Sup Ikan Nyok-nyok
Kenal tak ikan nyok-nyok ni ? Kami kat Teluk Intan panggil ikan nyok-nyok, kalau ada panggilan lain untuk nama ikan ni tak tahu la pula ana . Ikan nyok-nyok ni selalunya mak masak lemak, tak pun masak taucu tapi ana paling suka masak sup je. Sedap lemak manis rasanya. Kena pula tekak tengah pahit-pahit kerana baru baik demam dan batuk sepanjang minggu lepas. Penat agaknya, sibuk dengan re-union dan urusan hantar Adik Ika. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang di rancang.
Tengahari tadi ke kedai, jumpa ikan nyok-nyok ni sekilo RM28 dan ana ambil seekor yang sedang-sedang saiznya. Timbang harganya RM15.80 tak sampai sekilo la tu, cukup untuk menu tengahari kami bertiga. Ana terus belikan sepeket perencah sup ikan Adabi, daun celery, daun sup dan daun bawang. Dan terhasillah menu sup ikan nyok-nyok yang simple.
Resepi Sup Ikan
Tak kira lah ikan apa pun yang korang nak masak, bahan-bahan yang di gunakan lebih kurang sama sahaja seperti yang ana masak ni.
Bahan-bahan :
Ikan Nyok-nyok - dibersih dan di potong keping
1 peket Sup Ikan Adabi
Bawang merah
Bawang putih
Halia
1 batang celery
Daun sup
Daun bawang
Garam
Cara masak sup ikan
- Mudah sangat, tumbuk halus bawang merah, halia dan bawang putih.
- Tumiskan di dalam sedikit minyak masak.
- Masukkan sup bunjut Sup Ikan Adabi, ana pilih perencah sup ini kerana ia terdiri daripada sup bunjut, buah keras, buah pelaga, kayu manis dan daun salam. Lengkap dah dalam satu pek tu.
- Masukkan isi ikan.
- Masukkan air mengikut keperluan kuah dan nisbah dengan isi ikan tu.
- Didihkan sehingga masak, baru masukkan hirisan celery.
- Rasakan dengan garam. Tutup api.
- Untuk hidangan masukkan hirisan daun sup dan daun bawang. Kalau ada bawang goreng pun sodap kan :)
- Siap dan selamat mencuba resepi sup ikan yang sedap dan mudah.
2 Comments
sedapnya sup ikan..memang sesuai sgt makan dikala tak sihat..buat ratah saje pun best
ReplyDeleteKan Sha, bila tak sihat ni menu sebegini lah yang mampu menambah selera makan :)
Delete