Masih Relevankah Kewujudan Klinik 1 Malaysia ?
Lapan tahun dah selepas projek Klinik 1 Malaysia di rasmikan pada 7hb Januari 2010 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak di Pangsapuri Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini, pelbagai komen-komen dari pelbagai sudut yang kita baca di media-media social. Ada yang menganggapnya sekadar melepaskan batuk di tangga, tak begitu relevan, perkhidmatan yang terbatas, tak semua ubat ada, perkhidmatan yang kurang mesra alam dan sebagainya.
Jadi hari ini, ana nak tanya korang lah, sejujurnya.. Apakah masih releven Kerajaan melalui Kementerian Kesihatn memperuntukkan jumlah kewangan yang banyak untuk perbelanjaan di Klinik 1 Malaysia, khasnya bagi warga Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang di kategorikan sebagai orang bandar ?
Klinik 1 Malaysia di Wilayah Persekutuan
Dan dari pandangan peribadi ana sendiri yang telah menjadi warga Wilayah Persekutuan berpuluh tahun ni, kewujudan Klinik 1 Malaysia teramatlah relevan dalam situasi dan gaya hidup masa kini. Ana nak kongsikan dengan koranglah.. beberapa kebaikan yang ana sendiri perolehi dari perkhidmatan Klinik 1 Malaysia.
Pertama, pastilah dari segi kewangan. Kalau korang bergaji besar, dibiayai kos perubatan oleh majikan, mempunyai polisi insuran ini bukan satu masalah. Namun jangan lupa kewujudan golongan marhein yang bekerja sendiri, tanpa pelindungan insuran majikan dan berpendapatan taraf miskin bandar. Di sini lah, Klinik 1 Malaysia merupakan tempat mereka mendapatkan rawatan untuk sakit ringan, ubat-ubatan serta pemeriksaan kesihatan dengan kadar bayaran cuma RM1 sahaja. Itupun kalau warga emas macam abah ana, ianya PERCUMA . Bandingkan kalau ke klinik-klinik swasta paling tidak pun untuk rawatan penyakit ringan harus ada sekeping wang kertas RM50, bukan?
Keduanya, bila banyak komen-komen yang mengatakan banyak ubat tak ada di Klinik 1 Malaysia ni, korang kena faham bahawa projek Klinik 1 Malaysia menyasarkan untuk rawatan penyakit ringan sahaja seperti demam, selsema, batuk, sakit perut ringan, gastrik dan sebagainya. Kalau rawatan cuci luka dan sebagainya pula hanya untuk rawatan susulan sahaja.
Ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Hospital-hospital kerajaan. Kalau di Wilayah Persekutuan ni, cuba korang ke Unit Kecemasan HKL, pasti korang faham sendiri bagaimana kalut dan sesaknya sehinggakan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan rawatan. Jadi amatlah relevan jika sekadar sakit-sakit ringan ni, silalah ke Klinik 1 Malaysia yang berhampiran dengan lokasi masing-masing.
Ketiga, korang kena tahu bahawa Klinik 1 Malaysia di bawah pemeriksaan dan perkhidmatan seorang Penolong Pegawai Perubatan atau dalam ayat mudahnya MA bukan seorang doktor. Jadi tak timbullah isu pesakit kronik tidak memperolehi rawatan di sini. Namun rawatan susulan boleh di lakukan. Tak timbullah tomahan bahawa Klinik 1 Malaysia tak ada ubat itu dan ini. Fikir sebelum komen. Pesakit kronik perlu ke Hospital atau Klinik Kesihatan dan pesakit ringan silalah ke Klinik 1 Malaysia. Kan mudah dan mengurangkan kesesakan,masa menunggu pun dapat di kurangkan.
Ana rasa cukuplah 3 sebab kukuh mengapa pada ana Klinik 1 Malaysia ini satu inisiatif yang amat baik dari Kerajaan dan telahpun membantu golongan sasar meringankan beban ekonomi disamping mendapatkan rawatan perubatan dengan cepat. Khususnya buat warga Wilayah Persekutuan yang sentiasa sibuk mengejar masa, berhadapan dengan kesesakan trafik dan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari.
Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Klinik 1 Malaysia juga menyediakan perkhidmatan saringan HIV cuma di beberapa klinik terpilih sahaja. Di samping sebagai pusat khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan, contohnya membuat notifikasi penyakit berjangkit seperti demam denggi yang mana kadarnya amat tinggi di kalangan penghuni bandar.
Kalau korang masih tidak tahu di mana lokasi Klinik 1 Malaysia yang berhampiran dengan kediaman, bolehlah klik sahaja ke Senarai Klinik 1Malaysia . Ana menulis sekadar satu pendapat peribadi tanpa ada kepentingan mana-mana pihak kerana sebagai warga negara Malaysia khasnya, tanpa mengira bangsa, agama, usia dan perbezaan politik, kita perlu menggunakan segala kemudahan asas yang di sediakan. Sakit ni tak kira masa dan waktu, kalau ia nak datang pada bila-bila masa sahaja. Benar, sakit itu ujian, menghapus dosa tetapi sebagai hambaNya kita perlu berusaha untuk merawat dari awal. Sekali lagi ana tegas, kewujudan Klinik 1 Malaysia amat dan masih relevan untuk rakyat dan warga Wilayah Persekutuan ini khasnya. Terima kasih Klinik 1Malaysia. #HebatNegaraku #ketuakampungKL
kredit foto-foto kepada pemilik asal melalui Google Image.
22 Comments
Nina pun pi klinik 1Malaysia jer tuk dapatkan rawatan. Murah, cepat dan RM1 jer...
ReplyDeleteAlhamdulillah mudah dan murah kan Nina
DeleteKinah kalau demam selsema pergi sini je kak ana. Malas nak tunggu lama kat hospital. Tapi kalau demam teruk tu memang kena rujuk hospital jugak la.
ReplyDeleteKlinik 1M ni untuk sakit2 ringan je Kinah
DeleteKlinik 1M ni sangat membantu sebab dibuka sampai malam
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteMiza pernah buat check up masa mengandung afiq dulu. Ok servis cepat jimat cuti hehe
ReplyDeleteOo boleh juga ye Miza , Alhamdulillah
Deletememang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.
ReplyDeleteye untuk menguranhkan kesesakan di Hospital2 Kerajaan Khaty
DeleteBayaran RM1 yg berbaloi, walau kena tunggu lama. Tempat murah memang jadi tumpuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSangat relevan....dengan hanya bayaran RM1
ReplyDeleterelevan untuk kemudahan orang ramai
Deletebagus klinik 1msia ni kak..el berapa kali dah pergi..malam pun bukak kan
ReplyDeleteBagus kan El,sampai jam 10 malam
DeleteWalaupun terpaksa menunggu lama tp bersesuauian dengan bayaran yg dikenakan
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteIa sangat membantu!
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteXperlu bersesak kt hospital bil hanya demam biasa
ReplyDeletehaah Fuzy untuk sakit2 ringan mudah dah kan :)
Delete