Kalau korang ikuti kisah ana balik kampung sebelah suami di Kuala Lipis, Pahang yang lepas, pasti perasan kan, ana ada bawa balik sebiji jantung pisang dari kampung pemberian abang ipar ana. Beberapa hari lepas balik tu, ana masakkan gulai jantung pisang atau pun masak lemak laa dalam bahasa yang biasa orang kata. Ana pun ikut cara mak masak gulai jantung ni, Alhamdulillah sedap. Ana pasti ada di kalangan orang muda sekarang ni tak pandai nak makan atau masak jantung pisang. Jantung pisang selain dari di masak lemak juga sedap di jadikan ulaman, tetapi kena celur dahulu baru sedap kalau tak ada rasa bergetah dan pahit juga. 




Masak lemak gulai jantung pisang 



Bahan-bahannya : 

Mestilah kena ada jantung pisang kan
Ikan bilis atau udang kering ikut suka 
Cili api
Bawang merah
Santan 
Garam

Cara masak gulai lemak jantung pisang 



1. Buangkan lapisan yang liat  pada jantung pisang dan ambil yang lembut sahaja.



2. Hiris dan rendam air dan bilas bersih sehingga hilang getahnya. Masakkan dalam periuk sehingga lembut dan toskan airnya.

3. Ikan bilis atau udang kering di tumbuk bersama bawang merah dan cili api.

4. Satukan di dalam periuk bersama jantung pisang tadi,masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan santan pekat serta rasakan dengan garam. Siap dah satu menu ibunda gulai lemak jantung pisang.

6 Comments

  1. biasa saya makan sebagai ulam saja kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga buat ulam ARZ, cuma kena celur dulu kan nanti pahit dan kelat kalau tak celur :)

      Delete
  2. dah lama tak makan ni. Kak ana bagi idea pula nak masak apa nanti :D

    ReplyDelete
  3. Sedap nie.. Kawankan pula dengan ikan masin dan sambal belacan.. Pergh!! Makan bertambah jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beno dengan selera kampung kita Sha :)

      Delete