Daging Goreng Kicap Recycle Dari Sate
Bulan Zulhijjah bulan sambutan Hari Raya Haji pastilah ibadah korban menjadi tumpuan utama kita yang berada di tanahair. Syukur Alhamdulillah buat insan-insan terpilih yang selesai mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah dan bakal beransur pulang ke tanahair tidak lama lagi. Dan bercakap soal ibadah korban, ana yang beraya di kampung halaman Teluk Intan,banyak menerima sedekah daging korban. Bukanlah untuk ana tapi buat bahagian mak,abah dan mak saudara.
Di Teluk Intan ni, Alhamdulillah banyak tempat dalam kawasan persekitaran yang menjalankan ibadah korban. Jadi mak dan abah menerima dari pelbagai bahagian kariah surau dan masjid selama tiga hari ibadah korban dijalankan. Dan kemudian, kami masak lah seisi keluarga dengan pelbagai menu dari daging korban ni. Dan malam kedua Raya Haji tu, mak saudara mengajak kami semua bakar sate.Tapi bukan lah sate daging korban semata, kami top up dengan paru dan ayam,barulah dapat banyak,maklumlah ramai-ramai berkumpul setiap tahun beginilah aktiviti kami sekeluarga.Bako-bako kata orang Perak.
Menu masakan daging korban
Biasalah kan masa mencucuk sate tu, seronok kan main kami sekeluarga, last-last jadi banyak dah hampir dua ratus cucuk sate daging, sate paru dan sate ayam tersedia. Malam tu kami pun mula bakar sate lepas waktu Isyak. Bukan setakad sate, ada juga sup tulang dengan mihun sup. Akhirnya banyak lagi sate daging tak habis di bakar. Hat ayam dan paru, Alhamdulillah licin. Eh, sedap tau sate paru, nanti ana shared resepinya di lain entri, In Shaa Allah.
Selepas kemas semua, ana ambik sate daging yang masih belum dibakar tu, ana simpan semula dalam peti sejuk. Dan bila ana balik ke rumah, barulah ana warnai semula menu dari lebihan sate ni. Mula-mula kita relaikan lah semula dari lidinya. Daging ni sedap kerana ia telah pun diperap dengan ramuan perapan sate selama dua hari yang lepas, Jadi pasti ia dah sebati dalam isi daging sate kita tadi.
Bahan-bahan yang ana gunakan hanya lah bawang besar, halia, cili api,kicap dan sos cili. Nak tambah bahan ana hiriskan kentang nipis-nipis dan goreng seketika. Mula-mula, Ana tumiskan daging sate tadi, sampai separuh masak. Api kena perlahan kalau tak dia akan keras nanti. Masukkan kentang goreng, masukkan hirisan bawang besar, halia, cili api dan tuangkan sos cili. Tak perlu bahan perisa lain sebab daging sate dah ada bahan perapan. Dan hasilnya.....tadaaa!!
Tersedialah menu recycle dari lebihan sate hari tu menjadi daging goreng kicap yang sedap. Ada rasa ala-ala sate lagi pada daging ni. Alhamdulillah, boleh di makan semula dengan penuh nikmat kerana daging korban yang kita terima adalah satu amanah bagi kita untuk menjaganya sehingga habis di makan. Tulang-tulang atau bahagian yang tak termakan, ana tanam di belakang rumah supaya tidak tersisa dan di makan haiwan. Semoga ibadah mereka yang melakukan korban ini akan menjadi sempurna diterima Allah swt dan kami menerima rezeki dengan penuh kesyukuran.
4 Comments
recycle pun tetap sooodap kak.. hihih..
ReplyDeletesejak2 duduk Kuala ni.. terikut2 pulak orang sini cakap macam mane..
bakooo bakooo hehe..
kann kita bakooo haha :)
Deletebagus, so takdelah terbazir..mesti sedap sebab semua rempah dah serasi dalam daging
ReplyDeletedaging korban kena habiskan juga kan Sal:)
Delete