Sebelum ini, setiap tahun melihat dengan penuh kesyukuran apabila anak-anak naik pentas menerima anugerah di peringkat sekolah dari sekolah rendah hingga lah ke sekolah menengah. Kedua-dua puteri bersaing setiap tahun untuk menjadi pelajar cemerlang menerima sijil di setiap acara Anugerah Cemerlang Sekolah. Dan kali ini, agak berlainan kerana pertama kalinya kami, ana dan suami akan menghadiri Istiadat Konvokesyen peringkat Universiti Awam. 

Kak Long telah pun menamatkan pengajian Diploma di UiTM selama 2 tahun setengah. Enam bulan transit di UiTM Kuala Pilah dan 2 tahun mengakhiri pengajiannya di UiTM Tapah. Akhirnya Istiadat Konvokesyennya pula di UiTM Perak di Seri Iskandar. Anak Perak kembali menuntut ilmu di Perak dan konvo pun di bumi Perak Darul Ridzuan. Segalanya percaturan Allah swt yang terbaik buatnya...Alhamdulillah.



Selesi sahaja tamat tempoh pengajian tak kiralah peringkat Diploma mahupun Ijazah kelak, pasti saat-saat manis di Majlis Istiadat Konvokesyen yang di tunggu-tunggu oleh para graduan. Ia bagaikan kemuncak penganugerahan setelah penat lelah bertahun menamatkan pengajian. Ana akui, bukan lah satu proses yang mudah untuk anak-anak kita berjaya menamatkan pengajian mereka. Ana lihat dengan mata sendiri, betapa payahnya anak-anak ana mengulangkaji, menduduki peperiksaan demi peperiksaan, menyiapkan tugasan asignment dan sebagainya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik semampu mungkin. 

Benar, ia tidak mudah seperti yang sering diperkatakan, belajar di universiti lebih senang dari sekolah. Di peringkat universiti, mereka perlu ada semangat dan keyakinan sendiri untuk berjaya dan tidak lagi di bawah seliaan guru dan ibubapa seperti di peringkat sekolah dahulu. Kita sebagai ibubapa perlu juga menghargai pengorbanan anak-anak ini dalam mencipta kejayaan di peringkat tertinggi.Sekali lagi ana akui, ia bukan mudah...



Dan dengan iringan doa kita sebagai ibu ayahlah, menjadi kekuatan anak-anak ini untuk terus berjuang dalam pelajaran. In Shaa Allah, kerana itu ana kurang bersetuju dengan segelintir pendapat yang tidak suka akan pihak sekolah mengadakan majlis untuk anak-anak berjaya atas tiket bilangan A dalam subjek. Ya ,memang benar, bilangan A bukan ukuran kejayaan masa depan anak-anak, rezeki mereka berbeza, namun untuk mendapatkan A dalam subjek itu tidak mudah, jadi bila pihak sekolah meraikan kejayaan anak-anak cemerlang ni, ia sebagai satu penghargaan atas usaha anak-anak ini mencipta kejayaan peribadi mereka dan membanggakan guru dan ibu bapa mereka. 


Persediaan sebelum Majlis Istiadat Konvokesyen

Ana ingin berkongsi pengalaman bersama anak-anak yang bakal graduate tidak lama lagi sepanjang perjalanan proses sebelum tibanya kemuncak hari konvokesyen di IPTA khasnya graduan UiTM . Pastikan anak-anak telah menjelaskan semua bil bayaran tertunggak dan yuran konvokesyen secara online melalui akaun Bank Islam masing-masing ( untuk graduan UiTM ). 

Pastikan juga lokasi di mana majlis Istiadat Konvokesyen akan berlangsung dan rancanglah perjalanan anak-anak untuk ke sana. Ini kerana sebelum majlis konvo, anak-anak perlu mengambil jubah dan menghadiri sessi raptai terlebih dahulu. Untuk sessi Kak Long, Majlis Istiadat Konvokesyen nya berlangsung di UiTM Perak di kampus Seri Iskandar. Kak Long perlu mengambil jubah dan menghadiri raptai pada hari Jumaat 20hb Oktober 2017 manakala hari Istiadatnya pula pada Isnin 23hb Oktober 2017. Bayangkan ada ruang tiga hari sebelum majlis, jadi anak-anak perlu rancang perjalanan dengan sempurna khasnya yang datang dari jauh.

Sessi taklimat dan raptai konvo 

Alhamdulillah, kampung ana di Teluk Intan dan jarak ke Seri Iskandar dalam 60 km lebih sahaja, jadi kami bertolak pagi dari Rawang dan terus ke Seri Iskandar pada hari Jumaat, selepas solat Jumaat barulah Kak Long mengambil jubah dan mortar board kemudian menghadiri sessi taklimat dan raptai. Selepas selesai kami bali ke Teluk Intan dan hanya datang semula untuk majlis konvo pada tengahari Isnin memandangkan majlis graduasi Kak Long adalah di sebelah sessi petang. 

Sementara menunggu majlis istiadat konvokesyen rasmi, waktu itu bolehlah di adakan sessi fotografi secara pre-konvo. Kalau nak buat studio foto pun sesuai juga di lakukan, dan kami ke Kedai Gambar Wah Kong di Teluk Intan untuk mengambil gambar studio sekeluarga. Bukan apa, nanti bila di majlis konvo pasti terlalu ramai yang akan mengambil gambar di studio sementara di tapak pesta konvo, dengan keadaan yang panas, berpeluh dan berasak-asak, pasti tak selesa dan hasil gambar pun kurang menarik kan. Jadi di kesempatan ruang masa yang ada ni, kami ambil awal-awal studio foto dan kemudian ke beberapa lokasi untuk Kak Long bergambar pre-graduate , di mana lagi kalau tidak di Menara Condong Teluk Intan...


Gigih dua beradik ni ber photoshoot di tengah panas lit lit di hadapan Menara Condong untuk mendapatkan shoot yang cantik untuk gambar pre-graduate Kak Long. Gambar ni, Adik Ika yang ambil untuk Kak Longnya. Cantik kan... berlatar belakangkan mercu tanda kebanggaan daerah kelahiran ibu, Kak Long dan Adik Ika, pastinya Teluk Intan, Darul Ridzuan. Alhamdulillah...



Bukan itu sahaja, hand flower bouquet pun kami DIY sendiri di rumah. Dan hasil yang cantik ini idea dan kerja tangan Adik Ika dan mak usu Julia Alisya .Kalau di pesta konvo memang banyak di jual nanti, cuma harganya antara RM50-RM 80 seikat, dan bila DIY ni pastilah jauh lebih murah modalnya..Kami memlilih untuk membuat sendiri dengan bunga pilihan Kak Long, pastilah warna pink lembut. Kami juga memilih bunga tiruan supaya ia boleh disimpan lama berbanding dengan bunga segar yang cepat layu dan tak boleh di simpan. Terpulanglah pada citarasa dan bajet masing-masing kan... tak salah kalau nak berbelanja lebih untuk meraikan kejayaan anak-anak...


Dan..hari yang dinanti-nantikan tiba juga, dalam jam sebelas lebih kami bersiap menuju ke Seri Iskandar. Sedih juga Adik Ika tak dapat hadir sama di majlis konvokesyen Kak Long kerana kami dah menghantarnya ke Kolej Matrikulasi pada hari Ahad untuknya menghadiri kelas pada hari Isnin. Mulanya ana nak bawa abah sekali, tapi akhirnya tak jadi juga sebab abah suruh kami sahaja pergi kerana jemputan yang boleh masuk ke dewan hanya untuk dua orang bagi satu graduan. Ana memang nak abah dan suami yang masuk dan ana okay je tunggu di luar, namun abah nak kami suami isteri sahaja yang pergi,katanya..nanti takut dia tak tahan duduk lama di dalam dewan. 

Dan majlis istiadat konvokesyen agak lama juga lah mulai jam 2 petang sehingga ke 4:30 petang berlangsung. Maklumlah menganugerahkan Diploma untuk seramai 500 graduan untuk satu-satu sessi. Dan walaupun selesai giliran Kak Long,kami tidak di benarkan meninggalkan dewan sehingga majlis selesai. Nama lagi istiadat kan,pasti ada protokol yang harus dipatuhi. 



Dan majlis selesai lebih kurang jam 4:30 petang. Sekalung Tahniah dari ibu, ayah dan keluarga untuk Kak Long atas pencapaian yang cemerlang dalam pengajian Diploma. Ketika ini, Kak Long sedang menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah di UiTM Kampus induk Shah Alam. 

Ibu sangat berbangga dengan kejayaan demi kejayaan dalam perjalanan kehidupan Kak Long, teruskan perjuangan dan mencipta kejayaan dari dunia hingga akhirat. Ibu sentiasa iringi dengan doa untuk kedua-dua puteri, harta ibu ayah dunia akhirat agar sentiasa di dalam Rahnat dan Kasih Sayang Allah swt sentiasa. Jadilah anak-anak solehah permata hati kami berdua, kerana ibu ayah tidak mampu memberikan kemewahan dunia namun akan tetap berusaha menunaikan amanah Allah swt sedaya mampu. Aamiin... Ya Rabbul A'lamiin

10 Comments

  1. Tahniah kak long dah ibu bapa nya.memang betul la ana. Anak acik sebelum hari konvo nya di uthm pada 16.10 baru ni..11.10 dah sampai tu pun jubah kawan tolong ambik.12.10 ada anugerah naib canselor..dia terlibat..13 .10 raptai penuh..anak acik tumpang bilik kawan..acik cuma datang pada 15.10..kesian jugak dia
    acik cuba awal tapi hotel2 disekitar penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita acik, semua ni ana kongsikan semula semoga boleh dijadikan panduan buat anak-anak yang bakalkonvo di masa akan datang , in shaa Allah :)

      Delete
  2. Alhamdulillah...tahniah kak ana dan suami...tahniah kak long..menjadi motivasi untuk adik juga pastinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih PC, In SHaa Allah

      Delete