Dah lama dah ana nak berkongsikan pengalaman peribadi ana sendiri mengenai berpantang selepas bersalin secara tradisional. Namun orang muda kini menganggap semua ni sudah lapok dan ketinggalan zaman. Terpulang lah pada pilihan masing-masing. Sendiri punya badan ikutlah cara korang sendiri untuk menjaganya kan.

Related image


Ana yang pada usia dipinjamkan Allah swt ni, telah melalui beberapa perubahan zaman ke zaman. Tak lah banyak sangat pengalaman namun setiap yang baik akan cuba ana kongsikan bersama. Coretan pengalaman silam yang mungkin sudah tidak relevan pada generasi muda kini, namun itulah yang telah ana lalui, satu pengalaman dalam coretan perjalanan.

Melahirkan anak sulung pada usia 24 tahun, 22 tahun yang lalu. Ana juga merupakan anak sulung dalam keluarga dan kelahiran Kak Long merupakan cucu sulung dalam keluarga sebelah ana. Ia bagaikan kelahiran yang di nantikan dan mak abah meminta sangat untuk ana melahirkannya di kampung halaman kami sendiri di Teluk Intan. Apatah lagi, arwah opah ana merupakan seorang bidan kampung yang agak di segani dan di kenali di sekitar Teluk Intan ni, arwah opah sendiri yang akan menjaga ana sepanjang tempoh berpantang.

Amalan berpantang secara tradisional


Selepas selamat melahirkan Kak Long pada subuh 23hb November 1996 di Hospital Daerah Teluk Intan, ana melalui tempoh berpantang selama 44 hari di kawal rapi oleh arwah opah. Haa!! Dengar tu, di kawal rapi bermaksud tak ada peluang nak mengelat. Satu pengalaman yang agak perit juga bila di ingat kan kembali namun syukur Alhamdulillah ia satu pengalaman yang amat bermakna dan berharga. Apa sahaja yang arwah opah lakukan katanya hanyalah untuk mempastikan ana kembali sihat. Opah selalu berpesan ' badan nak pakai lama, nak kena sihat, nak jaga suami, nak jaga anak-anak', antara pesan opah yang masih ana ingati.

Berbengkung :


Image result for amalan berpantang secara tradisional
kredit foto : Siraplimau


Antara pengalaman yang ana lalui ketika berpantang mengikut cara arwah opah ialah berbengkung. Selepas bersalin, dan oleh kerana ana bersalin secara normal, ana mula dipakaikan bengkung selepas luka jahitan baik ( tak berapa ingat selepas berapa lama ). Bengkung yang opah gunakan adalah jenis kain tebal yang amatlah panjang berjela kata orang Perak. 

Bengkung di ikat pada satu penjuru, kemudian badan ana akan di pusingkan sambil di ketatkan bengkung keliling pinggang hingga ke paras bontot. Mula-mula agak senak juga nafas tetapi bila dah biasa sangatlah sedap memakainya. Terasa kemas sangat kerana bayangkan perut kita yang berisi bayi yang dah keluar tu terasa diangkat semula ke kedudukan asal sebelum hamil. Menurut arwah opah, bengkung ini untuk menaikkan semula peranakan dan mengelakkan perut dari buncit dan gelebeh selepas bersalin. 

Bertungku 


Image result for amalan berpantang secara tradisional
kredit foto : Ajumohit.com

Selain bengkung, ana juga di rawat dengan kaedah bertungku. Objek berat seperti batu tungku, di panaskan di atas bara, kemudian di balut dengan daun mengkudu beberapa helai dan di lapisi pula dengan lapisan kain. Haba panas dari batu tungku ini kemudian di tuam pada bahagian perut oleh arwah opah ana sendiri. Kadang-kala selepas bertungku ni, aliran darah nifas keluar dengan banyak. Kata arwah opah, tungku juga untuk mengeluarkan darah nifas dan menaikkan semula peranakan cara tradisional lama.

Jamu rempah 


Related image
kredit foto : deherba.com

Bab paling azab, makan jamu. Serius korang, jamu arwah opah ana ni buatannya sendiri. Campuran rempah ratus yang dibawanya ke kedai India di Jalan Laksamana untuk di mesin menjadi serbuk rempah. Rempah inilah jamu yang ana minum, yang dibancuh dengan air suam. Rasa nya ya amatlah pahit dan pedas macam tu, maklumlah rempah kan. Setiap pagi kena minum segelas, arwah opah tunggu sampai lah habis ana minum, tak ada cannn nak mengelat. 

Menu berpantang 


Makanan juga arwah opah jaga sangat, kena makan nasi panas-panas, lauk yang mak masak pun panas-panas dengan ikan yang terpilih sahaja di masak dengan halia dan lada hitam serta bawang putih antara menu wajib. Naik jemu lah makan ikan jaket sepanjang tempoh berpantang ni. Sayur pun ada yang boleh ada yang arwah opah tak bagi makan. Minum air juga air suam bukan air sejuk. 

Bedak param atau peles


Related image
kredit foto : sweetpepatung.blogspot

Agak unik juga bila selama berpantang dahulu, ana di pakaikan bedak param. Haa ni mesti korang tak tahu kan macam mana rupa bedak param ni. Setengah orang memakai peles, tetapi arwah opah akan menyapukan muka dan badan ana dengan bedak param. Bedak ni pun arwah opah buat sendiri, bahannya wallahu a'lam, ana tak ingat sangat. Bedak ni berbentuk bulat leper dan di bancuh dengan air dan disapukan pada badan dan wajah. Untuk mengeluarkan angin dalam badan dan juga arwah opah kata biar comot sikit muka tu, takut suami teringin lak kalau comel-comel dalam pantang ni, hihi kiasan orang dulu-dulu tu. Faham-faham lah sendiri ye.


Berurut 

Related image
credit to Google Image ;)

Akhir sekali pastilah pengalaman berurut. Arwah opah ana sendiri yang mengurut badan ana ketika berpantang dahulu. Allahu.. sedapnya badan selepas di urut arwah opah. Segar semula. Arwah opah urut 3 hari di awal tempoh berpantang dan kemudian 3 hari selepas habis berpantang, kalau tak silap ana masa tu.

Bertangas/mandi herba 


Kemudian selepas berurut, opah akan mandikan pula dengan air herba dan pernah juga dua kali ana bertangas atau orang sekarang panggil sauna. Mandi wap air rebusan herba. Opah sediakan pelbagai jenis daun herba yang di rebus dalam periuk kemudian air itu dimandikan dan lebihannya di jadikan bahas tangas atau sauna. Berpeluh sakan. 

Related image
kredit foto : sympathysoul
Inilah coretan pengalaman ana 20 tahun yang lalu yang mungkin sudah tidak relevan di zaman ini. Namun ana pasti, masih ada wanita yang mengamalkannya sedikit sebanyak, mungkin sama maksudnya namun berbeza kaedahnya. 

Kini semuanya telah di permudahkan, moden dan terkini. Namun ana bersyukur dengan jagaan arwah opah ketika tempoh berpantang untuk kedua-dua orang puteri, hingga ke saat ini, tubuh masih sihat, bertenaga walaupun kian lemah kerana faktor usia, namun ana masih dapat mengekalkan saiz badan yang bolehlah di banggakan, menjaga kebahagiaan tempat tidur untuk suami dan membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri. 


Jangan lah mudah terpedaya dengan copy writing para seller khasnya yang menjual produk-produk wanita ni, yang bagaikan menakut-nakutkan wanita dengan mitos 'suami akan cari perempuan lain kalau tak makan produk xyz' dan sebagainya. Orang-orang dahulu tak ada pun produk mereka sekarang, namun tetap bahagia dan sejahtera rumahtangga hingga ke akhir hayat. In Shaa Allah. 


Pastikanlah apa yang kita beri pada tubuh adalah yang baik, bersih dan penjagaan kesihatan dalaman perlu secara bijak dan kini dapatkan informasi yang benar serta di luluskan oleh mereka yang bertauliah dalam bidangnya sebelum diberikan pada tubuh badanmu wahai wanita. Waallahu a'lam. 

0 Comments