Homemade Jus Mulberry
Sebelum ni, ana pernah berkongsi cara untuk membuat jus rozel dan kali ini, lebih kurang sama sahaja cara dan kaedahnya ana kongsikan dengan pembaca, cara nak masak dan hasilkan jus mulberry homemade. Ia boleh di jadikan kodial minuman yang berkhasiat untuk seisi keluarga di rumah. Nak buat pun mudah dan kalau ada pokoknya di rumah, bila musim berbuah memang lebat sangat.
Buah mulberry yang lebat di halaman belakang rumah, ana petik dan rasanya agak masam jika di makan terus sebegitu sahaja. Kalau yang masak ranum, warnanya merah hitam tu, agak manis tapi kalau masih merah cerah tu, memang masam. Tak pastilah jenis pokok yang ana ada ni jenis yang masam , kut-kut benih lain ada yang manis.
Bersihkan dan rebus di dalam periuk dengan air. Pastikan sukatan airnya tak terlalu banyak untuk mendapatkan jus yang pekat.
Masak sehingga air mendidih dan buah menjadi lembut dan air yang jernih bertukar menjadi kemerahan.
Masukkan gula ikut nisbah dengan jus yang ada tu. Ikut selera masing-masing lah kan, kerana ia di jadikan kordial sedia di minum cuma tambahkan air dan ketulan ais.
Biarkan sejuk terlebih dahulu, bolehlah diblend dan kemudian tapis untuk mendapatkan pati jus mulberry ni. Hampasnya boleh di jadikan jem dengan memasaknya semula dengan di tambahkan sedikit lagi gula sehingga hancur. Ana tak pula jadikan jem kerana tak banyak sangat buah mulberry yang ana kutip tengahari tu.
Cara menanam pokok mulberry
Benih mulberry yang ana tanam di halaman belakang rumah ni, ana dapati dari jiran ana Leong dan Man. Mereka punyai pokok mulberry yang dah besar. Menurut mereka, untuk pokok mulberry berbuah lebat, dahannya perlu selalu di cantas. Dan untuk menanam pokok mulberry, kita cuma pacakkan keratan dahan yang tua di tanah dan siram selalu sehingga dahan tadi bercambah baharu.
Sebelum mengeluarkan buahnya juga, ana sering mencantas dahan-dahan yang cepat meninggi tu dan In Shaa Allah, ia akan berbuah bila tiba masanya. Boleh juga di siram dengan air basuhan beras atau lebihan air basuhan ikan. Ini menurut petua orang-orang tua untuk petua pokok cepat berbuah. Waallahu a'lam.
2 Comments
petua curahkan air basuhan ikan atau ayam tu memang betul kak ana, dari situ pokok tu dapat baja yang bagus dan asli..pakcik Sa pun guna cara yang sama..nampak sedap la kak anak jus mulberry tu
ReplyDeletepetua orang lama kan SA, mungkin khasiat dari beras dan air ikan tu menjadi asbab buahnya berbuah lebat agaknya SA , sedap memang sedap rasa ala-ala ribena tu :)
Delete