Perbezaan Bubur Asyura Pantai Timur dan Utara
Bila kita tinggal di luar daerah kelahiran, pelbagai perbezaan budaya dan adat yang dapat kita perolehi sebagai satu pengalaman hidup. Ana dilahirkan dan dibesarkan di negeri Perak Darul Ridzuan, kemudian meneruskan kesinambungan usia di Kuala Lumpur, akhirnya bertemu jodoh dengan orang Kelantan Darul Naim, dan hidup berjiran di Selangor Darul Ehsan dengan jiran tetangga dari serata tanahair, ada yang orang Pahang, orang Negeri Sembilan, orang Utara, Cina dan India juga. Alhamdulillah pengalaman hidup penuh warna-warni. Dan yang paling best dapat menikmati pelbagai juadah dari air tangan pelbagai versi masakan tempatan daerah masing-masing.
Bulan Muharam sangat sinonim dengan bulan Asyura. Sebelum ini, ana pernah berkongsi resepi bubur Asyura versi utara Di SINI yang memang citarasa ana dari kecil hingga lah ke hari ini. Bubur versi utara ni memang bubur yang pekat namun masih berkuah dan rasanya manis, Namun, bila menjadi sebahagian dari keluarga sebelah suami, ana berpeluang mengenali asyura versi Pantai Timur hasil tangan biras dan kakak ipar ana. Mulanya memang tak kena dengan selera tapi lama kelamaan boleh sahaja di makan kerana ia ada keunikannya tersendiri.
Beza bubur Asyura Utara dan Pantai Timur
Memang banyak perbezaannya cuma persamaan kedua-dua resepi menggunakan bahan kekacang dan ubi yang banyak, serta tempoh masa memasaknya yang lama. Selalunya kerja masak bubur asyura di lakukan secara bergotong royong di surau-surau atau komuniti setempat sempena memperingati peristiwa Asyura di bulan Muharam permulaan tahun Hijrah. Menu ini di sediakan bergotong royong dan hasilnya di bahagikan bersama untuk di nikmati. Al maklumlah, proses memasaknya makan berjam, mana mampu nak masak sengsorang kan. Lebih kurang nak buat dodol gitu, kena kacau sepanjang masa.
Yang paling ketara perbezaan bubur Asyura Utara dengan Pantai Timur ialah dari segi tekstur masakan ini. Kami, belah utara masih dalam rupa paras bubur berkuah manakala orang Pantai Timur ni keras beku dah jadi bentuk pepejal lembut sehingga boleh di potong-potong. Dalam erti kata lain lebih mirip kepada bentuk kuih.
Veri Kelantan juga menggunakan rempah, bawang tumisan dan daging, manakala versi utara semuanya dari kekacang yang pelbagai di adun dengan ubi-ubi seperti keledek, keladi, jagung dan di masak bersama santan dan gula. Pasti lah hat Kelantan ada rasa rempah dan hat utara ni manis-manis belaka 😊😊
Namun yang berbeza cuma dari segi rasa dan bahan, niat nya tetap sama, memperingati peristiwa Asyura di bulan Muharam sambil merapatkan silaturrahim sesama insan dan kemudiannya bersedekah juadah yang di masak bersama. Cukup indah dan cantik nya ukhuwah. Alhamdulillah.
8 Comments
miza suka versi utara. sedap sangat dah lama tak makan
ReplyDeletehihi sama lah Miza, kak ana seleranya pun lebih ke utara :)
Deletejarang dah nampak yang warna kelabu... sedap juga yang pesen tu
ReplyDeletekelabu belah mana pula tu Miz Eija hihi :)
DeleteSA x tau kenapa SA x suka...hehehe...setakat bleh makan sesudu je..
ReplyDeletehihi lain kut versi negori punya ye SA :)
DeleteSedapnyaa bubur asyura :)
ReplyDeletenani mesti suka belah pantai timur punya kan, Pahang punya versi macam mana pula ye nani :)
Delete