Baru-baru ni macam satu trend pula bila ramai rakan-rakan Facebook duk throwback gambar motor lama mereka khasnya model Yamaha RXZ. Ana pun teringat pernah simpan gambar motor RXZ suami sebelum di jual hampir dua puluh tahun yang lalu. Masa tu suami ambil gambar dan simpan, dari motor pertamanya lagi ada gambarnya, kemudian sehingga lah kereta Proton Saga Aeroback, Proton Wira, Proton Waja semua ada kami simpan lagi gambar-gambarnya. Jadikan koleksi kenang-kenangan.





Yamaha RXZ


Inilah dia motor kesayangan suami ana suatu ketika dahulu, Yamaha RXZ. Motor ni di beli dengan gajinya sendiri ketika itu dan di gunakannya berulang alik ke pejabat. Ana berkenalan dengannya pun ketika beliau memiliki motor ini dan sehingga kami bertunang. Kemudian motor ni di jual kepada rakannya selepas kami sebulan lebih mendirikan rumahtangga untuk membayar wang pendahuluan kereta pertama kami, Proton Saga Aeroback.

Suami ana ni memang jaga sangat kenderaan yang pernah di milikinya sebaik mungkin. Tak kira lah dari motorsikal mahupun kereta,semua kawan-kawan dan saudara mara kenal sangat dengan perangainya, berkilat dan bersih luar dalam kenderaan. Balik rumah jer, terus bersihkan motor atau kereta, kalau parkir pun sedaya upaya akan parkir di lot tepi takut tercalar bila orang lain buka pintu kereta. Kadang-kadang jauh lah kena berjalan ke destinasi, melainkan memang dah tak ada lot parkir, redho je lah parked di mana-mana.. 

Kenangan sungguh kan, begitulah kehidupan yang amat sederhana ketika itu, mengenalinya dari tanpa punya apa-apa, bak kata orang, cinta bukan kerana harta, cewahh!! 😊😊 Kisah ini sekitar tahun 1995 trend anak muda memiliki motor-motor era RXZ, Panther dan sebagainya. 

Bila kami berumahtangga, suami berusaha membeli kereta untuk memudahkan kami pergi balik kerja dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Abah ana memang tak berapa suka kalau kami naik motor ni, bahaya katanya. Alhamdulillah dari Proton Saga, kemudian bila Kak Long lahir kami tukar ke Proton Wira, seterusnya Waja (upgrade sikit hihi) dan sehingga ke kini beberapa kereta telah kami merasai.Semua itu menjadi coretan perjalanan rumahtangga kami yang telah hampir mencecah 23 tahun , In Shaa Allah.

6 Comments

  1. Wah kenangan tu kak ana eh Azura

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Zek dalam Azura tu naik motor scremblerr Miza ni RXZ hihi :)

      Delete
  2. Sekarang orang cari balik RXZ ni.
    Harganya pun boleh tahan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke WP, ermm dah jadi rare dah kan :)

      Delete