Dalam bahasa Arab, kebanyakannya bunyi sebutan adalah hampir sama, cuma akan membawa maksud yang berbeza mengikut panjang pendek sebutan suku katanya. Kerana itu kita perlu belajar membaca Al-Quran dengan sebutan panjang pendek yang betul agar makna dalam bacaan tidak lari atau salah. Inilah mengapa kita perlu belajar hukum tajwid dalam pembacaan Al-Quran. Ana sendiri sehingga ke hari ini, masih terus belajar membaca Al-Quran dengan betul selagi masih ada usia dan kesempatan yang diberikanNya bernafas di muka bumiNya ini.

Hari ini, apa yang ana ingin kongsikan disini bukan mengenai ilmu tajwid yang nyata bukan sekali bidang ana kerana sendiri masih belajar dan terus belajar. Ana tertarik dengan perkongsian status di FB tentang perbezaan maksud perkataan AMIN. Sebutan panjang pendek yang berbeza perkataan AMIN membawa empat maksud yang berlainan seperti di bawah.


kredit buat pemilik foto 




4 maksud perkataan Amin dalam sebutan yang berbeza


1. ”AMIN
 (Alif dan mim sama-sama pendek),
artinya Aman, Tenteram

2. “AAMIN” 
(alif panjang & mim pendek),
artinya Meminta Perlindungan Keamanan

3.”AMIIN” 
(alif pendek & mim panjang),
artinya Jujur

4.“AAMIIN” 
(alif & mim sama-sama panjang),
artinya Ya Tuhan, Kabulkan Doa Kami


Rujukan Sumber : Facebook Info Islam 

8 Comments

  1. alhamdulilllah...dah biasa juga dengan aamiin..

    ada juga terjumpa perkataan ...ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kita cuma perlu betulkan sebutan panjang pendeknya kan BH,ejaan tu memang berlainan bahasa arab dengan bm

      Delete
  2. Alhamdulillah.. Mujurlah penggunaan Aamiin Sha betul..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...memang dah tau maksud perkataan Amin..kadang ada yang commercialkan ejaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ejaan dalam bahasa melayu tu tak berapa penting kan SA, yang perlu di perbetulkan sebutan panjang pendeknya yang akan membawa maksud yang berlainan walaupun maksudnya semua baik2

      Delete
  4. Perkongsian yang sangat berguna, terima kasih akak AJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Zumal , yang baik semuanya dari Allah swt

      Delete