Tauhu Lembut Sayur Campur

Ana suka benar makan tauhu lembut atau ada orang panggil tauhu Jepun ni. Rasa nya sedap, lemak dan ala-ala kita makan tauhu fa tu je,cuma tak berair gula je lah. Kali pertama hari tu ana masak kan sup dengan cendawan enoki, kali ini ana stir fry kan dengan sayur campur dan udang. Letak sedikit sos tiram, memang sedap sangat. Cuma korang kena masukkan tauhu lembut tu di bahagian akhir sekali dan kacau pun kena sopan santun, kalau tak ia mudah pecah. Jom ana kongsikan resepi mudah ana masak tauhu lembut sayur campur ni. 




Bahan-bahan yang ana gunakan :

1 pek tauhu lembut
Udang hidup
Kacang pea
Lobak merah
Cendawan tiram
sos tiram
bawang merah
bawang putih
cili merah

Caranya :

Potong dadu biar saiz tauhu lembut tu besar-besar sedikit
Tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili.
Masukkan sayuran lobak merah, kacang pea dan cendawan terlebih dahulu.
Baharu masukkan udang dan campurkan sos tiram.
Bila sayur dan masak, akhir sekali masukkan tauhu lembut dan balik-balikkan perlahan di dalam kuali.
Rasa kan dengan garam dan siap. Satu menu resepi yang ringkas, sedap dan mudah sangat kan. Selamat mencuba.
Tauhu Lembut Sayur Campur Tauhu Lembut Sayur Campur Reviewed by Ana Jingga on June 14, 2018 Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.