Semalam telah berlangsungnya satu lagi perkahwinan Diraja yang bagaikan sebuah kisah dongeng Fairy Tales di antara putera kedua mendiang Lady Diana iaitu Putera Harry dengan Meghan Markle, seorang selebriti pelakon Hollywood. Selalu juga ana ikuti lakonan Meghan di channel Astro Diva, dan siapa sangka jodohnya seorang putera Diraja Britain ni kan. Ini merupakan perkahwinan kedua buat Meghan dan jom kita layan beberapa keping foto perkahwinan Meghan & Prince Harry yang ana perolehi dari pelbagai sumber di Instagram.




Beberapa info menarik tentang majlis perkahwinan Meghan & Prince Harry yang ingin ana kongsikan bersama ialah antaranya : 


~ Perkahwinan Prince Harry & Meghan Markle membawa gelaran sebagai The Duke & Duchess of Sussex.



~ Meghan Markle memakai gaun perkahwinan gaya boat neck dan veil putih hasil rekaan designer  British  Clare Waight Keller, pereka feyen pertama Artistic Director dari  French jenama fashion house Givenchy. Prince Harry dan abangnya, Prince William  the Duke of Cambridge pula memakai seragam frockcoat  the Blues and Royals. 




~ Meghan juga memakai perhiasan mahkota permata berlian  Diraja Britain milik Queen Mary's Diamond Bandeau tiara yang di katakan telah berusia lebih 50 tahun.




~ Meghan terkenal dengan lakonannya dalam drama siri perundangan Suits memegang watak Rachel Zane.



Dan yang paling menarik perhatian ana selain dari pasangan pengantin Diraja Britain ni ialah kecantikan pasangan The Duke & Duchess of Cambridge pastilah Prince William dan Kate Middleton bersama putera puteri mereka Prince George & Princess Chalotte.












Kredit sumber www.telegraph.co.uk

4 Comments

  1. So sweet, semlm cita psal depa jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak ana tak suka sangat Harry ni Tim, tapi kalau Kate & Will memang following sgt haha :)

      Delete
  2. Replies
    1. simple and less sangat wedding dress Meghan kan Khaty :)

      Delete