2 Syawal 1439H, pagi tu ana dan suami nak ke pasar Teluk Intan, mencari bahan-bahan masakan untuk kawan datang nak beraya. Selesai membeli beberapa keperluan, dalam perjalanan balik tu ana ajak suami singgah ke Kampung Durian Sebatang, tak jauh dari pasar untuk menziarahi pusara arwah-arwah yang terlebih dahulu meninggalkan kami. Tanah perkuburan Islam, Kampung Durian Sebatang inilah bersemadinya kaum keluarga ana yang telah di jemput Ilahi, mendahului kami yang bakal ke sana jua satu hari nanti, cuma tidak pasti bila dan di mana destinasi abadi ini . 




Melangkah masuk ke kawasan tanah wakaf yang di penuhi nesan-nesan kaku, amat menginsafkan diri bahawa kita juga pasti akan menjadi bakal jenazah di kebumikan di liang lahat di tanah perkuburan bila sampai janjiNya kelak. Arwah Tok Saidin, arwah opah Rukiah, arwah opah cik Asiah, arwah opah Alang Gayah, arwah we, arwah pak ngah dan mak ngah, arwah wan Esah, arwah cik dan cik Timah dan ramai lagi waris kami yang telah tiada berkumpul disini menanti tiba saat sampainya hari pembalasan yang di janjikanNya. Itu pasti!!



Di pusara arwah wan Esah, air mata ana bagai tidak dapat di bendung lagi, Allahu.. kerinduan yang teramat sangat pada wan yang bagaikan ibu kedua bagi ana. Dengan wan lah teman tidur ana ketika meningkat dewasa dahulu, wan lah tempat bermanja mencurah kasih sayang selain mak, wan tak pernah marah, tak pandai marah malahan setiap hari dengan penuh kesabarannya mencurah kasih sayang kerana kami lah anak-anak baginya.



7 Syawal 1429H, sepuluh tahun telah wan tinggalkan kami semua dengan kerinduan pada setiap kenangan yang tercipta bersama. Kisah wan dengan persiapan menyambut raya, wan gigih membersihkan halaman, mengecat tangga, wan sibuk dengan sediakan juadah raya, wajik dan bahulu antara menu wajib yang akan wan siapkan walau pun tenaga kian berkurangan. Puas kami cakap, tak payah buat wan, penat.. tapi wan tetap nak masakkan wajik juga untuk santapan di pagi raya, Allahu.. itu lah wan Esah, ibu saudara kesayangan ana dan anak-anak saudara yang lain nya. Rindu ini tidak akan ada penghujungnya, hingga tiba saat kami akan kembali kepada Yang Maha Pencipta.. 


Al-Fatihah...

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ
 ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


6 Comments

  1. rindu ayah.. betul tu.. rindu yang ini tak ada penghujungnya T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sentiasa utuskan dengan doa dari anak yang solehah CT, Aamiin

      Delete
  2. semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  3. Rindu yang tak berpenghujung.. semoga roh arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin..

    ReplyDelete