Sedar tak sedar dah dua bulan Adik Ika menuntut di Kolej Matrikulasi Perak. Alhamdulillah kian hari Adik dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang pada awalnya agak asing baginya. Maklumlah 17 tahun tinggal bersama  ibu dan ayah, segala keperluannya ada ibu yang akan menyediakan serta sebagai alarm clock baginya setiap pagi, makan minum, pakaian semuanya telah di uruskan namun kini segalanya Adik akan uruskan sendirian. Adik kena berdikari dan uruskan masa nya dengan sebaik mungkin. Namun Adik jangan risau, ibu dan ayah akan sentiasa mengiringkan Adik dengan doa semoga segalanya dipermudahkan olehNya jua..Aamiin.


Disini, ana ingin kongsikan pengalaman ana ketika hari pertama menghantar Adik Ika mendaftar disini. Mungkin satu hari nanti ia membawa manfaat buat ibu bapa serta anak-anak yang bakal juga melangkah kaki ke sini untuk menuntut ilmu, mengejar cita-cita dan impian sebelum bergelar graduan. Yang ana fahami dari penerangan pihak Kolej KMPK ketika taklimat ibubapa hari tersebut, pengajian di sini terdiri daripada dua tempoh masa untuk modul yang berbeza. Ada yang tempoh pengajian setahun dan ada juga yang dua tahun. Bergantung kepada tawaran dan kelayakan yang diberikan oleh pihak Kolej. Apapun lepasan Matrikulasi dengan pencapaian yang cemerlang, akan terus mengambil pengajian peringkat Ijazah di IPTA nanti, In Shaa Allah.


Persiapan sebelum hari pendaftaran ke Kolej Matrikulasi pernah ana kongsikan di SINI sebagai panduan di masa akan datang buat yang mencari info, In Shaa Allah. Dari pengalaman ana, mana-mana tawaran masuk ke IPTA biasanya kita hanya di beri tempoh dua minggu untuk membuat persiapan dan pembayaran. Kerana itulah, ana terpanggil untuk berkongsi sendiri pengalaman ini dengan pembaca, moga-moga dapat membantu serba sedikit sebelum anak-anak melangkah masuk mendaftar. 


Hari Pendaftaran ke Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)

Kolej Matrikulasi Perak ni terletak di pekan Gopeng, lebih kurang 24km dari Bandaraya Ipoh dan kalau dari selatan (Kuala Lumpur) selepas bandar Kampar. Kalau korang datang dari KL menggunakan Hiway PLUS, keluar sahaja di exit Gopeng dan belok kanan di simpang lampu isyarat selepas tol tu dan dalam beberapa meter akan ternampak tulisan  GOPENG dan papan tanda Kolej Matrikulasi Perak , belok kiri. Perjalanan masuk ke Kolej dari simpang utama tu dalam 4 km dan jangan terperanjat kerana sepanjang perjalanan itu ada kawasan ladang kelapa sawit. 


Dari pengalaman menghantar Kak Long mendaftar ke UiTM Kuala Pilah dan Tapah sebelum ini, ana dah tahu sangat akan berlaku kesesakan yang kritikal pada hari pendaftaran nanti. Oleh itu, kami mengambil langkah untuk sampai awal pagi supaya tidak tersangkut dalam kesesakan trafik, masalah parkir jauh dari kolej dan sebagainya. Kami bermalam di kampung halaman ana Teluk Intan yang cuma mengambil masa lebih kurang 45minit - 1 jam sahaja jarak perjalanan. Kami sampai pagi dalam jam 8 pagi dan keadaan masih terkawal dan dapat parkir kereta berdekatan kolej kediaman atau blok hostel pelajar. Kalau lewat dijangkakan kelewatan dan trafik jem teruk dari mana-mana arah jalan masuk ke KMPk ini.


Mana urusan pendaftaran di IPTA ni akan dilakukan sendiri oleh pelajar, kita hanya membantu untuk mengangkat barang ke bilik di mana hanya pada hari pendaftaran sahaja kaum lelaki dibenarkan naik ke blok asrama perempuan. Selepas mendaftar dan mengambil kunci bilik, bolehlah terus ke bilik asrama dan kemaskan bilik anak kita. Di Kolej Matrikulasi Perak ni, katil, loker dan meja belajar telah ditetapkan ada nombor siap-siap dah, jadi tak leh nak tukar sesuka hati ye..hihi :) Alhamdulillah katil, tilam dan loker yang Adik dapat dalam keadaan baik semuanya. Ibu bapa kemudiannya di minta ke Dewan Sri Kinta untuk mendengar taklimat dan sessi soal jawab. Bolehlah nak bertanya apa sahaja dengan Tuan Pengarah dan pihak pentadbiran nanti.

Hostel di Kolej Matrikulasi Perak 


Ana pasti ramai anak-anak yang mendapat tawaran belajar di sini, perkara pertama yang korang nak tahu ialah bagaimana keadaan hostel atau asrama pelajar kan? Okaylah ana kongsikan disini dari pengamatan ana beberapa kali telah ke sini melawat Adik Ika. Blok asrama perempuan ada tiga blok kalau tak salah dan blok asrama lelaki ada dua. Jarak asrama perempuan dengan lelaki memang agak jauh dan dipisahkan oleh blok pentadbiran dan pengajian. Asrama lelaki dan asrama perempuan adalah kawasan larangan berlainan jantina. 


Blok asrama mempunyai empat tingkat, jenuh jugalah kalau yang duk tingkat empat tu, turun naik kemudian terpaksa pula berjalan kaki sekitar kampus untuk ke blok pentadbiran dan pengajian yang juga mempunyai empat aras. Keadaan muka buminya juga berbukit, boleh kurus lah anak-anak nanti kan..bagus tu exercise lah kan, lagipun korang anak muda banyak stamina lagi, In Shaa Allah. 


Setiap bilik akan dihuni oleh empat orang pelajar. Setiap pelajar memiliki sebuah katil dan tilam (bantal dan cadar bawa sendiri ye), sebuah loker dan meja study beserta papan softboard. Terdapat sebuah kipas siling dan lantainya bersimen sahaja. Selepas minggu orentasi, Adik balik bercuti, ana bekalkannya dengan sehelai karpet dan roomate nya pula bawa tikar getah. Jadi selesalah mereka untuk solat dan lepak dalam bilik. Gambar di atas pada hari pendaftaran dan gambar katil pun tak dapat nak upload kerana masing-masing sedang mengemas. Bilik memang luas dan selesa, Alhamdulillah. 






Bilik air dan tempat mencuci pakaian ada di luar bilik tau. Begitu juga ada bilik untuk menggosok dan tempat air panas di sediakan disini kerana korang tidak di benarkan membawa iron atau cerek letrik sendiri. Pandai-pandailah nak uruskan masa supaya tak terlewat ke kelas kay. 

Persekitaran Kolej Matrikulasi Perak 

Jom lah ana kongsikan disini beberapa pemandangan sekitar Kolej Matrikulasi Perak. Cantik juga pemandangan sekitarnya kerana kawasan ni berbukit. Terdapat juga beberapa kafe di sekitar kampus , kedai serbaguna dan yang unik sekali disini juga ada terminal bas, di mana pelajar boleh menempah tiket bas untuk balik ke kampung halaman ketika cuti bermalam dan cuti perayaan. 









Dimana pun bakal anak-anak huni sebagai pelajar, pandai-pandailah membawa diri dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang pastinya serba baru. Jalinkan ukhuwah dan kenali ramai rakan-rakan baru. Segala yang disediakan di sini pastinya untuk memudahkan urusan seharian kalian semua. Gunakannya sebaik mungkin.Cuma ketika Adik menuntut disini wifi kena top up sendiri kerana tiada coverage disediakan. Begitu juga dengan kemudahan  mesin ATM di mana hanya ada ATM Bank Rakyat sedangkan pelajar dikehendaki membuka akaun BSN. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Tuan Pengarah di mana ATM BSN telah di tarik balik oleh pihak bank sendiri. Dan hanya Bank Rakyat sahaja yang meletakkan ATM mereka di kampus. 



Kepada anak-anak yang bakal bergelar pelajar di Kolej Matrikulasi Perak,semoga perkongsian dari ibu ana ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran pada anak-anak semua. All the best and welcome to Copenhagen..gelaran yang familiar dengan orang Gopeng hihi :)

15 Comments

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi selasa

    Apa khabar ana jingga. Hantar adik pergi sambung belajar di matrikulasi perak ya

    Nampak gambar di dorm dan asrama tu teringat zaman lama lama dulu

    Waktu belajar

    Dengarnya sekarang ni banyak pelajar IPTA yang ikat perut makan nasi lauk kuah saja

    Tak ada lauk

    Semoga dapat belajar untuk berjimat. Sekarang ni ekonomi susah sikit

    Tapi kalau nak dibanding dengan zaman mak ayah dan atuk nenek kita dulu

    Lagi susah

    Jalan kaki sampai 20 km pergi sahaja

    Hmm..

    Itulah dugaan dan cabaran menuntut ilmu

    Semoga dengan ilmu ni Allah naikkan darjat kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Mazni, banyak kenangan mazni rupanya.. In shaa Allah

      Delete
  2. Copenhagen eh. Hehe. 1st time tahu nama lain gopeng. Rindu pulak bila ana share gambar sekitar macamni. Teringat zaman belajar di uitm dulu. Aishh rindulah

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah masa ni la nak bljr hidup berdikari kan..igt plk zmn pi unimas sesorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Sha..jauh Sha menuntut ilmu kan :)

      Delete
  4. Sis ckp ade atm bank rakyat kn..pastu kna buka akaun bank rakyat ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nur Fatihah, tahniah bakal menjadi penuntut di KMPK ye :) sehingga hari ini hanya ada ATM Bank Rakyat di kolej, sekiranya tiada account Bank Rakyat Fatihah boleh sahaja menggunakan MEPS untuk pengeluaran wang di ATM ini. Tak perlu buka account Bank Rakyat :)

      Delete
  5. Belajar bahasa inggeris ke bahasa melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut anak aunty, pembelajaran dalam bahasa Inggeris untuk module satu yang di dudukinya dahulu, aliran sains tulen.

      Delete
  6. Wah, rindu kmpk. Sya batch 15/16. Time tu ada lagi atm bsn, signboard kmpk yg kt dataran tu xdibina lagi time sya belajar dulu. Masih segar dlm ingatan memori di kmpk gopenhagen 😍

    ReplyDelete
  7. Pakaian perempuan matriks perak
    Pakaian apa ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap hari pakai baju kurung kecuali Jumaat boleh pakai jubah, jeans tak di benarkan untuk ke kelas. Selalunya ke kelas memang pakai baju kurung sahaja.. :)

      Delete
  8. Gopeng Copenhagen
    Bota Boston
    Parit Paris
    Tronoh Toronto
    Lambor London

    Haa... sile le tambah lagi...

    ReplyDelete