Resepi Kuih Cara Manis

Masa Adik Ika kecil-kecil dahulu, dia suka sangat makan kuih cara ni. Ana pun belajar lah cara buat kuih cara. Ada dua versi satu yang hijau tu dipanggil kuih cara manis dan satu lagi warna kuning kuih cara berlauk. Kuih cara manis ni senang sangat nak menyediakannya. Kalau kuih cara berlauk tu ana tak pernah cuba lagi. Kena masakkan dahulu lauknya baru boleh di cara kan di dalam acauannya. Jom tengok resepi dan cara masak kuih cara manis style anajingga pula kali ni.




Resepi dan cara buat kuih cara manis 

Bahan-bahannya:




2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur @ 1 biji jika guna gred A
3 helai daun pandan (blend dgn sedikit air utk mendapatkan airnya)
secubit garam
pewarna hijau 
gula (untuk di taburkan di tengah-tengah adunan kuih)

Cara-cara buat kuih cara manis 




1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan blend hingga sebati dan tidak bergentel.




2. Panaskan acuan kuih cara di atas api perlahan dan sapukan sedikit minyak agar tidak melekat.




3. Abaikan acuan ana yang agak antik tu, tuangkan adunan ke dalam acuan yang panas biarkan seketika dan taburkan secubit gula halus ditengah-tengah acuan.




4. Tutup acuan dan biarkan masak. Kuiskan dengan lidi untuk mengeluarkan kuih yang telah masak.
 Hidangkan secara berpasangan. Siap. 

Selamat mencuba 💗💗
Resepi Kuih Cara Manis Resepi Kuih Cara Manis Reviewed by Ana Jingga on May 31, 2018 Rating: 5

8 comments:

  1. Sedapnya.. Arwah ibu rajin buat kuih ini.. Guna acuan macam kak Ana tu.. Antik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi lama dah kak ana beli acuan tu Sha, tapi alhamdulillah masih boleh di gunakan dan tak melekat adunannya :)

      Delete
  2. feveret khaty ni, tapi selalu beli ja, ntah bila nak buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli pun mudah kan Khaty, ada masa baru boleh buat sendiri nanti :)

      Delete
  3. Sedapnyaa kak Ana. Nani teringin nak buat sendiri tapi acuan tak ada. Kena beli acuan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani beli acuannya nanti try buat senang sangat bahannya nani :)

      Delete
  4. sedapnyaaa kalo makan panas2 ni sedap tapi bahaya gula tu tapi still sedap

    ReplyDelete

Powered by Blogger.