Cara Menghilangkan Bau Durian Dalam Kereta
Ketika entri ini ana terbitkan musim durian sedang melanda negara. Sana sini orang bercerita dan update makan durian. Suami dan anak-anak ana peminat durian tegar. Di kampung halaman sebelah mertua ana, di Kuala Lipis ketika kami balik beraya dahulu buahnya belum gugur lagi. Tak pastilah waktu ini dah gugur buahnya. Suami dah lama nak makan durian, tapi tetap nak tunggu anak-anaknya balik berkumpul baharu nak beli durian.
Balik Teluk Intan selepas bercuti di Cameron Highland baru-baru ni, adik ipar ana, Julia Alisya bagi tahu durian di Teluk Intan di jual Rm5 sekilo. Ermm... durian kat kampung pun orang jual kilo kan. Malam tu ana dan suami sekeluarga keluar selepas Maghrib ke Kampung Padang Tembak, menghala Kampung Banjar tu, kerana dapat info di sana ada menjual durian banyak. Dua tempat kami singgah dan akhirnya rezeki suami dan anak-anak nak makan durian RM8 sekilo di hadapan Klinik 1Malaysia, di seberang jalannya.
Suami beli 4 biji sederhana besar, dan penjual durian tu sedekah kah sebiji extra. Alhamdulillah kesemua durian isinya elok-elok tebal dan sedap. Rezeki lah kan. 4 biji berharga RM29 . Mahal ke murah ke tak pastilah ana sebab suami dan anak-anak nak sangat makan kan.
Cara Menghilangkan Bau Durian Dalam Kereta
Dalam perjalanan balik tu, dalam kereta usah ceritalah baunya semerbak. Naik pening kepala ana menghidunya. Ana memang alah sangat bau durian ni, sebab ana sendiri tak makan durian huhu!! Tapi tempoyak memang peminat tegar, makan mentah pun laju je.
Sebelum ini, suami pernah mencuba petua nak hilang bau cempedak dalam kereta bila kami bawa balik cempedak dari kampung, Alhamdulillah menjadi. Dan dengan petua yang sama, suami gunakan untuk menghilangkan bau durian pula. Cara untuk menghilangkan bau durian dari dalam kereta yang suami ana gunakan ialah, basahkan kain atau tuala, letakkan di dalam kereta semalaman. Kalau tak semalam pun sepanjang perjalanan bersama durian tu korang cubalah letakkan kain basah, bukan lah basah lencun, perah lah kan. Senang cite dalam keadaan lembab sahaja.
Esoknya, Alhamdulillah.. bau durian yang mengharum mekar tu tak ada langsung. Boleh lah ana balik ke rumah tanpa berat kepala menangggung pening. Jadi korang boleh lah cuba petua ni yer, ana tak berani janji ia berkesan pada korang, tetapi kami sendiri dah mencubanya memang tak berbua durian dalam kereta dah. In Shaa Allah.
14 Comments
kalau bawa durian suka letak roti biar dia serap bau. Boleh guna tips ni nanti :D
ReplyDeletepernah juga guna petua roti ni FJ, lebih kurang sahaja konsepnya cuma kain basah lebih cepat hilang mungkin kerana saiz roti dan kain yang di basahkan tu kut :)
DeleteBoleh lah guna tips kak Ana ni nanti. Nani pun sejenis yang tak boleh jugak naik kereta yang ada durian. Hahah! Bau dia tu boleh buat kita pening.
ReplyDeleteKak ana dah beberapa kali amalkan petua ni Nani, ALhamdulillah menjadi :) Nani cuba ya
DeleteOh.. bagus cara ni. Kalau pakai roti, rasa membazir roti tu. Baik makan cicah kuah durian. Arang pula kena beli. Cara ni yang paling mudah... Terbaik :)
ReplyDeleteKita cuba ye akma, setakad ni menjadi lah pada kami :)
Deleteok..eda pun baru tau ni..lepas ni boleh cuba..thanks kak ana...
ReplyDeleteHaah nanti Eda cuba kay :)
Deletewah baru tau..kne cuba ni
ReplyDeleteCuba kay AD :)
Deletebagus sungguh tip ini...
ReplyDeleteboleh sangat dicuba..
kalau ikut logik..
durian berbau kerana keluar gas ..
jadi dengan ada udara yang lembab disebabkan air yang basah..
maka bau gas tadik akan terperangkap oleh molekul air dari kain yang basah..
Wah BH siap bagi teori tu, mesti hebat sains ni hehe :)
DeleteWah, tips yang sangat berguna
ReplyDeleteBoleh lah cuba nanti Zumal :)
Delete