Gambar Isteri Baru Dato Jamal Abdillah
Ana ni peminat tegar penyanyi Jamal Abdillah dari kecil lagi hihi :) Kalau tanya keluarga terdekat atau kawan-kawan sekolah mesti depa tahu ana memang meminati Jamal Abdillah ni. Rasanya dari album pertama Dato Jamal ana ada dalam bentuk kaset masa tu bertajuk " Perpisahan Tanpa Relamu" masih ana simpan cuma dah tak boleh nak di mainkan kerana radio kaset dah tak wujud lagi di rumah ni. Pelbagai perjalanan kisah Jamal Abdillah ana ikuti masa tu, gigih kumpul duit belanja nak beli majalah URTV dan Variapop. Masa tu cuma RM1.20 ke RM1.50 sahaja harganya. Beli kat bus stesen Bersatu di Bandar Teluk Intan.
Kenapa ana minat sangat Jamal Abdillah ni, hihi..sebab kami sekampung lah kata kan. Orang Teluk Anson atau sekarang ni Teluk Intan, Perak lah. Filem Azura tu , jangan tak tahu sampai 5 atau 6 kali ana tonton di pawagam. Ikut sahaja sesiapa mak saudara atau bapa saudara yang nak pergi menonton, depa pun ajak, laju je lah ikut. Dahulu ana siap ada kaset tau, adengan suara filem Azura tu. Okaylah dah cukup throwbacknya, ye..
![]() |
kredit foto : Kosmo Online |
Wajah Isteri Terbaru Dato Jamal Abdillah
Tadi ana terbaca artikel di Kosmo Online memaparkan gambar isteri terbaharu Dato Jamal Abdillah ni, jadi sebagai peminat setia beliau, ana kongsikan lah di sini wajah Datin Zai Izzati Khiruddin, 24 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah. Cantik manis orangnya, Alhamdulillah... semoga perkahwinan kali ke empat Dato Jamal Abdillah ni kekal hingga akhir hayat. Aamiin.
Memetik laporan BH Online : Pasangan ini telah bernikah pada 1 April 2017 di Ipoh , Perak. Ini adalah perkahwinan keempat buat penyanyi tersohor tanahair ini di mana sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.
![]() |
kredit foto : BH |
8 Comments
lawa bini baru dia
ReplyDeletelawa kan Hans :)
Deletecantik sungguh..padan jUga dengan Jamal Abdillah
ReplyDeleteTu laa Dato Jamalni hensem gak orang nya :)
DeleteMuda dan cantik wife baru.. semoga kekal hingga ke jannah
ReplyDeleteAamiin
Deletecantik wife nyer.
ReplyDeletesama yg nak tolak jamal abdillah kalau dilamar, kan?
penyanyi tersohor tu :)
Kan Aida.. hihi dah jodoh mereka sebenarnya :)
Delete