Alhamdulillah... hari ini 17hb Mei 2018 adalah bersamaan 1 Ramadan 1439H. Syukur Ya Allah, ana masih bernafas lagi di ketika dan saat ini dan bersama 1 Ramadan yang telah di jalani. Tahun ini, Adik Ika berada disisi keluarga kecil kami sama-sama bakal menjalani ibadah puasa, cuma Kak Long pula berada di Shah Alam meneruskan pengajiannya. 

Bila anak-anak dah kian dewasa, melanjutkan pelajaran seorang demi seorang, begini lah perasaan ibu ayah yang tinggal di rumah, bagai ada kekurangannya. Baru lah kita fahami, sebeginilah perasaan mak abah di kampung bila kita anak menantu jauh dari mereka. Fitrah kehidupan ibarat roda, yang dahulunya semua itu apa yang mak abah lalui, kini giliran ana dan suami pula merasainya. 


Image result for ramadan kareem


Ramadan 1439 kali ini, lain kisahnya. Selepas pasca piliharaya PRU14 baharu sahaja berlalu, pelbagai kegilaan status yang ana amati di media social. Kadang-kadang takut untuk terus membaca satu demi satu feed yang muncul di wall. Masing-masing sewenang-wenangnya memberi ulasan tak kira lah soal pemerintahan baharu mahupun yang telah di gantikan. Maha dasyat fitnah akhir zaman sepantas kilat bersilih ganti, tak tahu mana yang benar yang palsu.

Ramadan ini, tariklah nafas seketika, fikir dalam-dalam apakah yang kita dapat dari status-status mahupun share-share yang kita posting kan itu, adakah satu dosa kah atau pahala kah? Hidup ini tak banyak pilihan yang ada, dosa atau pahala, syurga atau neraka (nauzubillah), baik atau buruk, itu sahaja. Mudahkan nak buat pilihan...

Jangan lah mudah menghukum sesama insan kerana itu urusan Tuhan. Perlu ingat, manusia tidak mungkin sempurna fitrahnya, jangan terlalu seronok mentertawakan setiap kejatuhan dan kesalahan, kerana langit tidak selalu cerah, andai mendung bisa menjelma, bimbang diri sendiri pula akan di tertawakan. Tak kiralah ahli politik kah, selebriti kah malah sesama netizen sendiri jangan sampai terpalit dosa orang lain kerana tak mudah dan mustahil barangkali untuk kita memohon kemaafan dari mereka kelak.


Image result for anajingga

Ramadan ini, cukup-cukuplah dengan dosa jemaah di media social, carilah keredhaanNya selagi masih ada ruang dan peluang yang diberikanNya. Dan di kesempatan ini, ana ingin memohon seribu keampuanan andainya ada dan pernah nukilan kata-kata yang pernah ana terbitkan menyinggung perasaan walau sebesar zarah pun di hati kalian kerana ana seorang hambaNya yang kerdil, yang cuba sedaya mungkin menjadikan setiap terbitan ada manfaatnya sesama insan di muka bumi Allah swt. 

Salam Ramadan Kareem dari www.anajingga.com buat semua pembaca yang di rahmati Allah swt sentiasa. Dan yang baik itu semuanya datang dari Allah swt manakala yang tidak itu dari ana sendiri hambaNya yang tidak pernah sempurna sifat dan akalnya. Waallahu a'lam. 

0 Comments