Singgang Ikan Kembong Menu Pembuka Selera Ketika Demam
Singgang.. sama dengan pindang kalau kami di Teluk Intan dulu panggil masak pindang. Tapi menu asal singgang ni dari Pantai Timur kalau tak silap ana. Dahulu ketika mula-mula tinggal di KL, jiran lama rumah sewa ana, Cik Yah orang Trengganu yang ajar masak singgang ikan cara pantai timur. Lebih kurang sahaja sebenarmya resepi dan bahan yang di gunakan. Dan menu ni jika di KLni popular di sajikan di kedai-kedai orang Kelantan dan Trengganu selalunya. Kalau korang ke Kampung Baru, KL tu memang ada satu gerai khas jual menu singgang ni. Macam-macam jenis ikan dan daging yang di singgang kan di jual.
Masakan singgang ni kalau abah ana kata, macam makan ikan rebus jer hihi 😁😁 Kami belah utara ni lebih pada kari laa kan..tapi sekali sekala sedap juga makan gulai singgang ni. Nak-nak lagi ketika kurang selera makan, demam ke.. sedap je kalau dapat hirup singgang . Baru-baru ni, suami tak berapa sihat, dia teringin nak makan singgang, maka terhasillah satu menu singgang yang mudah. Memang menambah seleranya, maklumlah suami ana orang Pantai Timur, sebagai isteri kena lah tahu selera negeri asalnya kan... Jom ana kongsikan dengan korang resepi menu ikan kembung singgang yang mudah untuk di sediakan.
Cara masak dan resepi singgang
Bahan-bahan yang di perlukan :
Ikan kembong ( boleh juga gunakan ikan lain seperti ikan tongkol,pelaling dll )
cili api - belah 2
bawang putih - hiris nipis
bawang besar - hiris nipis
3 keping asam keping (bergantung kepada jumlah ikan dan kuah, jangan banyak nanti terlalu masam)
2 batang serai - dititk
2 inci halia - hiris nipis
2 inci kunyit hidup - hiris nipis
2 inci lengkuas - hiris nipis
air secukupnya
garam secukupnya
daun bawang ( untuk menambah perisa, tak letak pun okay jer )
Cara masak ikan singgang :
- Didihkan air di dalam periuk.
- Masukkan bahan-bahan hirisan.
- Masukkan ikan kembong.
- Biarkan masak seketika.
- Akhir sekali baru masukkan asam keping dan garam sebagai perisa.
- Tutup api dan siap dah masak menu paling senang, ikan singgang.
2 Comments
Assalamualaikum wrmbth
ReplyDeleteApa khabar sis Ana Jingga
Semoga semuanya lancar hari isnin ni
Masak singgang sedap apa
walau demam pun sedap je kat tekak tu
waalaikumsalam Mazni, memang betul tu, sedap je menghirupnya kan :)
Delete