Lantai Ruang Wudhu' Usahlah Di Biarkan Licin
Allahu, minggu lepas ana singgah solat Maghrib di Masjid Tapah. Masjid tersergam indah di laluan utama jalan menuju ke Kuala Lumpur memang cantik dan bersih di pinggir sungai yang mengalir airnya. Selalu juga kami singgah solat di sini ketika meneruskan perjalanan dari Gopeng sejak Adik belajar di sana. Apa yang ingin ana kongsikan pendapat disini ialah bukan sahaja terjadi di Masjid Tapah ini namun di mana-mana juga Rumah Allah supaya kita sama-sama mengambil iktibar atas setiap kejadian.
Dalam menuju ruang solat mukminat di tingkat atas, ana melalui tempat wudhu' kaum Adam. Berdentum bunyi... Allahu..seorang jemaah yang seusia abah jatuh di lantai wudhu'. Syukur Alhamdulillah beberapa jemaah lelaki lain dengan segera membantu pakcik ni. Sakit keluhannya, dan perlahan pergerakkan nya untuk bangun semula. Terpancar kesakitan pada tubuh kurus seorang warga emas yang singgah untuk menunaikan tanggung-jawab pada Yang Maha Pencipta. Ana memerhati dari jauh namun jelas ternampak kesakitan bila jatuh di lantai licin berjubin. Suami ana tiada di situ mungkin dia telah berada di ruang solat awal lagi tadi.
![]() |
Gambar sekadar hiasan- kredit buat pemilik foto |
Sepanjang perjalanan ini, banyak surau dan masjid yang kami singgah untuk solat. Kebanyakkannya mempunyai lantai di ruang wudhu' dan tandas yang licin jenis tiles nya. Ana sangat berhati-hati malah kalau membawa mak dan abah lagilah kami pegang tangan mereka. Bimbang sangat tergelincir di lantai. Bahaya..macam-macam boleh terjadi. Sakit bukan tak sakit kalau jatuh di lantai ni.
Mungkin boleh difikirkan satu alternatif untuk mempastikan lantai ruang wudhu' di surau dan masjid ini agar tidak terlalu licin. Wudhu' memang memerlukan penggunaan air, namun bahayanya bila lantai tiles dari jenis yang licin. Mungkin kita boleh fikirkan bersama cara mengatasi perkara ini dari berterusan terjadi.
![]() |
Kredit buat pemilik foto |
Meminjam sekeping lagi foto dari carian Google, mungkin idea seperti ini bagus di gunapakai untuk mempastikan lantai ruang wudhu' tidak licin. Meletakkan karpet getah pada laluannya. Alas getah ini juga pernah ana letak di bilik mandi rumah mak dan abah dahulu sebelum di tukar ke lantai tiles yang bergerutu supaya tidak licin. Bukan apa, kami risau takut mak dan abah jatuh di bilik air. Kami alas getah untuk keselamatan sebelum adik ana menukar kepada tiles yang lebih kesat dan bergerutu permukaan. Mungkin masjid dan surau boleh memohon dana atau membuat kutipan untuk melaksanakan penambahbaikan seperti ini. In shaa Allah, niat yang baik akan dipermudahkanNya segala urusan.
Ana bukan mengkritik tetapi sekadar memberi pandangan kerana perkara seperti ini rasanya berkemungkinan sahaja boleh berlaku di mana-mana. Agak sensitif bila berbicara tentang rumah ibadah namun pandangan perlu di berikan juga supaya sama-sama mendapat kebaikannnya. In Shaa Allah.
14 Comments
aah,,ptut letk carpet getah atau jubin yg kasar sket permukaannya..kesian yg jatuh tu kak ana..
ReplyDeleteKak ana sendiri pun Sha, hati-hati sangat bila ke tandas atau ruang wudhuk ni, selalunya licin kan
Deleteteguran yang baik.saya setuju dengan kak ana. bahaya bukan sahaja pada orang tua.kita ni pun boleh senak kalau terjatuh kat lantai bilik air
ReplyDeleteYe Sal, kak ana memang cuak je bab lantai licin ni tambah lagi pangkat mak-mak atau anak-anak kecil kan.
Deletemmg kalau tempat2 yang berair ni seriau nak jlnn
ReplyDeletesbb dah penah kena gedebenggg jatuh hahaha
tu sbb lau jln2 kat tiles yg licin..jerit kat anak2..jalan peeeeeelannn peeeelannnn liciiinnn tuuuu..
ye El, memang seriau, sakit tu jatuh kalau sakit takad tu je takpe lagi takut memudaratkan pula, nauzubillahi min zalik
DeleteBAHAYA JUGAK KALAU LANTAI LICIN NI , MACAM2 BOLEH JADI
ReplyDeletesemoga ada penambahbaikannya CCL, in shaa allah
DeleteSetuju kak...kawasan ambil wudhuk sentiasa basah..mudah berlumut dan licin..jadi penjagaannya juga perlu lebih..
ReplyDeleteIn shaa Allah PC, semoga perkara sebegini dapat di permudahkan untuk di lakukan bersama, Amiin
DeleteMmg kena hati2..risau pada warga tua kan..
ReplyDeletewarga tua dan kita juga serta kanak-kanak kan CP Ena
DeleteAllahu Akbar!
ReplyDeletewarga tua mana boleh terjatuh kan.
especially pompuan. mcm mak aida, pernah sekali terjatuh.
punyer la kelam-kabut kami. osteoporosis...
itulah, kalau bawa mak pak kena peringat selalu tempat-tempat yang berisiko untuk jatuh ni, bahaya..malah untuk semua golongan pun sebaiknya berhati2 agar tak terjatuh..
Delete