Subhanaallah.. itu lah yang mampu ana ucapkan bila menerima beberapa keping foto kiriman sahabat sekolah ana, Tan P.S yang kini merupakan penduduk tetap negara Eropah. Kami sering berbual di group whatsapp sekolah HMSS. Beliau sangat memahami kawannya ini tak pernah lagi berkesempatan dapat menjejak kaki ke benua Eropah, jadi setiap kali ada pemandangan yang indah dan cantik, pasti akan di kirimkan gambarnya. Thank you so much my dear PS. 




Bunga Tulip DI Keukenhof, Holland




Dan ketika berada di Amsterdam, Holland, PS mengirimkan beberapa keping foto keindahan taman bunga tulip tersohor dan terbesar di dunia iaitu di Keukenhof. Masyaa Allah ... teramat cantik dan indahnya ciptaanMu Ya Rabb. Berwarna warni bagaikan satu lakaran kanvas yang amat sempurna kejadiannya. Menurut PS, April merupakan waktu yang paling sesuai untuk melancong ke Keukenhof melihat kembangan tulip di musim bunga. 




Musim bunga tulip di sana bermula hujung Mac dan berakhir pertengahan Mei setiap tahun. Menurut sumber yang ana rujuk terdapat sekitar 7 juta kuntuman tulip mekar di sekitar taman. Bagaimanapun bayaran masuk di kenakan untuk masuk melihat keindahan taman tulip. Berapa tiket ?? Carilah info dari mana-mana laman blog mereka yang pernah ke sana. Sambil tu ana kongsikan dengan korang gambar kiriman sahabat ana..







3 Comments

  1. Very informative post! There is a lot of information here that can help any business get started with a successful social networking campaign. Last minute camping holland

    ReplyDelete