Anak-anak ana dua-dua dah meningkat remaja, Alhamdulillah begitu pantas masa berlalu meninggalkan seribu kenangan. Di kala meniti hari, membesarkan anak-anak bukan dengan kemewahan namun sekadar mencukupkan keperluan mereka. Anak-anak ana membesar di era tahun 2000, ketika itu belum lagi zaman ketaksuban pada gajet. Sebagai anak perempuan, ana memberikan kepuasan kepada mereka membesar dengan bermain. Bila ada sahaja rezeki yang lebih, ana dan suami tak kedekut dengan anak-anak membelikan permainan. Dari permainan anak patung, permainan masak-masak, permainan perhiasan diri dan sebagainya. Dan bila mereka beroleh kejayaan dalam pelajaran atau pun bila tibanya hari lahir, mereka di beri 'rewards' dengan memilih sendiri mainan idaman mereka yang agak mahal seperti Barbie set kelengkapan rumah, Polly Pocket dan sebagainya.


Image result for 90s cartoon shows
Credit picture to Fortress of Solitude


Selain mainan, sebagai kanak-kanak perempuan,mereka juga ana amat berminat dengan watak-watak kartun. Pastilah kartun kesukaan kanak-kanak perempuan ni dari kategori ala-ala 'princess' Disney dan juga kartun yang comel-comel. Ketika itu mereka bertuah bila dah adanya channel Astro khas untuk kartun. Dengan pemantauan kita sebagai ibu di rumah, anak-anak ada kartun feveret mereka sendiri, dan secara tak langsung, ibu pun terpaksa layan sekali di masa lapang. Ana nak kongsikan dengan pembaca www.anajingga.com beberapa siri kartun popular tahun era 2000 kesukaan anak-anak ana. Ana ni sampai sekarang pun masih layan kartun tau, nak-nak lagi Sponge Bob 😉😉hihi .

Rancangan Kartun Popular Tahun 2000 

1.Totally Spies :

Image result for Totally spies


Watak kartun 3 gadis ajen perisik dari Beverly Hilli iaitu Sam, Alex dan Clover ni memang jadi feveret Adik Ika dan Kak Long. Mereka sampai berlakon memainkan watak-watak tersebut bersama anak jiran ana masa itu , Qilah. Sampaikan lagu tema siri kartun ni pun mereka hafal.

2. Strawberry Shortcake


Image result for strawberry shortcake cartoon

Anak-anak minat sangat watak-watak comel dan latar belakang serta fesyen karektor kartun Strawberry Shortcake ni, sampaikan setiap kali nampak colouring book atau sticker mereka akan membelinya sebagai koleksi. Dan Adik Ika masih lagi menyimpan koleksi-koleksi sticker book pelbagai kartun-kartun comel ni. Kartun ni membawa mesej persahabatan watak watak comel yang hobi mereka gemar memasak kek. Watak-watak mereka juga menggunakan nama-nama kek yang sedap seperti Strawberry Shortcake sendiri, Orange Blossom, Angel Cake, Apple Dumplin dan sebagainya. 

3. Sailor Moon


Image result for Totally spies

Watak komik dari Jepun yang kemudian dijadikan sebuah siri kartun animasi di alih suara ke Bahasa Melayu kalau tak silap ana ketika itu. Kisah gadis sekolah bernama Usagi yang mempunyai kuasa ajaib dan kawan baiknya seekor kucing hitam yang pandai bercakap. Adik Ika dan Kak Long suka membeli patung-patung kecil Sailor Moon ni untuk di jadikan permainan mereka ketika itu.

4. Kim Possible 

Image result for kim possible cartoon

Juga berkisar tentang pelajar perempuan Kim yang melawan pelbagai kes-kes jenayah dengan bantuan kawannya yang clumsy Ron dan haiwan kesayangannya Rufus dan di bantu oleh seorang yang genius Wade. kartun ala-ala James Bond perempuan gitu kan 😉😉

5. The Powerpuff Girls


The definitive ranking of 90s Cartoon Network shows from worst to best

Kisah tiga beradik Blossom, Bubbles dan Buttercup yang mempunyai magik dalam menyelesaikan pelbagai masalah.Lebih kurang sama je jalan cerita kartun kartun masa tu kan. Nama lagi kartun tak akan ada konflik berat-berat kut, hihi .

Lain-lain kartun yang juga menjadi kesukaan anak-anak ialah seperti :

6. Winnie The Pooh 


Image result

7. Winx Club 


Image result for cartoon nickelodeon

8. Oggy and The Cockroaches


Image result for oggy and the cockroaches

9. Oswald 


Related image

10. Tiny Planet 


Image result for tiny planet cartoon

*Credit photos to owner

Sebenarnya banyak lagi siri-siri kartun yang di ikuti dan di minati oleh anak-anak perempuan kita ni yang membesar sekitar tahun 2000 ke atas. Ketika itu permainan dan kartun lah pilihan riadah dan hiburan mereka di mana belum wujudnya dunia gadget ni. Apapun pemantauan kita sebagi ibu bapa amatlah penting untuk mempastikan anak-anak membesar dengan persekitaran yang sihat, didikan ilmu dunia akhirat yang secukupnya sebagai panduan mereka menempuhi kehidupan di masa hadapan. In Shaa Allah.

Credit photos to owner via Google Image 

6 Comments

  1. ya.. mama kenal katun semua tu. bukan mama aje yg layan.. syafi pun ada yg layan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama, kartun ni masa anak-anak layan kita pun tumpang sekaki :)

      Delete
  2. Zumal kalau jumpa citer kartun akan pilih kartun sampai sekarang daripada drama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak stress kan Zumal bila layan kartun ni :)

      Delete
  3. kite layan katun2 tu dulu2..ekekeke bestttttt

    ReplyDelete