Ironinya Kehidupan, dari pasca PRU14
Semalam 9hb Mei 2018, ana, suami dan Kak Long yang buat pertama kalinya telah keluar menunaikan satu tanggung-jawab terhadap negara. Kami menjalankan tanggung-jawab dengan keluar mengundi untuk mejayakan Pilihan Raya Umum ke 14 di kawasan kediaman kami sahaja. Suami ana amat mengambil berat tentang perkara-perkara penting sebegini kerana itu, awal-awal pindah beliau telah membawa ana untuk menukar daftar pemilih ke kawasan kediaman kami. Sebelum ini, kami mengundi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kini di negeri Selangor. Kak Long, yang telah mencapai usia 21 tahun pada November tahun lalu juga telah mendaftar dan alhamdulillah sempat mengundi buat kali pertama.
Satu gelombang besar telah berlaku kali ini, atau ada yang menamakannya sebagai satu tsunami untuk merubah kepimpinan dan kerajaan yang sedia ada.Hari ini, ana tidak mahu mengulas tentang senario politik ataupun menganalisa keputusan kerana jelas itu bukan bidang ana. Ana cuma nak menulis tentang hubungkait manusia, ironi kehidupan dan ketentuan Allah swt yang mana perancangannya adalah yang terbaik.
Hari ini dengan jayanya Pakatan Harapan yang dahulunya di barisan pembangkang di beri mandat membentuk sebuah kerajaan. Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan aman dan mudah-mudahan keamanan dan kesejahteraan ini akan berkekalan demi masa hadapan anak cucu kita.
Sepanjang tempoh berkempen, malahan lebih awal dari itu lagi,ana melihat pelbagai kerenah manusia sama ada di alam nyata mahupun di media sosial. Pelbagai provokasi berlaku hingga terbitanya rasa kebencian sesama mereka. Malah lebih parah sehingga terjadinya permusuhan sesama rakan dan ahli keluarga. Masing-masing memberi hujah untuk mempertahankan yang di sokong. Baik! Terpulanglah itu hak individu, dalam kata lain kubur masing-masing.
Namun, apakah akibat yang pasti, sebagai hambaNya, pastilah hitungan dosa dan pahala yang berjaya di kumpul sepanjang 'berjuang' di medan dunia cyber dan nyata. Dosa.. terpadamkah ayat-ayat provokasi yang di tulis semudah terdeletenya posting di akaun media sosial masing-masing ?
Kemudian, kita dapat melihat juga sifat manusia itu sendiri. Kalau sebelum ini, si polan merupakan calon yang memerintah, ramai penyokong dan pengikut, kini,hari ini selepas beliau tewas seramai manakah yang masih akan kekal bersama jatuh bangunnya. Ambil sedikit masa, renung kiri kanan siapakah yang masih kekal bersama.
Ironi kehidupan, hati manusia mudah berubah. Jika dahulu mereka yang membawa nya ke puncak kegemilangan dan kemasyuran, namun hari ini sejelasnya mereka juga yang berjaya membuangnya ke lurah kejatuhan. Jika dahulu, mereka yang menjatuhkan dan memusnahkan sebuah kepercayaan,hari ini mereka pula yang mengangkatnya semula malahan menompang tunggak kekuatan untuk sebuah pembaharuan.
Satu yang ana amati dalam perubahan kerajaan hari ini, bahawa jangan terlalu meletakkan idola kepada insan bernama manusia kerana ia tidak sempurna dan tidak akan kekal selamanya. Yang bermaharajalela ketika berkuasa kini hilang taringnya, dan yang sedang berkuasa tak mustahil akan lupa janjinya kerana mereka itu manusia.
Perancangan Allah swt adalah yang terbaik buat kita. Jangan takut dengan masa hadapan kerana kita tidak pernah dapat meramal apa yang bakal kita tempohi. Segalanya dengan izin Allah swt dan sebaik-baik idola buat manusia hanya Junungan Kita Nabi Muhammad saw. Apa sahaja yang terjadi dengan izin dan Kun Fa Ya Kun! Maka terjadilah ia. Waallahu a'lam.
8 Comments
Ucapan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana diberi mandat daripda rakyat untuk menerajui Malaysia untuk lima tahun akan datang..Kepada parti yang kurang bernasib baik, harap menerima keputusan ini dengan hati yang lapang dan semoga semua rakyat Malaysia tak memprovokasi antara satu sama lain..
ReplyDeletebetul tu Shikin mudah-mudahan membawa kemakmuran dan kesejahteraan buat kita semua dan hentikan provokasi di antara satu sama lain
Deletetahniah buat PH dan rakyat Malaysia yg mengundi dan mencuba nasib utk berubah..semoga PH dapat menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya
ReplyDeleteAamiin, In SHaa Allah
DeleteTerasa kehilangan, dakwat di jari pula belum hilang.
ReplyDeletedoakan yang baik-baik sahaja kan
DeleteBagus ������������
ReplyDeleteeveryone hope for the better Malaysia Choy.. btw where have you been :) Missed your guitar and song la bro :)
Delete