Pertama Kali Sediakan Menu Nasi Kerabu
Fuhh!! Dengan tulus ikhlas nya pertama kali nak siapkan menu nasi kerabu ni memang mencabar kesabaran. Bahan tak banyak, berkisar dari bahan asas yang sama, namun banyak proses yang perlu di sediakan satu persatu, ye la kan , nama lagi nasi kerabu, pastilah terdiri daripada pelbagai bahan aksesori yang perlu ada untuk melengkapkan hidangan. Ini pun yang ana buat adalah ramuan asas nasi kerabu sahaja, dengan berlauk kan telur masin. Kalau menu biasa yang kita beli tu, siap dengan ikan goreng tepung serta daging bakar lagi sebagai lauk sampingan.
Bila dah siap hidangkan pada suami ( suami ana orang Kelate' ) yang isterinya pertama kali buat kan nasi kerabu, suami bagi full mark. Cewahh!! Bangga kejap tak tahu la sebab markah nak ambil hati je kut , haha 😉😉 Anak-anak ana memang suka makan nasi kerabu, nak nak lagi Adik Ika, dan kami bertiga beranak la bekerja sama siapkan nasi kerabu ni. Jom ana kongsikan semula di sini hasil dari pelbagai carian di google resepi nasi kerabu yang ana rangkumkan untuk rujukan ana di masa hadapan dan mungkin juga buat mereka yang sama seperti ana, pertama kali hendak mencuba masak nasi kerabu.
Resepi Nasi Kerabu Mudah
Mari kita mulakan dengan cara masak nasi nya terlebih dahulu. Ana masak sedikit sahaja iaitu sebanyak dua pot untuk percubaan pertama kali ni. Untuk mendapatkan warna biru ana menggunakan lima kuntum bunga telang. Rendam di dalam mangkuk dan dapatkan hasil warna birunya, kemudian masakkan bersama beras di dalam periuk nasi letrik. Sukatan air mengikut nisbah yang biasa . Ana masukkan sehelai daun pandan untuk aroma nasi kerabu yang wangi.
Untuk resepi penuh bunga telang di dalam masakan nasi kerabu biru korang boleh klik di SINI .
Cara masak tumis sambal nasi kerabu :
Langkah kedua ialah sedia kan tumis nasi kerabu nya. Ia adalah sebagai kuah apabila kita menggaulkan kesemua bahan di dalam hidangan nasi kerabu ni.
Bahan-bahan tumis nasi kerabu :
10 cili kering – di kisar
200 gm santan pekat
3 batang serai – di ketuk
2 keping asam keping
3 ulas bawang merah – di kisar
1 biji bawang besar – di kisar
1/2 labu bawang putih – di kisar
1/2 inci halia
2 sudu kecil garam bukit halus
2 sudu besar budu
1 1/2 sudu besar gula
1 1/2 cawan air
minyak masak
Cara masak tumis nasi kerabu :
- Tumis cili, bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga pecah minyak.
- Masukkan air dan santan. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.
- Masukkan serai dan asam keping hingga air mendidih.
- Masukkan budu dan gula.
- Masukkan garam secukup rasa. Rasa dahulu kerana budu sendiri dah cukup masin, jangan terlebih garam. Kacau hingga pecah minyak.
Sambal Ikan Nasi Kerabu :
Langkah ke tiga sediakan pula sambal ikan nasi kerabu sebagai bahan gaulan ramuan nasi kerabu kita.
Bahan-bahan sambal ikan nasi kerabu :
1 biji kelapa parut
7 ekor ikan sardin – di rebus, di ambil isinya dan tumbuk
5 batang serai
5 ulas bawang merah
2 1/2 sudu besar gula
2 1/2 sudu kecil garam
Cara buat sambal ikan
- Goreng kelapa parut dengan api perlahan supaya tidak keperangan. Tumbuk kasar.
- Masukkan serai, bawang merah, garam dan gula secukup rasa. Tumbuk hingga hancur.
- Masukkan ikan sardin dan kelapa goreng yang telah di tumbuk. Gaul hingga rata.
Nasi kerabu juga di makan dengan sambal cili, cuma ana tidak buat pada hari itu kerana anak-anak ana tidak makan pedas.
Bahan sambal cili
1/2 kg cili merah – di basuh
limau nipis/cuka
asam jawa
belacan
gula dan garam secukup rasa
Cara buat sambal cili
Cili, limau nipis, asam jawa, belacan, gula dan garam di kisar. Boleh gunakan mixer.
Kalau nak rasa lebih sedap, tumbuk je semua bahan.
Ulam-ulaman nasi kerabu :
Ulam-ulaman nasi kerabu ni ikut selera masing-masing. Boleh sahaja masukkan kacang botol, kacang panjang, bunga kantan, timun, daun kesum , daun pagaga dan sebagainya. Ana cuma menggunakan kacang panjang, bunga kantan, salad dan kobis yang di hiris halus.
Siap lah bahan-bahan asas untuk satu menu nasi kerabu. Memang remeh untuk di sediakan namun puas hati makan air tangan sendiri. Nasi kerabu juga boleh di makan bersama solok lada. Caranya ada di SINI. Nasi kerabu boleh dimakan bersama ikan goreng tepung, daging bakar atau ayam bakar. Yang pasti kena ada budu dan juga keropok. Selamat mencuba semua :)
15 Comments
Sedapnya part paling miza suka nasi kerabu ne ulaman dia pergh sedapnya InsyAllah nak try buat sendiri ikut resepi kak ana share ne
ReplyDeletecuba nanti ye Miza :)
Deletesedap ter
ReplyDeletewajib kan Raihanah menu pantai timur laa kata kan :)
Deleteterima kasih kak ana atas kesudian berkongsi resepi mudah buat nasi kerabu..memang boek!
ReplyDeleteWahh ore kelate punya versi lagi asli kan NASNH :)
Deletewauuu kak ana..sedapnya nampak nasi kerabu tu...ni antara pebret kita tau..
ReplyDeleteRajinnya memasak nasi kerabu, saya pun suka sangat makan nasi kerabu ni, tapi nak menyediakan bahan tu tak menyanggup..hehe
ReplyDeleteBetul tu Noriza,proses dia banyak sungguh kan, bertabahlah orang-orang yang rajin menyediakannya
DeleteKalau dah minat memasak lama lama jadi pandai kan ana
ReplyDeletepractice make perfect kata omputih kan IZ :)
DeleteAda tukang pengkritik asli dari kelantan kat sebelah ya ana
ReplyDeleteHehe
haha tak tahu lah dia ikhlas kata lulus ke atau sekadar nak bagi semangat kat wife untuk terus mencuba menu-menu kelate lagi pasni :)
Deletepatutlah..pengkritik tetap tuu akan betulkan..dh dpt full mark tu memg sedap laa..hihih
ReplyDeleteHihi harap2 markah tulen la Sha, bukan sebab sayang isteri ye :)
Delete