Coretan buat ibu bekerja...
Netizen boleh berkata apa sahaja kerana mereka menulis di status dan komen masing-masing hanya untuk memberitahu bahawa mereka lah yang terbaik, sempurna tanpa memikirkan implikasi dari apa yang di terbitkan. Jadi pada ana, tak perlu untuk ambil pusing kata-kata sang netizen di media social masa kini. Kalau nak ikutkan, jenuh serba tak kena jadi nya.
Cuba kita perhatikan, bila ada isu penceraian, suami kena rampas dan sebagainya, rata-rata menyarankan dan menyatakan wanita perlu keluar bekerja agar hidup terjamin. Dan sebaliknya bila ada kes penderaan kanak-kanak oleh pengasuh, giliran suri rumah pula gigih menyatakan mereka lah yang terbaik dan bersyukur kerana mengasuh anak-anak sendiri di rumah. Tunggu isu lain pula timbul, akan mucul pula puak-puak lain yang menghentam pihak yang mereka rasakan tak betul perjalanan hidupnya. Itulah netizen.. yang pada ana cukup sekadar baca dan abaikan.
kredit buat pemilik gambar |
Ana seorang ibu yang pernah berkerjaya sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa kini. Ana dah lalui zaman bekerja dan kini Alhamdulillah, anak-anak pun dah dewasa masa untuk ana mencari bekalan akhirat sebaik mungkin, mudah-mudahan. Apa yang bakal ana kongsikan adalah satu pandangan peribadi yang tak semestinya betul.
Sebagai hamba Allah swt, kita perlu tahu bahawa setiap dari kita ini jalan cerita nya berbeza. Kisah engkau dan kisah aku tak sama. Takdir mu dan takdirku tidak serupa. Sesetengah wanita yang bekerja diluar sana paling utama kita perlu faham mereka sedang menjalan tanggung-jawab fardhu kifayah. Doktor wanita, jururawat wanita, guru atau ustazah, pegawai keselamatan dan seribu satu lagi yang perlu ada golongan wanita untuk menunaikannya. Bayangkan kalau semua wanita tak di benarkan bekerja mampu kah kita untuk melaksanakan hukum Allah swt sebaiknya.
Wanita juga keluar bekerja demi menyambung kesinambungan kehidupan berkeluarga. Bukan semua kita bertuah suami mampu menanggung perbelanjaan keluarga yang waktu ini kian tinggi sara hidupnya. Isteri bekerja untuk sama-sama membantu menguruskan kewangan keluarga jadi tak perlu lah kita mendabik dada dengan suratan hidup kita yang di takdirkan sebagai seorang suri rumah.
Kehidupan ini ada pasang-surutnya, ibarat roda yang berputar, kadang-kala berada di atas kadang kala tergilis di bawah. Apa sahaja yang terjadi seharusnya kita jadikan satu ikhtibar bukan menunding jari mencari siapa yang salah. Hidup ini berjalan atas prinsip sebab dan akibat kerana itu belajar untuk mengenali erti redho. RancanganNya adalah yang terbaik dan jalanilah kehidupan ini dengan penuh rasa syukur apa yang kita miliki hari ini kerana esok belum pasti milik kita.
Wahai ibu yang bekerja... teruslah bekerja dengan nawaitu membantu keluarga di samping menunaikan fardu kifayah di atas muka bumiNya. Usai kembali ke rumah, tunaikan pula tanggung jawab sebagai isteri dan ibu kepada amanah yang di kurniakan Allah swt. Ana tahu bukan mudah kerana ana pernah lalui nya sebelum ini. Namun semua itu cabaran dan ujian hidup yang harus kita lalui agar kenal erti kehidupan yang tak selalunya indah.
Buat suri rumah, Alhamdulillah rezeki kita tinggal di rumah sepanjang hari menguruskan rumahtangga memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anak. Sekali lagi ana katakan, takdir kita tidak sama dan perjalanan hidup kita juga berbeza hanya jalani kehidupan ini dengan penuh ketaqwaan dan sama-sama mencari redho Allah swt dan bukan baik di mata insani kerana manusia itu sifatnya tidak pernah sempurna. Waallahu a'lam.
4 Comments
betul !! if you cannot say something good n nice.. better sengap !! skrang ni fitnah akhir zaman dimana2. elokla kita jauhi benda2 macam. kadang tu sedap nak tulis saja bagi prangat keadaan. nauzubillah..
ReplyDeleteitulah Ct, kita kadang-kadang perlu untuk tidak terlalu prihatin dalam pelbagai isu untukdi perkatakan. Diam lebih baik dari menulis sesuatu yang tidak mendatang kebaikan dunia akhirat
Deletesemua org ada kelebihan.
ReplyDeletesemua org ada cara tersendiri, kan.
diri sendiri aje yg tahu.
sape la kita nak judge org lain :)
nice reminder ni, AJ. tq so much.
itulah Aida,nasib kita tidak sama, takdir kita juga berbeza , Waallahu a'lam
Delete