Masalah utama suri rumah ni setiap hari memikirkan menu apa yang ingin di sajikan kepada keluarga. Kadang-kadang tu pening, memikirkan dan akhirnya ulang semula lah menu yang sama dalam seminggu. Selepas melihat video dari blogger masakan Eny Yusnizar, teringin pula nak masak ikan masak tauchu. Tapi ana pasti lah, menu ni bukan feveret anak-anak ana. Dan memandangkan sekarang ni, ana berdua sahaja di rumah ketika anak-anak menuntut di IPTA, ana pun masak lah dua ekor ikan mata besar masak tauchu. Ikan mata besar ni dahulu di kampung orang panggil ikan Uji Rashid sebab seniwati Uji Rashid kan bermata besar dan cantik. Ana peminat Uji tau. 



Resepi ikan masak tauchu

Bahan-bahan ikan masak tauchu :



2 ekor ikan mata besar ( ikan lain pun boleh jer )
2 peket tauchu ( ana guna tauchu Bilal )
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
4 biji cili merah - hiris 
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi 
2 biji tomato di belah empat
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak ikan tauchu :



1. Ikan di goreng garing terlebih dahulu dan ketepikan.

2. Tumiskan halia, bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi.

3. Masukkan tauchu (tak perlu di basuh ).

4. Masukkan bancuhan air asam jawa dan masukkan tomato. Biarkan mendidih.

5. Masukkan semula ikan, dan rasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. Hati-hati ketika meletakkan garam, kerana ikan dan tauchu dah masin kan :)

6. Siap lah satu menu ringkas, ikan masak tauchu.

10 Comments

  1. Selamat hari isnin sis Ana jingga

    Semoga urusan kita minggu ni Allah permudahkan semuanya

    Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin, In shaa Allah Mazni, terima kasih kerana sering berkunjung ke sini :)

      Delete
  2. hahaha...ingat ka kat tempat kak saja panggil ikan uji rasid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ye Kak Mala hihi ikan uji rasid haha :)

      Delete
  3. Apa pasal pulak ikan amsak taucu ni jadi ikan uji rasid

    Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sebab ana guna ikan mata besar tu Ibu Zaid,dedulu kat kampung mak panggil ikan tu ikan uji rasid hihi sebab mata bolat macam kak Uji kita :)

      Delete
  4. Assalamualaikum Kak Ana,

    Sedap ikan masak tauchu..
    Bukan surirumah sahaja ketandusan idea untuk menu masakan Kak Ana, tapi saya yang bekerja di office pun seringkali buntu memikirkan menu apakah yg akan dimakan setiapkali lunch..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam LZ,itulah kadang-kadang nak makan pun puas memikirkan apa yang sedap dan nak berubah selera kan :)

      Delete
  5. sedapnya ikan masak tauchu xpernah buat hahahahaha suami x makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha samalah Ekin, suami dan anak-anak kak ana pun tak berapa minat tapi kalau dah masak tu depa ngap je lah , buatlah sambal ke sebagai menu sampingan kan, at least depa ada pilihan lain huhu :)

      Delete