Ketika beraya ke rumah sepupu ana, Yong di Kampung Sungai Manik, Teluk Intan, abah ana duk suruh kami makan biskut yang di jamahnya dalam balang kuih raya Yong. " Cer makan biskut ni, sedap lah, " kata abah menyuruh kami makan biskut yang di makan nya tu. Ana pun ambil lah balang kuih Yong dan rasa, ermm memang sedap rangup rasa macam kuih cakar ayam tu tapi lembut, ana pun tanya Yong, biskut apa ni.. tanjat lak ana dengar bila Yong bagitau tu kuih bihun madu katanya.. Apaaaaa ?? Bihunnnn ???Bihun pun boleh jadi kuih raya rupanya.. unik.. unik.. 





Haa!! Tuu rupa kuih bihun madu rangup tu, macam kuih cakar ayam kan, rasanya rangup dan manis tapi tak lah sekeras kuih cakar ayam, ia lembut dan rangup sebab tu abah ana boleh makan kalau keras abah pun tak leh kunyah hihi 😉😉 . Macam selalu ana akan cari serba sedikit info tentang tajuk sebelum nak terbikan, takut salah informasi kan tak elok. 

Merujuk petikan dari Mingguan Wanita online,kuih ni namanya kuih Bihun Madu Rangup. Menggunakan tiga bahan sahaja untuk resepinya iaitu bihun, air dan gula. Untuk resepi penuh dan cara membuatnya korang kena lah cari di internet naa. Ana tak share sebab ana belum lagi cuba membuatnya. In Shaa Allah kalau terajin nak buat nanti, akan ana terbitkan sendiri. Tapi serius memang sedap sebagai kudapan kuih bihun madu rangup ni dan pada ana satu menu yang unik dan rare yang pernah ana jumpa sepanjang usia beraya.