Balik dari ambil dua beradik ni di kampus, lepas makan nasi kukus di seksyen 7 tak tahu dah nak ke mana makan anginnya. Kak long ajak ayahnya ke Setia Alam, ada port cantik untuk lepak dan ber photoshoot katanya. Dia pun tahu dari IG kawan-kawannya. Ayah pun ikut kan sahaja lagi pun tak jauh mana dari Shah Alam. 



Kami guna waze je, dan Alhamdulillah sampai ke lokasi yang di tuju. Okay tempat ni merupakan sales galery untuk kawasan perumahan baharu di Setia Alam dan namanya di Ardence Labs. Kat sini ada pasaraya Jaya Grocer yang baharu di buka. Jadi memang ramai orang tenghari tu. 





Di sekitar kawasan ni memang cantik dan pemandangan yang mendamaikan. Banyak props di dekorasi untuk bergambar di sekitarnya. Dan kedai-kedai santai di sini dibina di dalam kontena-kontena yang berwarna warni. Nampak macam pekan hipster sahaja bila berada disini.





Kak long dan Adik excited nak pose di pelbagai props menarik disini. Seronok laa tuu. Ada pelbagai cafe untuk menghilang kan dahaga.







Paling menarik terdapat sebuah tasik buatan di tengah-tengah kawasan bertaman ni. Ada air pancut dan jambatan serta pintu gerbang yang lawa lah untuk mengabadikan gambar dengan latar belakang yang awesome.



Paling comel kedai pet shop dan pet hotel Cocomomo ni. Cantikkan , macam bukan kat Malaysia je latarbelakangnya. Dua-dua beradik ni pun penyayang kucing suka sangat lah dapat bergambar dengan bangunan bersenibina telinga kucing hitam tu.




Ana agak tertarik dengan tanaman hidroponik daun pudina dan English herbs disini. Subur je menghijau. Pudina ni bukan mudah juga nak hidup kan. Ana sendiri dah pernah beli dan tanam tapi tak lama hayatnya.



Terdapat juga tempat permainan kanak-kanak di sini. Unik dan menarik konsepnya.Kena awasi kay anak-anak bermain. Jangan leka nak selfie jer tau.




Bila masuk waktu, tiada alasan untuk tidak menunaikan solat kerana kat sini pun ada di sediakan surau lelaki dan perempuan. Walaupun ruangnya agak sempit namun selesa dan privasi untuk menunaikan ibadah.



Ana belanja korang beberapa view yang ada kat sini . mana tahu ada yang bercadang nak ke sini dan meng Google terjumpa entri ana ni kan. Boleh lah dapatkan serba sedikit gambaran sekitar taman Ardence Lab di Setia Alam. Parkir percuma sahaja dan memang banyak.








8 Comments

  1. Prasarana dan persekitaran yang menarik

    ReplyDelete
  2. cantik. dan menarik :)
    rekaan nyer sgt kreatif & terkini kan.

    ReplyDelete
  3. hari tu pergi rumah kawan kat Setia Alam lalu tepi Eco Ardence ni. nampak signage ingatkan taman baru just like park2 orang melepak hehe showroom rupanya tapi cantik =P

    ReplyDelete
  4. dekat sgt dgn rumah fara kak.. pnh kesini mmg cntik.. cuma agak panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Fara, kalau tengahari memang panas lit lit sebab kawasan baharu kan :)

      Delete