahaja cuma dia ada rumusan khusus untuk malam dan siang, siang mungkin ada spf untuk perlindungan dari sinar uv tapi tak jadi masalah kerana ia melembabkan kulit, in shaa allah
DeleteKlu kulit sy berminyak n kesan2 jerawt sesuai produk syahirah yg mne 1..?
ReplyDeleteASZASIEYA IEYA boleh cuba set Hydra Soft untuk anti jerawat tu :) In shaa Allah kalau sesuai dengan jenis kulit IEYA kerana kulit kita ni berbeza jenisnya, mungkin sesuai Waallahu a'lam :)
DeleteBukan yg white glow ke ade pencuci muka anti jerawat?bkn hydra soft kan
Deletejenis kulit kita berbeza Akma, gunakan mana yang sesuai dengan jenis kulit akma dan yang serasi selepas menggunakannya ya :)
DeleteKalau muke lepas breakout. Boleh pakai yg white glow utk hilangkan parut jerawat? N jerawat ada jugak skit2
ReplyDeleteselalunya bila muka baru lepas breakout rehatkan dahulu dari sebarang produk, biarkan kulit kembali sihat dan cuba guna produk yang bersesuaian dengan jenis kulit akma ye :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak tnye, skrub nie pakai dlu ek sebelum pakai pencuci muka? Saya pakai yang set hydra punya
ReplyDeleteya, guna skrub dahulu kemudian baru pencuci, tapi skrub tak perlu guna setiap hari WC, sekali atau dua kali seminggu pun memadai ikut keperluan , pembersih yes, perlu untuk menjaga kebersihan wajah ye.
Deleteapply mana dulu ye ? hydra soft dulu atau white glow dulu ?
ReplyDeleteikut kesesuaian jenis kulit wajah Nrsmira, kerana jenis kulit kita berbeza kan :)
DeleteEm , blh tak campur . I mean like guna dua² skli ?
ReplyDeleteikut mana yang serasi je :)
DeleteUntuk kulit kombinasi yg mne sesuai yeee..☺☺☺
ReplyDeletehydra soft lebih sesuai untuk kulit kombinasi , saya tak pasti sangat kerana ianya mengikut kesesuaian jenis kulit kita juga . Cuma hydra soft ni melembabkan wajah .
DeleteProduck ini memag sesuai dengan kulit saya..terima kasih produck shahirah
ReplyDeletealhamdulillah serasi ye :)
Delete