Baharu sahaja selesai drama My Destiny dengan happy ending percintaan Grace & Mathew hari Isnin lepas, kini berganti pula dengan satu lagi drama siri Filipina yang agak berlainan sikit dari kisah cinta romantis. Drama Filipina terbaharu di Astro Bella yang ana ikuti kali ini bertajuk Rhodora X terbitan GMA Network. Drama siri ini di terbitkan di Filipina pada tahun 2014.


credit photo : stariray magazine


Sinopsis Drama Rhodora X di Astro Bella

Merujuk sumber dari wikipedia, drama Rhodora ini mengisahkan perjalanan seorang wanita bernama Rhodora Ferrer yang mempunyai pelbagai identiti dan penuh dengan dendam setelah dia menjadi mangsa penculikan ketika zaman kanak-kanaknya. Berasal dari keluarga yang penuh kasih sayang, seorang yang sangat manja dan penakut ketika masih kecil, tetapi semuanya berubah setelah pada suatu hari Rhodora dan kakaknya Angela bersama ibu bapanya berkelah di sebuah taman. 

Kerana kecuaian kakaknya Angela yang meninggalkannya seketika, Rhodora menjadi mangsa sendiket penculikan kanak-kanak. Akibat penderaan mental dan fizikal, Rhodora membesar dan berubah menjadi gadis yang agak psiko serta mempunyai identiti yang berbeza sebagai Rowera dan kemudiannya sebagai Roxanne. Angela pula dibenci oleh ibunya Lourdes kerana terus dipersalahkan atas kehilangan Rodhora. Pasti menarik kan untuk terus mengikutinya sehingga ke episod akhir nanti. 

Pelakon-pelakon drama Rhodora di Astro Bella


Jennylyn Mercado sebagai Rhodora / Rowena / Roxanne


credit photo : Jennylyn Mercado news


Mark Herras sebagai Joaquin Vasquez

Related image
credit photo :showbiz portal


Yasmien Kurdi sebagai Angela Ferrer


credit photo : GMA 


Mark Anthony Fernandez sebagai Nico Ledesma


Related image
credit photo GMA 


0 Comments