Jangan Terpalit Dosa Insan Lain
Sekadar menulis meluah rasa, sekadar sebuah ingatan bersama. Dunia kian ke penghujung nya, banyak yang nyata dilihat di mata kasar perilaku yang sudah hilang malunya. Semakin biak dikalangan insan menyebarkan sesuatu yang tidak ada manfaatnya. Niat tidak pernah menghalalkan cara. Banyak perkara yang harus dijaga , di ambil kira dosa dan pahala kian dilupa. Yang penting sentiasa ingin jadi orang pertama menyampai berita. Tak kira sahih atau tidak, pantas jari menghukum minda di sebarkan secepatnya. Allahu..
Takutlah barang seketika, fikirlah buat sejenak, perlu kah aku terpalit dengan dosa insan lain, sedang dosa sendiri tidak mampu terpikul di hari kemudian kelak. Bukan maksud menunjuk alim, tidak terniat berlagak baik. Namun perlu membuat teguran, kerana makin ramai insan yang kealpaan. Bila dunia dihujung jari nilainya, jangan sampai akal pula di hujung kaki letaknya.
kredit :Google Image |
Sebagai makhluk Allah swt yang amat kerdil di muka bumi, yang sering kali juga leka dengan urusan dunia, namun jauh sekali untuk melupakan adanya dosa dan pahala. Setiap sebesar zarah sekalipun perbuatan kita pasti akan di audit di mahkamah akhirat yang Maha Agung. Gentarlah dengan segala perbuatan yang kita lakukan, di sana ada yang mencatat tanpa terlepas sekelip mata. Menjalankan tugasnya dengan taat kepada perintah Sang Pencipta Yang Maha Esa.
Sebagai manusia yang bergelar penulis, aku jua hampir setiap hari meluangkan sedikit masa di dunia maya. Melayari bait-bait perkongsian manusia di media sosial yang sentiasa berputar di setiap penjuru waktu. Banyak perkongsian yang baik-baik, yang membawa manfaat buat insan lain namun banyak juga yang berkongsi dosa yang tak seharusnya.
Fitnah, aib, aurat, muslihat, cerca, umpat, keji, kecaman bagaikan makanan di dunia maya. Tak kenal pun siapa yang di keji, tak pernah tahu pun usul asal kisahnya, lantas jari pantas ikut menyebarkannya. Maka di sebalik satu pautan kecil terpena 'share' itu, tak pasal-pasal berkongsi dosa. Nauzubillah...jangan sekali ambil mudah, mungkin boleh di 'delete' di dunia maya, namun telah pun di 'submit' di alam akhirat.
kredit foto www.bicaradariaku.com |
Aib manusia yang engkau kongsikan itu, tiada kena mengenapun dengan kehidupan mu. Andainya dia dibuka kan pintu taubat, dengan sebenar-benarnya, dan pergi menemui Tuhan dalam keadaan yang kembali bersih, dimana letaknya diri kita. Pada siapa hendak di pohon kemaafan, kenal pun tidak, siapa dia pun entah gerangannya.Maka teruslah kita terpalit dengan dosa jariah yang sepatutnya bukan milik kita memikulnya. Nauzubillahi minazalik, semoga dijauhkan Nya jua dari insan-insan yang mencari redha Mu semata-mata. Waalahu a'lam.
4 Comments
Perkongsian yang menginsafkan.. Sekarang nie makin berleluasa orang menyebarkan aib manusia lain.. semoga kita dilindungi dari perangai sedemikian kan kak ana..
ReplyDeleteAamiin, in shaa Allah Sha, bersama kita ingat mengingati dalam dunia yang semakin pantas kini
DeleteSetuju dengan K.Ana ada sesetengah tu berlumba-lumba nak post kadang-kadang mereka sendiri pun belum baca habis lagi dah C&P dan forward.
ReplyDeletePernah terjadi dalam satu group WA Mrs. A. Bila kita tegur dijawapnya sekadar berkongsi mana tahu itu sedara mara kita (ini kes orang tua terbaring di jalan raya) cerita lain gambar lain walhal cerita tu dah viral kat FB cerita tak betul but still ada yang forward.
Hairankan jenis manusia yang dah berkali-kali diberi ingatan ustaz pun ada berpesan-pesan, FB, blog jangan main forward check dulu kesahihannya but still masih ramai yang tak ambil peduli ingatan tu.
Allahu. Semoga dijauhkan.
itulah MRS A, makin hari makin menakutkan , aib tersebar di sana sini, semoga kita terpelihara dari menjadi sebahagian dari mereka..Aamiin
Delete