Sarapan Pagi Apam Manis Bersama Bubur di Teluk Intan
Setiap kali balik Teluk Intan, suami ana pasti mencari apam manis di gerai Medan Selera Padang Speedy ni. Dari jauh lagi abang mamak tuan gerai dah cam muka kami, senyum je dia menyambut sambil bertanya, lama tak balik kampung. Haha :) Sebenarnya kerap gak balik hampir setiap bulan sambil menjengok Adik Ika dan mak abah, cuma nya kadang-kadang tak ke 'pekan' kata orang Teluk Intan. Pekan tu bermaksud bandar laa :) Kalau tak ada urusan, ana memang malas nak ke bandar Teluk Intan, sebabnya seronok duk di rumah masak makan dengan saudara mara bila berkumpul.
Kali ni balik kebetulan ada urusan kami singgah la sarapan pagi ke sini. Suami macam biasa memesan apam manisnya, dan ana pula kali ni nak makan dengan bubur gandum. Wahh!! Menu lama ni, dulu-dulu zaman kanak-kanak suka makan macam ni, tapi sekarang ni jarang jumpa di sini jadi bila balik kampung kita throwback la menu-menu rare orang kampung.
Apam manis bubur gandum di Teluk Intan
Selain di makan begitu sahaja, apam manis ni juga sedap di makan dengan bubur gandum atau bubur kacang. Di gerai ini, ada dua-dua bubur ni di jual. Pagi tu ana memilih bubur gandum sebab dah lama sungguh tak makan bubur gandum. Nak buat sendiri macam tak berbaloi anak-anak tak ada di rumah. Ana makan dengan mengoyak-ngoyak kan apam dan masukkan ke dalam mangkuk bubur. Sedap apam ni pun tak terlalu manis, nama sahaja apam manis malahan kalau di belah utara tanahair ada juga yang memanggilnya apam lenggang.
Rasanya masam-masam manis, bubur gandum di gerai ni pun sedang-sedang tak manis jadi memang kena sangat lah dengan selera kami berdua. Bagi yang tak pernah makan apam manis ni, ia gebu lembut di bahagian tengah dan garing rangup dikeliling tepinya. Kalau korang tak suka bubur gandum, boleh cicah kari atau bubur kacang pun sedap. Kena pula dengan kopi O nya yang kaw tu..wallaaa .
Dan korang tahu tak, ana sendiri terkejut dengan harga sekeping apam manis ni cuma RM1 manakala bubur tu RM1.50 semangkuk. Saiz mangkuk kita selalu makan cendol tu, punya la murah. Ana siap tanya abang mamak tu harga di sebab kami makan berdua dengan air kopi o, semua tu serendah RM5.50 . Allahu, masih boleh makan di Teluk Intan sarapan pagi berdua dengan harga sebegitu. Alhamdulillah.
Jadi kalau korang teringin nak cuba atau dah lama tak pekena apam manis dengan bubur ni pii la singgah ke Gerai Bubur Penang , cari sahaja gerai nombor 11 ni, berhadapan mini stadium Padang Speedy tu sebelah arah Telecom. Orang Teluk Intan mesti familiar punya la kan. Korang boleh cuba pelbagai menu juga di deretan gerai di sana.
2 Comments
Tak pernah makan la kak...nampak menarik sebab garing dia tu mesti sedap..
ReplyDeletesedap PC, garing ditepi lembut gebu di bahagian tengahnya, balik nanti cuba naa :)
Delete