Kisah & Khasiat Buah Bidara
Selama ni, ana hanya pernah dengar dan lihat sahaja buah bidara ni berlegar-legar di facebook. Ramai orang bercerita tentangnya dan sedap di makan menurut rakan-rakan FB yang ana baca. Sehinggakan ada yang membelinya secara online ketika ia sedang viral di perkatakan sedikit masa lalu. Beberapa minggu lepas ketika ana sarapan pagi di Bandar Tasik Puteri, terpandanglah orang menjual buah bidara ni. Untuk kepastian ana bertanya pada si penjual, ini buah bidara kan?Sat gi salah beli , naya lak.. Cantik buahnya, bersaiz kecil-kecil dan warna hijau epal. Suami pun tak pernah makan buah bidara jadi kami beli lah sedikit untuk mencubanya.
Buah Bidara
Inilah rupa buah bidara yang ana beli. Ketika itu harganya RM15 sekilo kalau tak silap ana. Lupa lah pulak. Kerana ana cuma minta dalam RM5 je untuk merasa nya dahulu. Pertama kali nak makan kan, beli dalam jumlah sedikit dahulu, kalau sedap dan kena pada selera, lain kali boleh beli lagi, kalau tak kena dengan selera membazir pula kalau tak dapat di habiskan. Zaman sekarang ni, kita perlu bijak dalam menguruskan pembelian walaupun untuk perkara yang nampak remeh sahaja.
Rasa buah bidara ni pada ana, lebih kurang rasa epal hijau, cuma tak semasam buah epal hijau. Rangup isinya dan ia agak payau lah juga. Nak kata sedap sangat , pada ana tak lah, biasa sahaja. Macam makan epal hijau tu sahaja gambaran rasanya. Nak buat colek pun macam tak kena sangat sebab ia tak masam, kan. Tak tahu lah pada selera orang lain, kerana citarasa kita ni tak sama, berbeza antara satu sama lain.Waallahu a'lam. Namun dari carian di internet, dikatakan terdapat banyak khasiat yang terdapat pada buah bidara ni.
Khasiat buah bidara
Antara khasiat yang ana baca dari pelbagai sumber di blog menyatakan buah bidara :
~ Kaya Antioksidan
~ Bersifat Antibakteria
~ Mempercepat Penyembuhan Luka
~ Mengawal Kadar Gula Darah
~ Baik dalam mengatasi masalah perut dan usus seperti kembung perut dan gastrik
~ Rawatan herba untuk panas badan, bibir kering
~ Ubat kumur untuk masalah bau mulut & gusi berdarah
~ Di katakan bersifat mencegah kanser
~ Mengembalikan stamina dan masalah lemah tenaga batin
~ Mempercepatkan proses pencernaan dan masalah buasir
~ Mengatasi masalah kewanitaan seperti haid dan keputihan
(*sumber : http://khasiatq.blogspot.my/2016/02/18-khasiat-bidara-untuk-kesehatan-dan.html)
Dan banyak lagi yang di perkatakan dari carian di internet. Namun, ana yakin setiap tumbuhan yang ada di muka bumi Allah swt ni ada kelebihan dan kegunaan untuk makhluk sejagat. Cuma kesahihan dalam penyembuhan itu memerlukan rujukan dari mereka yang lebih pakar. Tak salah mencuba asalkan yakin dengan kandungan khasiatnya. Kalau tak sekali pun jadikannya sebagai kudapan pun sedap kan.
Rujuk lah blog dan perkongsian mereka yang lebih arif dalam bidangnya. Ana sekadar berkongsi secara umum dari pengalaman ana makan dan carian di internet mengenai khasiatnya.
8 Comments
Baru tau khasiat buah bidara
ReplyDeletebanyak lagi khasiatnya Nasa, kena rujuk mereka yang pakar dalam bidangnya ye :)
DeleteSha suka sangat Buah bidara ini.. Kena dengan selera.. Sekilo, sha boleh habis sorang.. hehehe
ReplyDeleteOO Sha suka ye, kak ana kurang sikit sebab tak masam kut, kak ana ni antu asam Sha haha :)
Deletebaru juga cuba makan buah bidara ni sedap sebab rangup dan makan dengan asam tu bertambah sedap
ReplyDeletekerangupan nya sedap kan AA, oo haah kan kalau makan dengan asam lagi sedap kan, nanti kak ana nak cuba kalau ada terjumpa lagi hihi :)
DeleteWah banyak khasiat rupanya
ReplyDeleteYup Lynda, banyak khasiatnya :)
Delete