Masalah utama suri rumah ni setiap hari memikirkan menu apa yang ingin di sajikan kepada keluarga. Kadang-kadang tu pening, memikirkan dan akhirnya ulang semula lah menu yang sama dalam seminggu. Selepas melihat video dari blogger masakan Eny Yusnizar, teringin pula nak masak ikan masak tauchu. Tapi ana pasti lah, menu ni bukan feveret anak-anak ana. Dan memandangkan sekarang ni, ana berdua sahaja di rumah ketika anak-anak menuntut di IPTA, ana pun masak lah dua ekor ikan mata besar masak tauchu. Ikan mata besar ni dahulu di kampung orang panggil ikan Uji Rashid sebab seniwati Uji Rashid kan bermata besar dan cantik. Ana peminat Uji tau. 



Resepi ikan masak tauchu

Bahan-bahan ikan masak tauchu :



2 ekor ikan mata besar ( ikan lain pun boleh jer )
2 peket tauchu ( ana guna tauchu Bilal )
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
4 biji cili merah - hiris 
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi 
2 biji tomato di belah empat
Garam dan gula secukup rasa

Cara masak ikan tauchu :



1. Ikan di goreng garing terlebih dahulu dan ketepikan.

2. Tumiskan halia, bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi.

3. Masukkan tauchu (tak perlu di basuh ).

4. Masukkan bancuhan air asam jawa dan masukkan tomato. Biarkan mendidih.

5. Masukkan semula ikan, dan rasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. Hati-hati ketika meletakkan garam, kerana ikan dan tauchu dah masin kan :)

6. Siap lah satu menu ringkas, ikan masak tauchu.