Alhamdulillah.. itulah yang dapat ana ucapkan di atas segala nikmat yang di berikanNya kepada kami hamba-hambaNya di atas muka bumi ini. Kak Long masih dalam cuti sem satu dan baru sahaja menerima keputusan peperiksaan, syukur sekali lagi, ' Anugerah Dekan ' buatnya dalam pengajian ijazah. Adik juga sama, sem satu pointer ' Dean List ' dalam pengajian di Matrikulasi. Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina, anak-anak pun balik bercuti, ayahnya dah lama bercadang untuk kami sekeluarga bercuti sambil meraikan kejayaan puteri-puterinya.

Macam selalu, ada beberapa lokasi dalam perancangan kami antaranya Terengganu atau Kuantan. Puas lah juga mencari info hotel dan tempat-tempat menarik di Terengganu dan Kuantan. Bila Adik Ika sampai je Rabu tu, kami tanya nak pi mana dia jawab nak pi Kuantan. Okay final dah kami akan ke Kuantan. Tapi ana ni memang tak nak lah tidur di bandar Kuantan, jemu lah kan duk dalam bandar dan sampai sahaja ke exit tol Kuantan, kami cari waze ke Cherating. Kena masuk semula ke LPT dan keluar di exit Jabor dan terus ke Cherating. Singgah di beberapa resort dan chalet sekitar Cherating, dan akhirnya rezeki kami bercuti di Suria Cherating Beach Resort selama dua hari satu malam.





Sebenarnya, sebelum ke sini, ana dan Kak Long dah survey beberapa hotel dan resort di sekitar Cherating dan agak tertarik untuk menginap di Suria Cherating Beach Resort ni selepas kami dapati tawaran harga bilik masih dalam bajet percutian. Penting sebenarnya untuk kita letakkan bajet untuk penginapan hotel setiap kali bercuti. Rajin-rajinlah survey dahulu di mana-mana portal di laman web sebelum memulakan perjalanan. Boleh sahaja untuk kami booking secara online malahan harga bilik pun lebih murah berbanding walk-in, namun suami ana belum pasti nak bercuti di mana, tu yang kami terpaksa walk-in sahaja di Suria Cherating Beach Resort ni.




Sebaik sampai di kaunter reception, kami bertanya kadar bilik dahulu dan melihat sekitar resort. Anak-anak dah teruja sangat melihat pemandangan di kolam renang yang mengadap laut yang membiru dengan deruan angin dan pukulan ombak yang kuat. Harga bilik yang di tawarkan ketika itu ialah RM210 untuk deluxe double single sea view. Ermm...bermakna kami akan mengambil dua buah bilik yang bersebelahan. Jadi dua bilik RM420 untuk satu malam, wow!! Boleh tahan gak tu hihi. Ayahnya dah bagi green light, maka kami check-in terus di sini tengahari tu.

ERYA by SURIA CHERATING BEACH RESORT, KUANTAN




Rupa-rupanya Suria Cherating ni dah bertukar nama sebagai ERYA By Suria Cherating, pengurusan baharu agaknya, sebab semua yang kami search sebelum ini masih menggunakan nama Suria Cherating Beach Resort termasuk laman web mereka sendiri. 




Resort bertaraf tiga bintang dari carian di internet dan hiasan serta perabotnya juga menggunakan tema klasik dengan hiasan kayu dari ruang lobi hinggalah ke bilik. Keadaan sekitar begitu menyamankan dan redup dengan pokok-pokok yang merimbun di sertakan deruan angin bayu laut yang berpupus lembut. Dingin dan tenang sekali ketika berada di ruang lobi yang berkonsep terbuka ni. 


Walaupun waktu check-in adalah pada jam 3 petang, namun kami di benarkan ke bilik terus dalam jam 2 lebih . Mungkin bilik-bilik telah tersedia memandangkan hari itu ialah hari Khamis. Bilik kami berada di tingkat dua dan bersebelahan sahaja antara satu sama lain.




Pada awalnya, penghawa dingin bilik anak-anak tidak begitu berfungsi dengan baik atau tidak sejuk, kami laporkan kepada kaunter receptionist dan ia di baiki serta merta dan semuanya kembali okay, Alhamdulillah.



Kemudahan bilik serba lengkap dengan di sediakan cerek letrik, peti sejuk mini, dua air mineral, kopi dan teh , termasuk lah iron board serta seterika. Senang nak iron tudung kan hihi :) Safety box pun ada, walaupun kami tak ada apa nak simpan dalamnya haha :)





Ruang bilik mandi juga bersih. Di sediakan dua helai tuala, syampu dan sabun beserta heater untuk mandi. Ia dah cukup menyelesakan percutian kami di sini.


pemandangan dari bilik tidur


Dan bila di buka sahaja tingkap yang mengadap laut, Masyaa Allah..deruan ombak yang kuat bersama angin laut menerpa ke bilik. Inilah istimewanya bilik dengan sea view berbanding garden view yang mana harganya lebih murah sedikit. Dari bilik tidur kita dapat melihat betapa indahnya pantai Cherating yang membiru dan pukulan ombak yang kuat sekali. Sehingga kan pada waktu malam sebelum lelap masih dapat di dengari alunan ombak pantai. 

Jom, ana belanja sini beberapa keping gambar yang sempat ana rakamkan di sekitar ERYA by Suria Cherating. Mana tahu korang sedang mencari-cari resort di Cherating yang best untuk bercuti , mungkin Suria Cherating boleh di jadikan destinasinya selepas melihat review dari percutian ana. In Shaa Allah.


Pandangan dari pantai 


Bilik dengan garden view 


Dua buah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang mengadap pantai 


Pemandangan indah ketika matahari terbit 





Pantai Terengganu ni amat ana kagumi keindahan dan kebersihannya, tambahan pula di ERYA by Suria ni mempunyai private beach nya sendiri. Jadi sepanjang percutian di sini, ana dan keluarga banyak menghabiskan masa di pasiran pantai yang terlalu cantik pada pandangan ana. Mengkagumi kebesaran Allah swt, bila kita berada di pantai dengan pukulan ombak yang kuat tanpa henti di persisiran pantai. Tiada aktiviti laut di benarkan di sini seperti mandi laut kerana ombak agak besar. Tapi ada juga yang ketegaq, berani juga depa mandi kan..

Penginapan di ERYA by Suria Cherating ni juga menawarkan pakej sarapan pagi. Memandangkan ana mengambil dua bilik jadi kami berempat memang mendapat sarapan pagi di sini. Sarapan pagi di Bunga Padi pagi itu menyajikan pelbagai menu makanan melayu dan barat. Sedap, Alhamdulillah semuanya sedap-sedap dan banyak pilihan yang ada di sajikan secara buffet. Penuh meja, Adik Ika dan Kak Long ambil serba sedikit.




Dah nama duk Ganu, nasi kerabu pilihan ana untuk sarapan pagi tu, sedap sangat 




Paling enak dan tak dapat ana lupakan ialah kesedapan pulut kelapa dengan ikan masin, lembutnya pulut ni.. adoiyai!! 

Dan waktu malam pun ada di sediakan jualan juadah makan malam santai di tepi kolam renang. Macam-macam menu ada dan harga pun tak lah mahal sangat, mampu beli lah kata orang. Best sangat sebab kita bersarapan pagi di tepi kolam sambil menikmati pemandangan matahari terbit di pantai yang sungguh indah.. Masyaaa Allah.




Dari petang hinggalah ke malam kami menghabiskan masa di resort. Selepas zohor kami keluar ke Kemaman dan jalan-jalan cari makan dan lepas Maghrib pula keluar sekejap makan malam di sekitar Cherating. Balik resort kami habiskan masa bermain indoor games yang di sediakan di sini, sehingga lah check-out pada jam 11.30 lebih kurang.


Kami main carom, chess & dam haji disini, boleh sahaja minta dari kaunter reception untuk bermain, kay :)




Ianya satu lokasi percutian yang sangat menarik untuk ana sekeluarga, Alhamdulillah. Pemandangan yang cantik, resort yang selesa, makanan yang sedap dan lokasi yang dekat untuk makan-makan di Kemaman. Kiranya dua dalam satu lah kan, Kuantan dan Kemaman.. sekali gus. Bagi yang berminat nak bercuti di ERYA by Suria Cherating Beach Resort , ia terletak di KM32.5, Jalan Kuantan/Kemaman 26080 Cherating, Pahang Malaysi. Korang boleh sahaja hubungi nombor telefon 09 - 584 7000  atau layari sahaja ke laman web mereka : www.eryabysuria.com atau booking secara online dengan kadar yang lebih murah di Trivago :) 

2 Comments

  1. Bestnya, InsyAllah ada rezeki nak bawak anak-anak bercuti ke terengganu lepas ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Terengganu satu destinasi percutian yang sangat menarik Miza :)

      Delete