Tempat Cantik Untuk Bergambar Di Disney Avenue, Kampar, Perak
Sekarang ni semua orang pun suka bergambar. Ada sahaja tempat yang unik, rare, cantik pasti laju je nak selfie atau wefie. Malahan kalau di mana-mana shopping mall pun akan menyediakan props yang cantik untuk pelanggan bergambar. Secara tak langsung ia merupakan satu cara marketing untuk mengetengahkan sesuatu lokasi. Setiap gambar pasti ada kenangannya kan.. tak kata orang lain, ana dengan anak-anak pun memang suka bergambar di tempat-tempat yang unik dan berlatar belakang kan pemandangan yang cantik.
Kali ini ana nak kongsikan dengan korang satu port atau lokasi yang cantik untuk korang yang kaki selfie atau pun nak buat photo shoot. Berlatar belakangkan deretan bangunan dengan senibina unik ala-ala Disney gitu. Tempat ini masih baharu dan tak ramai yang explore lagi. Cuma bagi penduduk tempatan dan dari perkongsian mereka yang pernah bergambar disini dengan meletakkan lokasi, ia menjadi tular dan ramai juga yang telah sampai ke sini.Lokasi bergambar yang cantik yang ingin ana kongsikan dengan korang ialah di Disney Avenue, Kampar, Perak. Jom layan, apakah yang menarik dari lensa kamera yang sempat ana kongsikan ketika singgah ke sini baru-baru ini.
Tempat Bergambar Ala Disney Di Kampar, Perak
Cantik kan? Memang cun lah kalau korang nak photoshoot kat sini. Ketika ana ke sini pun ramai yang datang semata-mata bergambar. Bangunan ini masih belum di penuhi lagi lot-lot kedainya jadi memang lengang dan tak banyak kenderaan lalu lalang lagi. Terdapat beberapa lot kedai yang sudah beroperasi. Dan uniknya juga, kebanyakan kedai disini juga menggunakan nama-nama dari karektor kartun Disney seperti Alice, Beauty and The Beast, Maleficent, Snow White dan sebagainya.
Untuk ke Disney Avenue ni, jika korang datang dari hala pekan Kampar , teruskan sahaja sehingga ternampak Kampar Sentral, masuk kiri. Terus sehingga sampai ke Bandar Kampar Putra. Selepas melintasi sebuah jambatan di sebelah bangunan kondo, korang akan nampak deretan bangunan kedai berwarna warni dengan reka bentuk unik dan cantik di sebelah kiri. Terus sahaja sampai ke lokasi untuk bergambar di sini. Atau susah sangat waze sahaja lah ke Disney Avenue, Bandar Agacia,Kampar, Perak.
Ana ke sini pun atas ajakan Kak Long ketika dalam perjalanan balik dari ambil Adik Ika di Gopeng. Kak Long tahu tentang tempat ni ketika dia menuntut di UiTM Tapah, masa tu ada beberapa kawan-kawannya datang berselfie disini. Ana pun tak pasti lokasinya dan bertanya pada kawan sekolah ana, Azimah. Azimah tinggal di Kampar dia lah yang bagi direction untuk ke Disney Avenue ni. Thank you, Gee...sampai juga kami ke sini.
Jadi kalau kebetulan korang berada di sekitar pekan Kampar ni boleh lah ke sini untuk sessi bergambar atau photoshoot untuk graduation, perkahwinan atau pun saja-saja nak selfie wefie kan...enjoy!!
22 Comments
Cantiknya.. Boleh ajak husband gi sini..
ReplyDeleteBoleh je Sha, tak jauh tu dari TM kan :)
Deletesalam
ReplyDeletesinggah pagi
wow cantiknya macam kat oversea
Haah NH, unik tempat ni kan :)
DeleteAssalamualaikum Wrmbth
ReplyDeleteSelamat pagi rabu. Apa khabar hari ni ana jingga
Lawa juga tempat ni
Seni bina nya memang macam bangunan di negara barat
Memang berbaloi untuk sesiapa yang suka tangkap gambar
Dan nak praktis bakat jadi model
Dan untuk dapat vitamin d percuma bawah matahari
Hehe
Pastikan bawa krim pelindung matahari secukupnya
Haha good advised Mazni, tapi nak berposing punya pasal, redah je :)
Deleteohh banyak lagi tempat menarik di negara sendiri yang tak pernah sampai ni
ReplyDeleteKann,kadang-kadang disekitar tempat kita je Azie,kena diketengahkan sahaja :)
DeleteMenarik, dah lama tak turun Kampar....
ReplyDeleteOTW dah tu Bro laluan ke IPOH kan :)
DeleteWaaaa... cantiknyaaa.. suka2
ReplyDeleteKak Ana dah p tak ajak kita pun... 😢
Alolo boleh tercicir adik manis Miamor Zaf kesayangan kak ana ni :)
DeleteCantiknya, teringin nak pergi...
ReplyDeletecantik Zumal, ada rezeki nanti sampai lah kan, in shaa allah
DeleteDari tahun lepas lagi nak pergi huhu. Asyik terlepas simpang je haha
ReplyDeletealaa tak jauh dari simpang pulai pun Kinah :)
DeleteIngt esok nk ke selekoh, nk singgah sini kejap.. Mcm menarik ja
ReplyDeletebaru-baru ni adik ipar ada singgah, masih kosong lagi kebanyakan deretan kedai yang ada, cuma untuk bergambar tu menarik lah kat sini.. panas lit lit kalau tengahari hehe :)
DeleteKedai kedai baru ehh .. elok la tak de operasi lagi, senanglah nak bergambar .. takde interpremmm .. hahaha
Deletesunyi sepi je kat sini HH, ada yang kata malam baru meriah tak pernah pula memalam ke sini hehe :)
DeleteWahh terima kasih Ana .. tak tahu pun ada tempat macam ni kat Kampar, nanti nak pergilah.
ReplyDeletehaa kalau kebetulan lalu Kampar singgah naa HH :)
Delete