Ketika beraya ke rumah sepupu ana, Yong di Kampung Sungai Manik, Teluk Intan, abah ana duk suruh kami makan biskut yang di jamahnya dalam balang kuih raya Yong. " Cer makan biskut ni, sedap lah, " kata abah menyuruh kami makan biskut yang di makan nya tu. Ana pun ambil lah balang kuih Yong dan rasa, ermm memang sedap rangup rasa macam kuih cakar ayam tu tapi lembut, ana pun tanya Yong, biskut apa ni.. tanjat lak ana dengar bila Yong bagitau tu kuih bihun madu katanya.. Apaaaaa ?? Bihunnnn ???Bihun pun boleh jadi kuih raya rupanya.. unik.. unik.. 





Haa!! Tuu rupa kuih bihun madu rangup tu, macam kuih cakar ayam kan, rasanya rangup dan manis tapi tak lah sekeras kuih cakar ayam, ia lembut dan rangup sebab tu abah ana boleh makan kalau keras abah pun tak leh kunyah hihi 😉😉 . Macam selalu ana akan cari serba sedikit info tentang tajuk sebelum nak terbikan, takut salah informasi kan tak elok. 

Merujuk petikan dari Mingguan Wanita online,kuih ni namanya kuih Bihun Madu Rangup. Menggunakan tiga bahan sahaja untuk resepinya iaitu bihun, air dan gula. Untuk resepi penuh dan cara membuatnya korang kena lah cari di internet naa. Ana tak share sebab ana belum lagi cuba membuatnya. In Shaa Allah kalau terajin nak buat nanti, akan ana terbitkan sendiri. Tapi serius memang sedap sebagai kudapan kuih bihun madu rangup ni dan pada ana satu menu yang unik dan rare yang pernah ana jumpa sepanjang usia beraya. 

16 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Ana..
    Pada LZ kuih Bihun Madu Rangup tu memang rare, tak pernah jumpa sebelum ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih LZ, tuu laa kak ana pun kali pertama bersua rupa hehe :)

      Delete
  2. Ni pun ternampak kat grop mahi , ada orang tunjuk kuih bihun madu hii..

    ReplyDelete
  3. Pernah tengok dlm fb org pos cara buat. Dia taruh kolor merah. Tekan dlm bekas bulat. Comel saja jdnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa ala-ala kuih cakar ayam kak Mala, manis gak :)

      Delete
  4. sedap kuih nii...sekali rasa memang nak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagut duk makan kan Sha sebab ia garing rangup :)

      Delete
  5. wahhh first time tahu kewujudan kuih ni

    ReplyDelete
  6. macam kuih karas sket cuma ni mampat kan.. hehe kalo CT pun ingat cakar ayam. sedapnyaaa cakar ayam walaupun keras hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa Ct sebiji macam cakar ayam cuma beza bahannya jer :)

      Delete
  7. Replies
    1. ralit kalau makan ni Yui, cuma kak ana manis2 ni kurang dah dengan selera :)

      Delete
  8. Kalau arwah mak Sha memang panggil cakar ayam.. Sebab guna meehoon ini lebih rangup dan rapuh, bahan pun mudah nak dapat.. Masa zaman Sha sekolah memang buat jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Sha, kak ana pula yang kali pertama rasa dan jumpa Sha :)

      Delete