Ingat tak lagi ana pernah ceritakan ana ke Bagan Datuk dan terjumpa di pasar awam Bagan Datuk di jual telur ikan mayong. Murah juga lah sebab payah nak jumpa sekarang ni kalau tak ke pasar-pasar awam. Telur ikan mayong ni ana beli 1/2 kilo sahaja memandang kan untuk makan berdua sahaja laa nii. Sekilo berharga RM 26 jadi setengah kilo cuma RM13. Banyak juga dapatnya, telur kan.. kalau ikan lain lah beratnya. Ana memang peminat asam pedas telur ikan mayong ni, cuma jarang dapat makan sekarang ni. 

Dan ini merupakan pertama kali ana masak asam pedas telur ikan mayong. Dari segi rasa sedap lah , cewahh!! Dah ko yang masak kan.. haha!! Maksud ana ada lah rasa asam pedas, cuma agak fail bila telur ada yang pecah dan kuah menjadi pekat. Telur dia bila pecah, jadi macam telur ayam juga lah bertaburan di dalam kuahnya. Apapun ini percubaan pertama dan dari pembacaan ana di blog DTS pun Cik Mat mengalami masalah yang sama telur-telur ada yang pecah. Ana rasa kalau tak nak pecah, mungkin... mungkin ye sekadar pendapat ana, telur tu di rebus sahaja dan kemudian kuah asam pedas di tuang ke atasnya untuk hidangan. Waallahu a'lam. Kena menuntut ilmu lagi ni. Apapun ana nak kongsikan lah versi asam pedas telur ikan mayong yang ana masak baru-baru ini. 



Nampak tak ada telur nya yang pecah tu, jadi berketul dalam kuah asam pedas ana. Okaylah resepinya sama sahaja macam kita masak asam pedas lain. 

Resepi asam pedas telur mayong 

Ana cuma menggunakan telur ikan mayong sahaja tanpa ikannya. Bersihkan dan bilas dengan air asam atau air bilasan beras untuk menghilangkan bau. 




1 batang serai, diketuk
1 kuntum bunga kantan, jika ada
beberapa helai daun limau purut
lada hitam, tumbuk halus
2 sudu besar cili kisar
air asam jawa
serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
bawang merah (ditumbuk )
bawang putih ( ditumbuk ) 
belacan ( jika suka, ana tak guna kan belacan )
Tomato di belah empat

Cara masak asam pedas ikan mayong 

- Bersihkan telur ikan dan toskan.
- Tumiskan bawang merah dan bawah putih yang di tumbuk, masukkan cili kisar dan lada hitam.
- Masukkan serbuk kunyit dan serai yang diketuk tadi.
- Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih seketika. 
- Baru masukkan telur ikan dan kacau perlahan-lahan.
- Bila dah mendidih masukkan bunga kantan dan daun limau purut dan rasakan dengan garam. 
- Ana juga masukkan sebiji tomato yang di belah empat.
- Siap lah satu menu ibunda asam pedas telur ikan mayong. 



10 Comments

  1. Sedapnya ana telur ikan mayong ni. Azi suka masak kari telur ikan ni tapi kalau silap caranya memang pecah, kuah jadi pekat...tapi sedap jugak. Nanti boleh cuba masak asam pedas pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Azi, mudah pecah kalau dia masih dalam kantung nya tu mungkin boleh jadi tak pecah sangat, boleh lah nanti Azi cuba kay :)

      Delete
  2. kita tak pernah masak telur ikan mayong ni,tapi beli yang dah siap masak asam pedas ..memang sedap,tetiba terasa nak makan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun ni la 1st time masak sendiri Eda, selalu makan yang siap masak tu memang sedap sangat kan asam pedas ikan mayong ni :)

      Delete
  3. Pergh!! Sedap tu.. Tak pandang kiri kanan dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha memang sedap kak ana suka bebeno hihi :)

      Delete
  4. ni kalau suami tengok mesti suruh buat hahahha.. febret dia kalau telur2 ikan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha masak lah Ekin dah feveret suami tu :)

      Delete